"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Sunday, May 10, 2009

mat hakim dan adik ain



Ini hadiah hari ibu dari ibumu
mat hakim dan adik ain
kau kini jauh dari mata kami

'mak' dan 'apak' saban hari berendam air mata
dari kecil kau berdua di sini
membesar bersama
ketawa dan gembira kita bersama

'pak long', 'uda', 'acik' dan 'ucu' sentiasa merindui kamu
apa sahaja yang pernah kau lakukan
tutur kata
tingkah perbuatan
suka dan duka kamu
semuanya masih terbayang di mata kami

buat mat hakim dan adik ain
'apak' sentiasa menangis
sejak hari kau dan adik ain meninggalkan kami

hati 'apak' sudah hancur dan luluh
namun apakan dayanya
bukan dia ada kuasa untuk menghalang mu

mat hakim dan adik ain
mungkin kau berdua belum cukup dewasa
untuk mengatahui betapa kami
sangat menyayangimu
dan sentiasa menyayangi mu

mat hakim dan adik ain
kami doakan kau berjaya
walau 'apak' dan 'mak' hingga hari ini masih tetap menangis
walau 'along', 'uda'. 'acik' dan 'ucu' masih bersedih
kami paham dan kami tahu
itu bukan salah dirimu dan abah

ini hadiah dari ibumu
yang mengejar bayang di siang hari
bila malam tiba nanti
baru dia sedar semuanya
dan waktu itu kami semua sudah amat bersedia...

No comments: