Pak kebun amat tertarik dengan kartun ini sewaktu membelek-belek akhbar Utusan pagi ini...
"Siapa Bakal Naib Canselor UM?"
Walaupun ada yang melihatnya sebagai bukan isu nasional., namun Pak Kebun melihatnya dari perspektif yang berbeza. Sebagai "anak kandung" dan juga bekas staff Universiti ini, yang kini berada di luar UM, tetapi Pak Kebun masih melihat senario perkembangan yang berlaku di UM.
UM kini banyak berubah berbanding semasa zaman pak kebun dahulu, kawalan keselamatan semakin ketat, pakaian pelajar semakin kemas (dulu Pak Kebun hanya pakai jeans koyak dan rambut dibiar ke paras bahu), kemudahan semakin pelbagai, pensyarah pun byk yang ada Phd, fasiliti semakin baik dan macam-macam lagi yang positif telah berlaku.
Sebagai Universiti tertua, Pak Kebun berpendapat UM harus di tadbir oleh golongan akademik. Sebagai Universiti yang ulung di Malaysia, Pak Kebun tidak mahu lihat UM di tadbir oleh pada PTD seperti mana yang pernah berlaku dahulu dan juga yang sedang berlaku di beberapa buah universiti di Malaysia.
Tradisi kecemerlangan..perlu dikekalkan...dan yang paling penting dan lebih manis lagi jika pemimpin dan pentadbir UM bukanlah dari golongan yang kerjanya hanya "mengembirikan" pelajar sahaja..
UM pernah mengukir sejarah gemilang...namun UM juga pernah menerima kecaman dan cemuhan apabila jatuh ketangga yang memalukan dalam senarai 100 universiti terbaik dunia.
Harapan Pak Kebun, biarlah Naib Canselor baru ini mampu mengembalikan semula sinar yang semakin kelam di UM..
Cuma....membaca komen sinis dalam Senyum Kambing ini membuatkan Pak Kebun terfikir...siapakah wanita yang disarankan sebagai Naib canselor di UM oleh kartun tersebut...
kerana.."jika tiada angin..masakan pokok boleh bergoyang"
2 comments:
tapi perwakilan pelajar UM sekarang makin mengarut aktivitinya.dianjurkan konsert yg ntah apa2 pada hari konvo, belum lagi jemputan artis utk memeriahkan suasana....dimana kunyahan ilmu yang dia orang telan telah dibuang bersama2 kertas jawapan ker?
Salam,
Rupanya masih ada spesis penyair yang tidak manusiawi.
Kesyukuran untuk gerakan pelajar yang tulen dan luhur oleh perubahan ini.
Wassalam
Post a Comment