"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, March 24, 2006

Sembang Buku: Rak Buku Pak Kebun


Rak buku Pak Kebun: Foto diambil sewaktu Pak Kebun Masih di Negeri Bersejarah

Antara koleksi yang Pak Kebun anggap bernilai yang ada dalam rak ini ialah:

  1. Koleksi Faisal Tehrani (semua buku dan antologi cerpen tulisan Faisal Tehrani kecuali Sehari Dalam Perang dan Safari Gilgit-kedua-duanya terbitan Sasbadi tahun 1997)
  2. Koleksi Mastika dari tahun 1997 hingga April 2006
  3. Koleksi S Othman Kelantan (Juara, Orang Kota Baru, Berjalan-Jalan Di Sini, Naghogho Astana)
  4. Koleksi Majalah Massa dari tahun 1998 hingga 2004 (keluaran akhir)
  5. Koleksi Allahyarham Hamka (Sejarah Umat Islam, Falsafah Hidup, Tenggelamnya Kapal Van Der Vick, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau Ke Deli)
  6. Koleksi buku-yang berkaitan dengan politik seperti buku-buku tulisan S.H Alattas, Ahmad Lutfi Othman, Samsuri Roslan, Mohd Sayuti Omar
  7. Buku-buku yang berkaitan dengan memoir seperti Said Zahari, Syed Husin Ali, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Ibrahim Chik
  8. Buku Yang Pernah Memenangi Hadiah Sastera seperti Enrique Mengundang Jauh, Kabut dan Bulan Sabit Di Demak, Tangisan Bangsaku, Hatiku Terluka Di Bukhara
  9. Buku-Buku Motivasi Dr HM Tuah Iskandar
  10. Buku-buku tentang "Buku" tulisan Shahrom TM Sulaiman
  11. Buku-buku agama dan tazkirah tulisan Tn Hj Hadi Awang, Tn Gunu Nik Azaz dan Syed Yusuf Al Qardhawi
  12. Koleksi A Samad Said (Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau dan lain-lain)
  13. Koleksi Shahnon Ahmad (Sutan Baginda, Trilogi, Strengege dan lain-lain)
  14. Novel (satu-satunya) Allahyarham USman Awang -Tulang-Tulang Berserakan...
  15. Koleksi novel-novel dan buku-buku umum tentang pemikiran, pembangunan, falsafah dan lain-lain yang Pak kebun sendiri pun tak ingat semuanya....

InsyaAllah jika tiada kekangan masa Pak Kebun akan cuba buat sedikit rumusan tentang buku-buku yang ada dalam koleksi untuk sama-sama di kongsi..

wassalam

3 comments:

Jiwa Rasa said...

pak kebun,

hampir sama koleksi buku kita!

nurmaisarah75 said...

banyak ye koleksi buku...saya pun suka mengumpul buku...tapi belum sampai sebanyak tu...baru mula nak mengumpul...

bicarapakkebun said...

En JR,
sama la kita..bila nampak buku rasa nak beli, bila tak beli takut terkilan...bila beli kekadang tak terbaca.. :)

nurmaisarah.
tak ada masalah walaupun sikit...lama-lama jadi banyak la ..saya dulu pun mula dengan sikit juga :)