"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, March 24, 2006

Adi Putra Mungkin Di Buang Sekolah?

Adi Putra mungkin dibuang sekolah
Oleh Norliza Abd. Rahman

IPOH 23 Mac - Murid yang memiliki kepintaran luar biasa dalam bidang Matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 7, (kiri) menghadapi kemungkinan dibuang sekolah selepas menerima surat amaran dan surat tunjuk sebab kerana terlalu kerap tidak hadir ke sekolah.

Ibunya, Serihana Elias, 31, ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau telah menerima surat daripada guru besar Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai mengenai kemungkinan Adi Putra dibuang sekolah berikutan masalah disiplin tersebut.

Bekas guru itu berkata, masalah berkenaan timbul berikutan sikap Adi Putra yang enggan ke sekolah kerana bosan terpaksa belajar ilmu asas Matematik serta mengikut sukatan mata pelajaran membaca, menulis dan mengira (3M) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Adi Putra yang sudah boleh membaca surat khabar pada usia empat tahun dan mempunyai formula tersendiri untuk menguasai 3M memberitahu ibunya, selepas lebih tiga bulan bersekolah dia baru diajar angka sembilan sedangkan dia sudah mampu menyelesaikan soalan yang mencecah angka trilion.

``Mungkin ada sesetengah pihak beranggapan kami terlalu mengeksploitasi Adi Putra dengan membawanya ke sana ke mari tetapi hakikatnya dia sendiri yang sudah banyak kali beritahu yang dia sudah terlalu bosan ke sekolah,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Adi Putra yang berada di sebelah ibunya ketika disoal pemberita memberitahu, dia lebih berminat untuk belajar di Sekolah Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur, mengikuti kursus bahasa Cina, Inggeris, Jepun, Arab dan Perancis serta belajar tahfiz al Quran berbanding belajar di dalam Tahun Satu seperti sekarang.

Adi Putra yang hanya ke sekolah antara dua hingga tiga kali seminggu berkata, dia hanya berminat ke sekolah apabila terdapat aktiviti pendidikan jasmani.

Bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahab, 48, merayu Kementerian Pelajaran supaya memberi pelepasan kepada Adi Putra untuk bersekolah di Sekolah Islam Antarabangsa atau sekolah pintar swasta bagi memberinya peluang mengikuti pembelajaran secara lebih fleksibel seperti yang dicadangkan oleh tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh
Renung-renungkanlah senario ini..kasihan..dia ditakdirkan Allah dilahirkan genius..tetapi pihak yang berkenaan tidak tahu mensyukuri kurniaan Allah...jika di negara-negara maju..kanak-kanak sebegini akan diberi didikan khas untuk menggilap kebolehannya bagi dimanfaatkan di masa akan datang dan semestinya manfaat itu untuk agama, bangsa dan negara...Lebih menyedihkan bila ada kenyataan bahawa Kementerian yang bertanggungjawab masih belum ada kelas yang khas untuk kanak-kanak sebegini...
Dalam buku "Detektif Indigo" Faisal tehrani ada menceritakan hal yang hampir serupa... Apalah daya...insan pindar di bumi tercinta...Pak Kebun khuatir jika terbiar tanpa pemerhatian yang sepatutnya

3 comments:

Unknown said...

Sedih, kita tak tahu macam mana nak hargai budak cerdik macam ni.

Dulu ada satu kes budak belum sekolah dah boleh baca. tapi tak aada susuilan. akhirnya kebolehan budak tu sia-sia sahaja...

Anonymous said...

Alhamdulillah, generasi kecil dan remaja kita semakin pintar. Selain faktor genetik dan pemakanan, pastinya turut disokong oleh faktor persekitaran yang membina.

Sudah sampai masanya sebuah sebuah pusat khas untuk kanak-kanak genius ini ditubuhkan. Insya-Allah, dengan kepakaran yang ada, hasrat ini bakal direalisasikan. Pertubuhan NGO seperti MENSA dan Kelab Intelektual Malaysia pastinya peka dengan perkara ini.

Lagi pula, ikan percaya, ramai lagi kanak-kanak genius di Malaysia sejak sebelum merdeka sehinggalah sekarang. Sayangnya, kehebatan mereka ini tidak digembar-gemburkan atau diserlahkan.

Bukan semua orang mempunyai ibu bapa seperti En. Abdul Ghani dan Pn. Serihana. Mungkin, ramai ibu dan bapa tidak perasan yang anak mereka sendiri sebenarnya terbilang genius.

Anonymous said...

Sesiapa dampingi Adi putra pastinya terasa sayang anak ini.Wajahnya comel,x riak langsung, bijak dan cita2 nya tinggi"Ingin memimpin Umat Islam" & besar nanti Adi ingin cipta sebuah komputer canggih untuk orang buta dan akan hadiahkan kpd idolanya"Prof Dato.Dr. Ismail Salleh".Umurnya 4thn dpt menguasai 3M & telah mencipta kaedah/formula matematik baru dlm sifir, bahagi, tolak dan campur..rasanya tiada masalah lagi pelapis Melayu dlm menimba ilmu..JOM KITA JUMPA ADI PUTRA..KITA KONGSI ILMU YG ALLAH BAGI PADANYA..(drp ayahadiputra)