"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, March 16, 2006

Kad Percutian: Cuti Malaysia


Semalam aku pening...otak beku..tubuh lesu..ide kaku...
"Writers Block" wirus yang paling berbahaya telah menyerang
Kerja tak dapat buat (sedangakn aku mengejar 'date line')...dalam 'kepeningan' itu datang pulak seorang salesman mempromosikan kad percutian (discount card)
Aku yang tengah pening dan serabut tadi bersetuju untuk jadi ahli..bayarannya tidaklah mahal jika dibandingkan dengan faedah yang disediakan...
Aku setuju untuk jadi ahli bila membayangkan aku dapat bercuti dan berehat..santai..tengok laut dan sebagainya..dan baguslah jika aku ada discount card tersebut...
Setelah borang diisi, pembayaran dah dibuat, salesman dah beredar..aku terfikir balik...mungkin percutian yang aku bayangkan tadi akan kekal sebagai imiginasi..dan percutian melalui imaginasi tak perlukan apa-apa kad percutian dan discount card kerana semuanya percuma...

2 comments:

Unknown said...

pengalaman saya, membeli diskaun kard ni akhirnya saya tidak guna. banyak sebab. mungkin kesesuaian masa atau lokasi..

Pak Kebun said...

saya mula bersetuju dengan pendapat En JR