"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, March 10, 2006

TV Berbayar


Sebelum:

  • Teringin sangat nak langgan TV berbayar
  • Katanya Macam-macam ada…
  • Dari informasi, aksi dan sukan
  • Ada gusti, bola dan ragbi
  • Ada Dokumentari, drama dan movie
  • Aku juga banyak masa terluang
  • Balik kerja terus pulang ke rumah
  • Tetapi….aku kecewa…kerana..gaji ciput sangat…

Sekarang

  • Aku dah mampu langgan TV berbayar (gaji tak lah banyak..tapi lebih sikit dari yang dulu)
  • Macam-macam ada rupanya
  • Gusti, tenis dan ragbi…
  • Tapi sedih…..aku pulak yang tiada masa…
  • Pergi kerja pagi…balik kerja dah senja
  • Lepas maghrib-isya..bertapa lagi di pejabat (argh..banyaknya kerja)
  • Hujung minggu..ada aktiviti lagi…(kalau tak join nanti dikatanya anti–sosial..padahal punyalah sibuk sampai nak balik kampong pun tak sempat lagi..)
  • Yang nyata..tiap-tiap bulan..aku tetap kena bayar bil..walaupun tak sempat nak tengok cerita yang telah aku bayar..huargh..huargh..huargh…

Inilah kehidupan sebenarnya…kita takkan tahu apa yang bakal terjadi pada diri kita walaupun untuk jangka masa sesaat akan datang… Wallahualam’

No comments: