"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, March 13, 2006

Cermin Mata



Aku memang tak suka pakai cermin mata..tapi apakan daya aku terpaksa....Terasa hilang satu nikmat Allah yang paling berharga...itu baru sedikit nikmat yang dikurniakan ditarikNya.

Dengan berkaca mata aku tak dapat bersukan yang lasak-lasak..nak main bola sepak pun susah..apa lagi nak main ragbi...Lagi satu, cermin mata kena jaga takut-takut calar, pecah dan rosak...Cukup masa kena tukar. Tapi apakan daya..jika tak bercermin mata..pandangan kau kabur...Kalau dah kabur macammana aku nak jalankan tugas-tugas harian?? jadi terpaksalah....
Sabtu lepas aku ke kedai cermin mata. Berkenan dan terus pilih satu "frame" (Clip On). Mata kena periksa..keputusannya...power kena tambah kerana rabun makin naik
Mata Kanan: Rabun Jauh (350)-Silau (50)
Mata Kiri : Rabun Jauh (50) - Silau (255)
Yang paling pasti kos semakin naik...
Esok pagi..kereta pulak tak boleh nak dihidupkan enjin...bateri pulak dah lemah...huargh...huargh...huargh.....

No comments: