"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, March 23, 2006

Pesta Buku Antarabangsa 2006


Sahabat-sahabat semua..
jom kita ke pesta buku di PWTC hujung minggu nie...
tentunya ia menjanjikan banyak keseronokan bagi penggemar dan pencinta buku...
diskaun dan buku-buku baru sudah semestinya antara elemen yang akan menjadi tumpuan

Cuma, Pak Kebun amat berharap agar pesta buku kali ini tidak seperti tahun-tahun yang sudah kerana ia dianggap sebagai pesta untuk melonggokan buku-buku yang benar-benar menguntungkan terutamanya buku-buku untuk peperiksaan samaada UPSR, PMR, SPM dan STPM. Pak Kebun harap dapat terdapat banyak buku-buku menarik seperti buku-buku umum dan buku-buku yang sukar diperolehi di pasaran di samping buku-buku khas untuk peperiksaan.
Pak Kebun akan ke pesta tersebut pada hari Sabtu (25 Mac 2006) , kemungkinanan dari pagi hingga ke Petang. Di samping hendak memburu buku, pak kebun juga hendak mengambil kesempatan untuk bertemu sahabat-sahabat lama seperti perwira dan badak (dari kumpulan "Rumpai Laut" yang akan datang terus dari Negeri Bersejarah pada hari tersebut) dan juga insyaAllah hendak bertemu dengan Faisal tehrani..
Yang paling menarik..hari ini..semak akaun bank..Alhamdulillah gaji dah masuk....(mmmm tak tahu berapa agaknya yang bakal dikorbankan)...
Jumpa di sana.....

2 comments:

Anonymous said...

Pak Kebun,
Jumpa di sana!
Faisal Tehrani...

Unknown said...

pak kebun,
selamat memburu buku...
saya mungkin ke pesta Buku hari Isnin atau selasa...