"Janji Melayu"
Aku tak pernah suka sebut frasa ini. Ini kerana frasa ini menggambarkan tentang orang melayu yang tak pernah menepati janji.
Janji pukul 5.00 tapi datang pukul 5.30. Janji majlis pukul 8.00 tapi 8.45 baru tetamu datang sedikit-demi sedikit
Aku memang tak suka..kerana bangsa Melayu pernah berjaya suatu ketika kerana kehebatannya. Sebab tu ada pepatah "kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji" yang menunjukkan bahawa bangsa Melayu memang bansa yang berpegang pada janji...
Aku memang tak suka dan tak pernah suka "janji melayu" dipermainkan apabila sesuatu itu tak berjalan seperti yang diprogramkan....
Tapi..tetiba aku rasa marah hari ni..sebab..sepatutnya ada main futsal jam 8.00 am...masuk kali ni dah tiga kali aku ke padang dan sekarang dah jam 9.15 am.. sorang pun member yang janji nak main tak nampak batang hidung...dan yang menyedihkan lagi....semuanya MELAYU !!!!!!
1 comment:
Nak buat camna juga pok,bukan melayu je camtu. asal rakyat m'sia je majoriti camtu..rosak Bangsa Malaysia.mungkin ramai yang tak sedar pepatah bahasa inggeris ada mengatakan "TIME IS MONEY, MONEY IS POWER AND POWER IS EVERYTHING..."
Post a Comment