"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, March 21, 2006

Jalan-Jalan Ke Ipoh

Foto: Stesen Keretapi di Ipoh

Hari ni pak kebun ke Ipoh..ibu negeri negeri Perak Darul Ridzuan
Pak kebun ke sana menumpang kawan...yang ada urusan kerja di sana
Ini adalah kali pertama pak kebun ke bandaraya ini...

Persepsi pertama ialah bandaraya ini juga cantik sepertimana bandaraya-bandaraya utama di Malaysia. Cantik dengan landskap dan juga perabot jalan. Ipoh juga agak kurang sesak berbanding dengan Kuala Lumpur walaupun dari segi hieraki Ipoh terletak di tangga ke dua selepas bandaraya Kuala Lumpur.
Samabil-sambil meronda dan menemankan kawan yang berurusan..sempat pak kebun fikirkan beberapa persoalan untuk dijana minda di masa akan datang.
Pertamanya: Peranan Ipoh sebagai bandar pelancongan. Adakah Ipoh mempunyai potensi untuk ditonjolkan sebagai sebuah bandaraya yang berteraskan pelancongan. Jika ya, apakah sumberjaya yang ada yang boleh ditonjolkan untuk mempromosikan Ipoh sebagai sebuah bandaraya pelancongan
Kedua: Sistem Meletak Kenderaan. Apakah yang sistem yang digunapakai oleh Majlis Bandarya Ipoh? Bayar dan peraga? berkupon dan sebagainya dan sejauhmanakah sistem yang digunakan mampu memberikan pendapatan kepada pihak yang berkaitan
Ketiga: Warisan Bandar. Dari maklumat asas yang diperolehi pak kebun dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh juga mengambil pendekatan serius dalam usaha pemuliharaan warisannya. Ada dua perspektif yang pak kebun perlu lebih penelitian, pertamanya ialah pemuliharaan dari segi apa? bangunan atau budaya? dan yang kedua ialah sejauhmanakah usaha yang dijalankan mampu menjamin survival warisan sediaada di bandaraya Ipoh..(sebenarnya pak kebun juga berhajat untuk lihat survival dan pola petempatan melayu..namun dimaklumkan petempatan melayu tiada di Kawasan Perancangan Pusat Ipoh kerana pelbagai aspek terutamanya nilai tanah yang tinggi....)
mmm.....walaupun hanya separuh hari..dan sebagai 'peneman' kepada sahabat namun sedikit sebanya lawatan'pengenalan' ini telah memberi sedikit ide yang menarik untuk dijana dan ditelusuri....
moga ada masa untuk pak kebun perincikan segala yang telah dikemukakan ini..insyaAllah

No comments: