Lokasi: Surau Kat Taman Tempat aku menyewa
Masa:Kuliah Maghrib hingga Isyak
Watak utama: Seorang budak cerdik, telefon bimbit dan jemaah surau (termasuk aku)
Keputusan SPM telah diumumkan...seperti tahun-tahun yang lalu, 'berlambak-lambak' pelajar mencapai kejayaan cemerlang. Dapat 'berlambak-lambak' A dalam keputusan SPM masing-masing.
Di surau, budak cerdik jadi perhatian kerana kejayaannya memperoleh 7A dalam SPM (Sebab tu aku gelarkannya sebagai budak cerdik). Dia menerima ucapan tahniah dari kebanyakan jemaah surau.
Kuliah maghrib bermula dan sepanjang berlangsungnya kuliah tersebut, telefon bimbit si budak cerdik sentiasa berbunyi (aku keliru penting sangatkah telefon bimbit itu hingga di bawa semasa ke surau). Kuliah maghrib berakhir, solat Isya berlangsung tanpa ketenangan jemaah kerana telefon bimbit budak cerdik sentiasa berbunyi (takkan dia tak tau guna mode silent kot)
Kesian budak cerdik...nama aje dapat 7 A tetapi kurang satu ilmu..iaitu ilmu adab...
Aku yakin ramai lagi yang berperangai seperti budak cerdik...sehinggakan ada satu masjid yang aku pergi..imam terpaksa buat pengumuman supaya jemaah 'silent' atau 'off'kan telefon bimbit masing-masing sebelum solat bermula...
Rupa-rupanya kita semakin maju..dan kerana kemajuan itu ramai antara kita tidak dapat melupakan urusan dunia walaupun ketika hendak menyembah Yang Maha Esa
No comments:
Post a Comment