"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, May 20, 2009

Secebis Kisah

Foto: Roti Dengan Sambal dan Kari Kambing

Lama juga aku tak bertemu dengan abang Usop, kali terakhir aku dapat berita dia di serang sakit jantung semasa beliau sedang membuat penelitian di lapangan. Hari ini aku berjumpa dengannya, bukan sengaja tetapi pertemuan yang tak di duga. Abang Usop nampak makin sihat. Senyum juga makin menguntum di bibirnya


Lalu abang Usop bersurah pada aku, “jangan hisap rokok, jaga makan, kalau ada duit minyak masak guna minyak selain minyak sawit, paling elok minyak zaitun, roti canai seminggu sekali, tinggalkan lebih elok, jangan lupa senaman biar badan berpeluh..”


Panjang nasihat abang Usop. Nasihat dari seorang yang telah merasa azab serangan jantung, seorang yang sedang dalam proses pemulihan dari pembedahan ‘by pass’.


Aku membelek “Indikator Demografi Malaysia 2008”, oh...purata jangka hayat penduduk Malaysia pada 2006 ialah 76.3 tahun (perempuan) dan 71.5 (lelaki)..namun ramai juga yang meninggal atau setidak-tidaknya menderita dengan pelbagai penyakit pada usia 40 an malah yang lebih kritikal sebelum mencecah usia 40 tahun.


Aku teringat kata-kata apek komputer yang aku temui semalam. Katanya “ abang, takda duit takpa, asal jangan ada penyakit. Lu kalau ada (banyak) penyakit, banyak duit pun talak guna....”


Aku rasa macam insaf, petang hari besi ku angkat berpuluh kali. Namun bila malam menjelang aku menjamu selera dengan roti cicah kari kambing..Insafkah aku???


(Aku Mesti Insaf...)


2 comments:

Anonymous said...

huhuuu..
makan sesekali tak ngaper...

sitinurulhawa said...

roti wholemeal tu dah betullah tu. part kari kambing tu :P