"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, May 28, 2009

Kisah Mahasitua


Ini kisah sedih.
Kisah duka
Liku-liku perjalanan sang mahasitua
Tidak sampai seminggu sang Mahasitua membentangkan cadangan penyelidikannya

Perubahan yang besar perlu beliau lakukan
rombakan yang sangat besar
menuntut ketekunan atas nama kesarjanaan

ini bukan tuntutan yang kecil
ia besar
dan sang mahasitua tahu
ini adalah jalan yang beliau pilih
jalan yang dipilih atas nama cinta

sang masitua terkedu dan kaku seketika
bila mengenangkan perubahan ini
bukan kerana perubahan ini menuntut banyak komitmen
tetapi
perubahan ini seumpama memulakan yang baru
dan seumpama pengorbanan lima bulan yang lalu
adalah sia-sia

sang mahasitua tahu
ini adalah proses
perlu dilalui
kerana ini jalan yang beliau pilih
beliau pilih atas nama cinta...

namun..adakah sang mahasitua cukup tabah???
Wallahualam

No comments: