"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui" (Al Baqarah:216)
Asalnya paham dan boleh namun setelah perubahan itu sang mahasitua makin keliru keliru dan keliru
sudah dua hari namun sang mahasitua masih keliru bagaimana dia hendak bermula? di mana ia akan bermula? apa yang akan dimulakan? apa yang diperlukan? apa yang beliau mulakan??
situasi makin genting masa makin singkat namun sang mahasitua masih keliru keliru dan terus keliru.....
Ini kisah sedih. Kisah duka Liku-liku perjalanan sang mahasitua Tidak sampai seminggu sang Mahasitua membentangkan cadangan penyelidikannya
Perubahan yang besar perlu beliau lakukan rombakan yang sangat besar menuntut ketekunan atas nama kesarjanaan
ini bukan tuntutan yang kecil ia besar dan sang mahasitua tahu ini adalah jalan yang beliau pilih jalan yang dipilih atas nama cinta
sang masitua terkedu dan kaku seketika bila mengenangkan perubahan ini bukan kerana perubahan ini menuntut banyak komitmen tetapi perubahan ini seumpama memulakan yang baru dan seumpama pengorbanan lima bulan yang lalu adalah sia-sia
sang mahasitua tahu ini adalah proses perlu dilalui kerana ini jalan yang beliau pilih beliau pilih atas nama cinta...
namun..adakah sang mahasitua cukup tabah??? Wallahualam
Isteri Akhil: Sudah terlambat untuk Waheeda bersemuka
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Maizawati ketika ditemubual dalam program WHI di TV3 bersama Irin (dua dari kanan) dan NK (kanan) dan Ustaz Zawawi (kiri). -foto mStar oleh SITI AZIRA
PETALING JAYA: Selang dua hari selepas muncul dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, Maizawati Zainal, 33, isteri kepada penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Ustaz Akhil Hayy tampil semula dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang di TV3, hari ini.
Buat kali kedua, dia dijemput untuk menjadi tetamu bagi topik ‘Ditinggalkan Suami’ bersama pakar motivasi Ustaz Zawawi Yusof yang dihoskan oleh aktres Norish Karman atau NK dan Irin Putri Azmi.
Dalam program ini, Maizawati atau selesa dipanggil Maiza menjawab segala persoalan mengenai hubungannya dengan suami yang dikatakan telah goyah sehingga mengambil jalan untuk bercerai sambil diselang-selikan dengan pendapat daripada Ustaz Zawawi.
Dia mengambil langkah untuk tampil menerusi media elektronik setelah bermuzakarah dengan rakan-rakannya kerana mahu bercerita secara langsung kepada masyarakat lebih-lebih lagi suaminya dikenali ramai.
Tambahnya, dia berharap dengan pendedahan itu tidak akan menimbulkan perkara yang kurang enak di kemudian hari.
Tidak berniat memburukkan sesiapa
Bagaimanapun, disebalik pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza, dia akui tidak berniat untuk memburukkan sesiapa.
"Bagi saya, bukan hendak membuka aib sesiapa tetapi saya hendak pertahankan diri saya sebagai isteri di mana saya telah memfailkan kes ini di mahkamah dan menjawab persoalan masyarakat yang ingin tahu tentang sebab saya menuntut cerai.
Maizawati kelihatan tenang ketika menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.
"Jadi, saya hanya menerangkan bagi pihak saya dan saya tiada niat langsung untuk memburukkan mereka.
"Saya harap mereka faham bahawasanya apa keputusan yang saya buat ini, mereka harus terima dengan hati yang terbuka dan tiada niat langsung untuk membuatkan perkara ini lebih bermasalah," jawab Maiza sejurus selepas ditemubual dalam program itu.
Sudah terlambat jika Waheeda hendak bersemuka
Jika Waheeda dalam akhbar hari ini mengeluarkan kenyataan untuk mendedahkan perkara sebenar dan kecewa dengan apa yang diceritakan oleh Maiza kerana telah memburukkan dirinya.
Maiza menjawab, "Bagi saya, berani kerana benar dan takut kerana salah."
Diikutkan, masalah yang dihadapi oleh Maiza dan Akhil Hayy berlaku akibat orang ketiga. Kemungkinan jika ada berjumpa dengan Waheeda mungkin masalah ini dapat diselesaikan dan tidak menuding jari antara satu sama lain.
Namun begitu, Maiza yang mengakui tidak pernah berjumpa dengan Waheeda berkata dia tidak perlu bersemuka dengan wanita itu.
"Sepatutnya benda ni, dia (Waheeda) yang perlu berjumpa dengan saya dan hal ini harus ada kompromi. Saya dah tak nak cakap banyak lagi.
Yang pasti, saya tak nak besarkan lagi hal ini kerana keputusan sudah dibuat dan ia akan dibincangkan di mahkamah kelak," tegasnya.
Maizawati enggan menghubungi suaminya buat masa ini sehingga mendengar perbicaraan di mahkamah pada 2 Jun ini.
Diaju samada dia mempunyai keinginan atau tidak untuk berjumpa dengan Waheeda, Maiza menjawab, "Sepatutnya perkara ini tak perlu diperbesarkan. Kenapa kita nak ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Perkara ini patut diungkit sebelum hal ini berlaku dan meletup.
"Hakikatnya sekarang, tiada guna dan faedahnya kalau dia nak buka pekung yang lama-lama pun kerana keputusan sudah dibuat dan saya pun telah memfailkan perkara ini di mahkamah. Jadi, tiada soal siapa yang nak jumpa siapa.
"Jika dia mempersoalkan siapa yang perlu jumpa siapa, seolah-olah dia hendak memperbesarkan hal ini sedangkan saya sudah cuba untuk membuat satu titik noktah supaya perkara ini tidak perlu berpanjangan dan berlarutan.
"Saya hanya hendak meleraikan apa yang telah berlaku," jelasnya.
Waheeda pernah tersilap menghubunginya
Pada mulanya, Maiza berkata dia tidak mempunyai nombor Waheeda dan tidak pernah menghubungi wanita itu, namun selang selepas lama berbual dengannya, Maiza baru teringat yang Waheeda pernah tersilap mendail nombor telefonnya dan terus tercetusnya perbualan antara mereka.
Dalam perbualan yang berlangsung sekitar tahun 2007 itu, Maiza berkata dia telah bertanya dengan Waheeda tentang sejauh mana gosip yang mengatakan wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.
“Waktu itu, Waheeda mengaku yang dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan suami saya,” cerita Maiza.
Masalah rumahtangga akibat orang ketiga?
Berdasarkan apa yang dijawab oleh Maiza, dia memberi gambaran bahawa masalah rumahtangganya berpunca daripada orang ketiga dan menafikan disebabkan masalah dalaman.
“Saya rasa kalau hubungan rumahtangga kami bermasalah, sudah lama saya ditinggalkan dan bukannya hari ini kerana saya tahu siapa suami saya.
“Bagi saya dia merupakan seorang suami yang sangat baik dan dia tidak mempunyai apa-apa masalah.
“Bagi hubungan kami, adatlah hubungan suami dan isteri. Perkara kecil takkan nak diperbesarkan tetapi saya rasa dia bukannya orang yang macam tu. Hubungan kami tiada apa-apa masalah.
“Dia masih memberi nafkah kepada saya dan anak-anak kerana kami tidak mempunyai apa-apa masalah.
“Saya lihat dia mula berubah apabila timbulnya gosip-gosip di media seperti gosip mereka selalu keluar bersama,” ujar Maiza.
Berusaha selamatkan rumahtangga
Menurut Maiza, bukannya dia tidak pernah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya dengan Akhil namun akhirnya menemui jalan buntu yang tiada penghujungnya.
“Saya dah cuba berusaha dan tidak tahu di mana salahnya dalam hubungan ini.
“Saya cuba untuk berbincang demi mencari kata putus sama ada kami boleh bersama lagi atau tidak dan dia perlukan orang ketiga," beritahunya.
Dua tahun tahan sabar
Selepas suaminya sudah tidak pulang ke rumah sejak kali terakhir meminta izin untuk berkahwin lain pada Februari lalu, Maiza memfailkan tuntutan cerai pada awal bulan lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan kes ini akan dibicarakan pada 2 Jun ini, pukul 9 pagi.
Jelas Maiza, keputusan untuk memfailkan penceraian memang dibuat olehnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Akhil minta izin kahwin kali kedua
Mengimbas kembali tentang saat Akhil meminta izin untuk bernikah buat kali kedua, Maiza berkata pada mulanya dia tidak bersetuju dengan permintaan itu tetapi dengan sekelip mata dia berubah jawapan dan terus memberikan persetujuan pada hari itu juga.
“Saya terpaksa bersetuju apabila memikirkan jika itu adalah yang terbaik buatnya,” kata Maiza.
Tambahnya, dia nekad untuk membuat keputusan itu seolah-olah sudah tidak tahan sabar lagi setelah dua tahun memberi ruang kepada suaminya dan mengambil inisiatif samada gosip yang didengarinya sebelum ini adalah benar ataupun tidak.
Disoal samada suaminya mengetahui dan bersetuju dengan permohonan cerai ini, Maiza berkata:
“Saya rasa dia pasti tahu tentang permohonan cerai ini dalam bulan ini kerana pihak mahkamah ada menghantar surat. Tetapi samada dia bersetuju atau tidak, saya tiada komen.”
Enggan hubungi Akhil
Sehingga kini, Maiza berkata dia tidak menunjukkan apa-apa inisiatif untuk menghubungi suaminya itu.
“Bagi saya, selepas saya sudah nekad membuat keputusan untuk ke mahkamah, jadi saya tak perlu hubungi dia lagi,” ulasnya yang pernah menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) buat kali terakhir selepas mereka berunding pada Februari lalu.
Jelasnya, “Memang saya terpaksa membuat perbincangan menerusi SMS disebabkan mungkin Ustaz (Akhil) sedang sibuk untuk berbincang tentang apakah masalah yang mereka hadapi setelah saya memberi keizinan itu (untuk berkahwin).”
CAKAP MEMANG MURAH (SEARCH)
Ia titis, Dan mengalir bagai arus yang menggilis, Gurau senda, Sekawan bidadari dan biduan yang berbangsa,
Dalam gema, Temasya ria, Salam sejahteranya, Pada semua,
Ia deru, Dan menggempur, Bagai seru, Yang mengembur,
Airmata sekawan, Bidadari dan biduan yang berbangsa, Dengan gema temasya ria, Anekarona darah sama merah,
Kita sudah sedar, Cakap memang murah,
Tanpa maruah, Membawa padah, Kita sudah geli, Cakap tanpa bukti,
Ekonomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa, kata menteri kewangan kedua.
"Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," kata Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
Beliau diminta mengulas unjuran oleh pakar ekonomi bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus pada 2009.
Unjuran KDNK Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini antara -1.0 peratus dan 1.0 peratus.
Menurut Bernama, BNM akan membuat pengumuman mengenai KDNK suku tahun pertama esok.
"Tunggu pengumuman BNM esok," katanya selepas merasmikan pelancaran Program Penambahbaikan dan Pembangunan Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti di Kuala Lumpur hari ini.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat satu lagi pengumuman keesokannya (lusa) mengenai unjuran baharu KDNK 2009 dan kita kemudiannya akan mengetahui kedudukan ekonomi negara."
Tambah Husni, ekonomi bagaimanapun dijangka pulih dalam suku tahun ketiga kerana kesan pakej rangsangan ekonomi RM67 bilion baru-baru ini mulai dirasai.
Bagi 2010, katanya, kerajaan percaya KDNK akan dicatatkan positif.
Institut Penyelidkan Ekonomi Malaysia (MIER) bulan lepas berkata ekonomi menguncup 2.2 peratus tahun akibat kesan kelembapan ekonomi dunia.
Institut bebas itu juga menjangkakan Malaysia akan mengalami "kemelesetan teknikal" - atau pertumbuhan negatif dalam tempoh dua suku tahunan berturut-turut - separuh pertama tahun ini.
Ketika ditanya sama ada lebih banyak langkah liberalisasi akan diumumkan pada masa depan, Husni berkata kerajaan kini sedang mengusahakan mengenai pembangunan model ekonomi baharu negara ini.
"Model ekonomi itu kini berada pada peringkat perancangan," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji bidang yang boleh diliberalisasikan lagi.
Katanya, teras utama model baharu itu ialah kualiti pelaburan dan rakyat.
"Akhirnya, kita akan menjadi ekonomi terbuka kerana kita merupakan sebahagian daripada sistem global tetapi proses liberalisasi memakan masa," katanya.
Petikan Kosmo Online (26 Mei 09)
68,000 pemohon berebut 1,984 tempat KPLI
LANGKAWI - Kementerian Pelajaran telah menerima sebanyak 68,000 permohonan daripada siswazah untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi sesi Jun ini.
Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datuk Misrah Ibrahim berkata, hanya 1,984 tempat disediakan untuk kursus KPLI di 27 institut pendidikan guru bagi sesi pengajian bermula akhir Jun ini.
"Sebanyak 40,000 pemohon yang gagal juga telah mengemukakan rayuan agar dipilih,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Guru Daerah Langkawi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang di sini semalam.
Katanya, bahagian itu turut menerima 97,000 permohonan daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus diploma pendidikan dan hanya 6,200 pemohon diterima.
Katanya, Kementerian Pelajaran mungkin menetapkan syarat kelayakan yang lebih tinggi pada masa depan berikutan bilangan pemohon yang begitu ramai. - Bernama
tONTON...BACA-BACA DAN SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.....
kemaskini 4.32pm Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.
Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.
Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.
Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.
Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.
Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."
Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.
Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.
Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.
Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.
Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.
Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Tahniah kepada mahasitua itu kerana telah membentangkan cadangan penyelidikannya tepat 5 bulan selepas tarik pendaftarannya
Tahniah kepada mahasitua itu kerana berani untuk mebentangkan cadangan penyelidikannya walau dia tahu dia tidak benar-benar bersedia
Tahniah kepada mahasitua itu kerana berjaya 'menyerap' segala komen yang membina juga yang meruntuhkan semangat juangnya
tahniah kepada mahasitua itu berjaya melangkah halangan pertama 5 bulan sudah berlalu ada berbaki 2 tahun 7 bulan lagi mahasitua kena gagah mahasitua kena istiqamah mahasitua kena tabah
banyak lagi halangan ada didepannya kerana hanya yang tabah sahaja akan berjaya
Lama juga aku tak bertemu dengan abang Usop, kali terakhir aku dapat berita dia di serang sakit jantung semasa beliau sedang membuat penelitian di lapangan. Hari ini aku berjumpa dengannya, bukan sengaja tetapi pertemuan yang tak di duga. Abang Usop nampak makin sihat. Senyum juga makin menguntum di bibirnya
Lalu abang Usop bersurah pada aku, “jangan hisap rokok, jaga makan, kalau ada duit minyak masak guna minyak selain minyak sawit, paling elok minyak zaitun, roti canai seminggu sekali, tinggalkan lebih elok, jangan lupa senaman biar badan berpeluh..”
Panjang nasihat abang Usop. Nasihat dari seorang yang telah merasa azab serangan jantung, seorang yang sedang dalam proses pemulihan dari pembedahan ‘by pass’.
Aku membelek “Indikator Demografi Malaysia 2008”, oh...purata jangka hayat penduduk Malaysia pada 2006 ialah 76.3 tahun (perempuan) dan 71.5 (lelaki)..namun ramai juga yang meninggal atau setidak-tidaknya menderita dengan pelbagai penyakit pada usia 40 an malah yang lebih kritikal sebelum mencecah usia 40 tahun.
Aku teringat kata-kata apek komputer yang aku temui semalam. Katanya “ abang, takda duit takpa, asal jangan ada penyakit. Lu kalau ada (banyak) penyakit, banyak duit pun talak guna....”
Aku rasa macam insaf, petang hari besi ku angkat berpuluh kali. Namun bila malam menjelang aku menjamu selera dengan roti cicah kari kambing..Insafkah aku???
SEBUAH bilik rumah kedai yang dijadikan dewan kuliah untuk pelajar UPSI di Tanjung Malim.
KERATAN Kosmo! semalam.
PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi akan memastikan projek kampus baru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim berjalan lancar sehingga ia siap mengikut jadual pada 2010.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, pihaknya tidak mahu berkompromi dengan sebarang kelewatan memandangkan jika itu yang berlaku, kesulitan kakitangan serta para pelajar UPSI yang terpaksa belajar di rumah-rumah kedai di luar kampus akan berterusan.
"Disebabkan kepentingan itu, saya sendiri akan memberi perhatian terhadap projek ini," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia dan ACCA Malaysia Sdn. Bhd. di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan tentang nasib pelajar-pelajar di UPSI yang terpaksa meneruskan pengajian di rumah-rumah kedai ekoran kampus induk mereka sudah sesak.
Pihak pengurusan UPSI bimbang masalah itu akan menjadi lebih rumit dengan kemasukan kira-kira 5,000 pelajar baru pada Julai ini.
Masalah yang dihadapi itu berpunca daripada kampus induk yang sudah sesak selain projek kampus baru di Behrang Ulu terlewat daripada jadual selama tiga bulan.
Buat masa ini, Mohamed Khaled meminta kakitangan dan pelajar UPSI supaya bersabar sementara masalah tersebut ditangani dengan siapnya projek kampus baru kelak.
KASIHAN BAKAL GURU.... MACAM MANA NAK JADI GURU YANG BAIK KALAU SEMASA 'LATIHAN' BELAJAR DALAM RUMAH KEDAI KASIHAN-KASIHAN-KASIHAN...
(ERRR...KENAPA BILA MASUK PAPER BARU MENTERI NAK KOMEN? KATA UNIVERSITI ADA AUTONOMI SENDIRI-KENAPA YE??? )
Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Zambry tangguh keputusan MB Perak
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan laksana Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar(MB) Perak yang sah.
Sementara itu, ketika ditemui di perkarangan mahkamah Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai MB dan akan kembali ke pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada bila-bila masa.
Semalam Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar sah.
Pagi tadi, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.
Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu.
Ia datang lagi ku tidak pernah menjemputnya malah... aku tidak pernah teringin untuk menjemputnya
Namun ia tetap datang tanpa kebenaran tidak peduli sama ada aku suka, atau tidak suka tidak peduli sama ada dengan jemputan atau tanpa jemputan,
Ia tetap datang aku tidak mampu menghalang aku tidak mampu melawan aku hanya menghadapi dalam ketewasan
Ia datang lagi menziarah ku ketika jiwa dan perasaan tidak keruan
ia memang begitu sentiasa datang bila tahu aku berperasaan begitu
aku mahu menolaknya jauh-jauh membuangnya jauh-jauh namun hingga ke hari ini ia tetap datang dan aku tidak berjaya melawannya...
What is Insomnia?
Insomnia (in-SOM-ne-ah) is a common condition in which you have trouble falling or staying asleep. This condition can range from mild to severe, depending on how often it occurs and for how long.
Insomnia can be chronic (ongoing) or acute (short-term). Chronic insomnia means having symptoms at least 3 nights a week for more than a month. Acute insomnia lasts for less time.
Some people who have insomnia may have trouble falling asleep. Other people may fall asleep easily but wake up too soon. Others may have trouble with both falling asleep and staying asleep.
As a result, insomnia may cause you to get too little sleep or have poor-quality sleep. You may not feel refreshed when you wake up.
Overview
There are two types of insomnia. The most common type is called secondary or comorbid insomnia. This type of insomnia is a symptom or side effect of some other problem.
More than 8 out of 10 people who have insomnia are believed to have secondary insomnia. Certain medical conditions, medicines, sleep disorders, and substances can cause secondary insomnia.
In contrast, primary insomnia isn't due to a medical problem, medicines, or other substances. It is its own disorder. A number of life changes can trigger primary insomnia, including long-lasting stress and emotional upset.
Insomnia can cause excessive daytime sleepiness and a lack of energy. It also can make you feel anxious, depressed, or irritable. You may have trouble focusing on tasks, paying attention, learning, and remembering. This can prevent you from doing your best at work or school.
Insomnia also can cause other serious problems. For example, you may feel drowsy while driving, which could lead to an accident.
Outlook
Secondary insomnia often resolves or improves without treatment if you can stop its cause—especially if you can correct the problem soon after it starts. For example, if caffeine is causing your insomnia, stopping or limiting your intake of the substance may cause your insomnia to go away.
Lifestyle changes, including better sleep habits, often help relieve acute insomnia. For chronic insomnia, your doctor may recommend a type of counseling called cognitive-behavioral therapy or medicines.
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno akan memikirkan jalan penyelesaian terbaik berhubung keputusan mahkamah hari ini yang memutuskan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Najib berkata, keputusan mahkamah itu bukanlah sesuatu yang melemahkan semangat Umno.
"Ini bukan kali pertama Umno berhadapan dengan cabaran.
"Ini bukan pengakhiran dunia. Kita parti yang sedia terima cabaran.
"Kita akan bina semangat baru," kata beliau dalam ucapannya sempena sambutan ulang tahun Umno ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Turut hadir adalah pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Mohammad Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah antara Mohammad Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada BN, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri dan tidak pernah meletak jawatan.
Selain itu, Najib berkata, Umno perlu mendengar denyut nadi rakyat jika parti itu ingin terus berkuasa.
"Kalau kita ingin jadi parti yang kekal relevan, Umno tidak ada pilihan dan mesti berani buat perubahan untuk berada di saf hadapan," katanya.
Najib berkata, beliau telah memulakan perubahan tersebut dengan memperkenalkan konsep 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Najib berkata, rakyat tidak mahu perkara bersifat retorik sebaliknya mereka mahu kepada perubahan.
'Satu Malaysia' berpaksi kepada Perlembgaan dan Rukun Negara dan kejayaan Umno mesti berpaksi kepada kejayaan orang-orang Melayu.
"Insya Allah, dengan semangat yang lebih intuisif, Umno mampu untuk menghadapi pelbagai rintangan," katanya.
Katanya lagi, dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat yang mesti didahulukan.
"Kita mesti menjadi anggota parti yang sanggup berkhidmat bukan sahaja kepada Perlembagaan parti malah berpaksikan semangat dan budaya tawaduk menyusuri susah payah rakyat perlu dipupuk di kalangan ahli-ahli parti," katanya.
KAH-KAH-KAH
INGATKAN DAH SELESAI BILA LANTIK MB BARU,RUPA-RUPANYA TAK SELESAI JUGA
KUALA LUMPUR: Selepas 96 hari, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai Menteri Besar sah, tetapi keputusan hari ini belum memberi petanda jelas sama ada krisis politik Perak yang memasuki bulan ketiga akan menemui jalan penyelesaian.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan itu kira-kira pukul 3.45 petang tadi.
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan SUK Perak.
Ratusan penyokong Nizar berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak tengah hari tadi dengan kawalan keselamatan ketat.
ALASAN MAHKAMAH
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan.
Selain itu tiada sebarang usul undi tidak percaya dibawa terhadap Nizar yang menyebabkan beliau hilang kepercayaan majoriti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"
"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini Menteri Besar boleh disingkirkan," katanya.
Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham untuk menangguhkan keputusan pengesahan kedudukan Nizar sebagai MB Perak tetapi mereka boleh mengemukakan rayuan.
Dalam kertas penghakiman yang dibacakan lebih satu jam bermula pukul 2.30 petang itu, Abdul Aziz berkata, satu-satunya cara untuk melucutkan jawatan Nizar sebagai Menteri Besar adalah melalui keputusan undi tidak percaya dalam sidang DUN.
Beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) membawa 31 ADUN termasuk tiga wakil rakyat Bebas menghadap Sultan Perak telah menyebabkan bukti yang menunjukkan Nizar kehilangan undi majoriti itu datang daripada pelbagai sumber.
Abdul Aziz berkata, seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.
Pemecatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.
Katanya, walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar, seorang Menteri Besar sebaik dilantik hanya bertanggungjawab kepada anggota DUN yang dipilih dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.
Beliau juga menolak hujah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar boleh memohon untuk membubarkan DUN iaitu apabila tempoh penggal Dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.
Beliau juga tidak bersetuju dengan hujah Abdul Gani dan Dr Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.
Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.
"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," katanya.
REAKSI NIZAR
Dalam reaksi segera, Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kuala Kangsar, dijangka esok pagi bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.
Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh Zambry selaku Menteri Besar sejak Februari lalu akan dikaji semula kecuali keputusan untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei lalu yang berakhir dengan kekecohan.
"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah," katanya.
Nizar juga memberitahu mesyuarat Exco akan diadakan segera.
"Kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac lalu," katanya.
Nizar telah kehilangan jawatan tersebut 6 Februari berikutan krisis politik Perak.
Ini hadiah hari ibu dari ibumu mat hakim dan adik ain kau kini jauh dari mata kami
'mak' dan 'apak' saban hari berendam air mata dari kecil kau berdua di sini membesar bersama ketawa dan gembira kita bersama
'pak long', 'uda', 'acik' dan 'ucu' sentiasa merindui kamu apa sahaja yang pernah kau lakukan tutur kata tingkah perbuatan suka dan duka kamu semuanya masih terbayang di mata kami
buat mat hakim dan adik ain 'apak' sentiasa menangis sejak hari kau dan adik ain meninggalkan kami
hati 'apak' sudah hancur dan luluh namun apakan dayanya bukan dia ada kuasa untuk menghalang mu
mat hakim dan adik ain mungkin kau berdua belum cukup dewasa untuk mengatahui betapa kami sangat menyayangimu dan sentiasa menyayangi mu
mat hakim dan adik ain kami doakan kau berjaya walau 'apak' dan 'mak' hingga hari ini masih tetap menangis walau 'along', 'uda'. 'acik' dan 'ucu' masih bersedih kami paham dan kami tahu itu bukan salah dirimu dan abah
ini hadiah dari ibumu yang mengejar bayang di siang hari bila malam tiba nanti baru dia sedar semuanya dan waktu itu kami semua sudah amat bersedia...
KUALA LUMPUR: Gempar apabila sebuah akhbar online di Denmark, semalam memaparkan babak mengaibkan sebuah program realiti terbitan sebuah stesen televisyen negara itu yang menonjolkan aksi peserta Survivor Robinson Ekspeditionen berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.
Lebih memeranjatkan apabila seorang pembaca akhbar ScandAsia.com di Internet yang mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia, mendapati rancangan realiti di TV3 Denmark itu menjalani penggambaran di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor.
Difahamkan, semua peserta program realiti televisyen yang sedang disiarkan di negara Scandinavia itu dibawa khas dari Denmark bagi mengharungi pelbagai ujian lasak secara fizikal dan mental.
Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada penerbit program itu mempunyai agenda tersembunyi apabila mewajibkan semua peserta berlumba lari dalam keadaan bogel, seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia rakyat Malaysia masih kuno dan tidak berpakaian.(Baca sendiri la harian metro untuk dapat tahu lebih lanjut)
IPOH 7 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kesal terhadap tindakan pembangkang yang bertindak biadab dan kurang ajar sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Sambil menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bertindak menggunakan undang-undang rimba, beliau juga membidas sikap mereka yang tidak menghormati institusi raja.
Katanya, tindakan melampau dan ganas itu telah menyebabkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim terpaksa menunggu sehingga kira-kira lima jam untuk merasmikan sidang berkenaan.
''Mereka (ADUN pembangkang) sanggup melakukan apa saja untuk menghalang Speaker, Datuk R. Ganesan menjalankan tugas dan menjemput baginda merasmikan Dewan. Mereka gagal meletakkan Dewan sebagai institusi mulia dengan menjerit dan mengherdik orang lain.
''Bagaimanapun saya bersyukur akhirnya Speaker dapat menjemput Raja Muda dan baginda memberikan titah ucapan. Selepas itu, keadaan menjadi terkawal dan aman. Saya menjunjung kasih Tuanku dan juga berterima kasih atas sokongan padu seluruh rakyat Perak," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas berakhirnya mesyuarat penggal pertama, penggal kedua DUN Perak Ke-12 di sini hari ini.
Zambry menjelaskan, sidang DUN yang bermula pukul 10.15 pagi itu tidak dapat berjalan lancar setelah wakil rakyat pembangkang membuat gangguan malah menyerbu di mana saja Ganesan duduk untuk menjalankan tugas.
Katanya, keganasan itu menyebabkan pelbagai kemudahan Dewan rosak malah banyak mikrofon tertanggal bagi menghalang Ganesan daripada bercakap.
Pada masa sama, katanya, ADUN pembangkang meninggalkan tempat duduk masing-masing dan menyeberang ke kawasan Barisan Nasional (BN) serta Bebas untuk mewujudkan suasana haru-biru dan tidak terkawal.
''Bekas Speaker, V. Sivakumar juga mengarahkan saya, enam Exco dan tiga ADUN Bebas keluar Dewan dan beliau tidak mengiktiraf perintah-perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan.
''Mereka turut menghalang semua ADUN BN menjalankan tugas hingga menyebabkan sidang Dewan terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali bagi mengawal keadaan," katanya.
Menurut Zambry, sebaik saja sidang Dewan bersambung pada pukul 2 petang, Ganesan telah mengarahkan Sivakumar supaya mengosongkan tempat duduk Speaker dan kembali ke tempat duduk ADUN biasa.
Kata beliau, memandangkan Sivakumar tidak mengendahkan arahan tersebut malah 'tidak berani mengangkat punggung' dari kerusi, Ganesan telah mengarahkan Bentara, Ahmad Saufi Abd. Hamid mengiringi Sivakumar ke tempat duduk ADUN biasa.
Katanya, ekoran itu, Bentara telah dikasari oleh beberapa ADUN pembangkang dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan kakinya cedera dan terseliuh di bahagian tangan.
Apa yang lebih mengecewakan, pasu bunga hiasan berhampiran dengan tempat duduk Raja Nazrin telah pecah hingga menjadikan kawasan itu bersepah.
Jelas beliau, Ganesan yang tidak ada pilihan lain untuk mengawal keamanan telah mengarahkan polis membantu Bentara mengikut Perkara 90 Perintah-Perintah Tetap yang akhirnya menyaksikan Sivakumar 'diangkat' keluar Dewan.
''Speaker telah bersabar sejak 10.30 pagi, jadi beliau terpaksa mententeramkan keadaan dengan meminta bantuan dan sokongan polis.
''Saudara saudari lihat sendiri bagaimana mereka menyerang ke kawasan kita. Kita cuba sedaya upaya untuk tidak melawan dan rakyat di luar pastinya terkejut dengan perangai mereka," katanya.
KAH-KAH-KAH LAGI MAU TIPU KE? MACAM LA ORANG SEMUA BODOH KAH-KAH-KAH
ZAMAN-ZAMAN DULU BOLEH LA UTUSAN JADI KITAB ORANG MELAYU SEKARANG TAK LAGI KAN KERAJAAN JUGAK AJAR "SAYANG I.T, CINTA IT" KAH-KAH-KAH
DARIPADA BUANG DUIT BELI UTUSAN BAIK BELI CENDOL M RAHEEM HARGA SAMA SPECIAL KALU ADA PULUT, KACANG, JAGUNG KAH-KAH-KAH
KUALA LUMPUR -Profesion perguruan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan hampir 100,000 orang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bagi pengambilan sesi Julai ini.
Ini sekali gus menimbulkan persaingan sengit di kalangan pelajar sedangkan pihak Kementerian Pelajaran hanya mampu menempatkan 6,200 orang untuk mengikuti kursus pendidikan di dalam dan luar negara.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom yang menyifatkan bilangan tersebut sebagai satu petanda positif terhadap kerjaya perguruan di negara ini.
"Pada tahun ini, seramai 1,877 pelajar yang memperoleh 9A hingga 15A dalam SPM 2008 memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di luar negara. Daripada bilangan itu, seramai 100 pelajar terpilih untuk dihantar ke United Kingdom.
"Mereka dipilih untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara khusus pembelajaran dalam bidang kritikal seperti Fizik dan Biologi,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.
Alimuddin memberitahu, Kementerian Pelajaran memang mencari dan memilih pelajar cemerlang serta berkualiti yang berminat untuk mengikuti kursus perguruan.
Bagaimanapun, mereka perlu melalui tiga tapisan termasuk menghadiri proses temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis.
BENARKAH KERANA CINTA?
ATAU HANYA BIDANG INI MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN SECARA BESAR-BESARAN?
LEBIH MUDAH LEPAS BELAJAR TERUS DAPAT KERJA, PTPTN TAK PAYAH BAYAR (DAPAT ELAUN) BERBANDING KELUAR IPT LEPAS TU MENGANGGUR
INI BARU KISAH LEPASAN SPM
YANG BERPULUH RIBU MOHON KPLI DAN DPLI TU APA CERITA?
PUTRAJAYA - Dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijangka mengalami defisit belanjawan sekitar RM46 bilion pada tahun 2020.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai langkah awal, kementeriannya kini menjalankan kajian terperinci bagi memastikan kelestarian PTPTN dan stabil untuk terus menampung keperluan pembiayaan pengajian kepada para pelajar.
"Selepas itu, kita akan bentang dan terpulang kepada kerajaan untuk menentukan bagaimana format serta bentuk cadangan yang diperlukan dalam usaha untuk terus menggerakkan peranan yang dimainkan PTPTN," katanya selepas merasmikan Portal Prapendaftaran Bagi Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2009 dan Penyampaian Surat Tawaran Pembiayaan Ijazah Lanjutan Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi di sini semalam.
Terdahulu, semasa berucap Khaled memberitahu, kementeriannya akan memberi perhatian dan fokus kepada aspek 4P yang dijadikan sebagai penanda aras kepada kemajuan sesebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Untuk itu, semua naib canselor di IPTA perlu mencapai standard Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau berdepan risiko diberhentikan atau tidak disambungkan ke jawatan masing-masing.
Objektif 4P ialah Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN), pendemokrasian pengajian tinggi, pengantarabangsaan dan pembangunan pelajar.
KAH-KAH-KAH MACAM MANA DANA TAK DEFISIT, PEMINJAM TAK BAYAR PINJAMAN,
MACAM MANA PEMINJAM NAK BAYAR PINJAMAN? SEBAB TAK ADA KERJA
KENAPA TAK ADA KERJA? SEBAB EKONOMI NEGARA TAK LAH KUKUH MANA PUN
KALAU TAK TAKKAN BERPULUH RIBU GRADUAN MENGANGGUR, DAN DARI PADA PULUHAN RIBU ITU TENTU MAJORITINYA PEMINJAM PTPTN.
TU LAH, SEMUA ORNG DAPAT PTPTN, SIAP ADA CAS PERKHIDMATAN LAGI, KONON NAK DAPAT UNTUNG RUPA-RUPANYA DEFISIT
Cinta..satu perkataan lima huruf yang memainkan peranan dalam hidup seseorang insan dalam dunia ini. Cinta ada pelbagai, cinta pada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara....Jika tuan-tuan fikirkan yang saya akan menulis tentang cinta seorang insan dengan insan yang lain atau ndalam bahasa yang mudah cinta antara kekasih dengan kekasih yang lain tuan-tuan sebenarnya sudah silap. Saya sudah terlalu tua untuk berbicara tentang perkara itu. Biarlah persoalan cinta yang itu dibincangkan oleh ribuan penulis yang lain. Saya hanya ingin menulis tentang ‘cinta’ dan ‘pekerjaan’
Bagi tuan-tuan yang masih belajar samaada diperingkat sekolah mahupun di institut pengajian tinggi (IPT) tuan-tuan boleh abaikan tulisan saya ini. Ia kurang signifikan dengan anda. Kenapa? Kerana kebanyakan pelajar belajar bukan kerana ‘cinta’ tetapi dipaksa atas sebab tanggungjawab dan pelbagai sebab lagi...
Bagi tuan-tuan yang sedang bekerja atau mungkin juga yang bakal bekerja..ambil masa lima saat dan tanyakan pada diri anda. Adakah anda benar ‘cinta’ pada pekerjaan yang anda lakukan? Jika anda benar cinta padanya, apa yang telah anda buktikan??
Saya yakin ramai antara kita yang menceburi satu-satu bidang pekerjaan bukan kerana cinta. Besar kemingkinan ramai yang melakukan satu-satu kerja atas sebab terpaksa. Terpaksa untuk meneruskan hidup, terpaksa untuk menanggung keluarga, terpaksa untuk menanggung hutang PTPTN, terpaksa kerana sudah tidak ada kerja lain yang ditawarkan kepada anda.....
Nah, sekarang tuan-tuan sudah boleh menjawab, adakah tuan-tuan ‘cinta pada pekerjaan yang tuan-tuan lakukan
Kerana cinta pada kerja maka wujudlah perkataan ‘gila kerja ‘ (workholic)..namun hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian. Pada hemat saya, cinta pada kerja bukan semata-mata kerana gelaran atau ganjaran namun kerana rasa yang terlalu mendalam pada satu-satu pekerjaan
Jika tuan-tuan menonton televisyen, mungkin tuan-tuan ada menonton CSI (Crime Scene Investigation), kisa sekumpulan ‘penganalisis jenayah’ yang benar-benar cinta pada pekerjaan. Juga kisah seorang yang meninggalkan jawatan Professor untuk berkhidmat sebagai ahjli CSI tahap satu kerana kecintaannya pada kerja penganalisis jenayah tersebut.
Nah tuan-tuan, biasanya jika kita ‘cinta’ pada perkerjaan kita kita biasanya akan melakukan dengan baik dan sempurna. Albert Einstein pada asalnya hanya seorang kerani dan pada usia 26 tahun beluat mula menulis makalah tentanng bidang kecintaannya. Kerana kecintaannnya pada bidang tersebut beliau membuat penerokaan yang selama ini tidak pernah difikirkan oleh orang yang sezaman dengannya maka pada usia 32 tahun beliau dilantik sebagai Professor atas sumbangannya dalam bidang fizik yang beliau jalankan dengan penuh rasa cinta...
Ya tuan-tuan, saya sebenarnya juga dah kehilangan punca dalam penulisan ini. Tetapi apa yang hendak saya tuliskan ialah dalam apa-apa pekerjaan ‘cinta’ itu penting untuk kita jadi lebih cemerlang. Harus diingat, kerana kecintaan kita pada kerja yang kita jalankan adakalanya kita terpaksa berkorban untuk melepaskan kerja lain. Contohnya, mungkin kta seorang pegawai penyelidik, kerana kecintaan kita pada ilmu kita akan tekun menelaah bahan-bahan bacaan yang berkaitan dan menghabiskan masa berjam-jam menjalankan penyelidikan hingga kita terpaksa melepaskan perkara-perkara lain seperti kegembiraan berhibur dan sebagainya...
Rumusannya, apa sahaja yang tuan-tuan lakukan percayalah, lakukan dengan penuh rasa ‘cinta’ kerana saya yakin dengan adanya ‘cinta’ itu, tuan-tuan pasti akan lebih baik berbanding dengan masa-masa yang lalu...
Akhir kata, tuan-tuan smbil-sambil meneguk kopi atau teh pada ketika membaca tulisan saya ini tanyalah pada diri tuan-tuan, “benarkah tuan-tuan cinta pada pekerjaan tuan-tuan” dan seterunya tanya lagi diri tuan-tuan “jika benar tuan-tuan cinta, sudahkan tuan-tuan buktikannya” dan ingatlah seperti kata ramai orang... ‘cinta’ tetap memerlukan pengorbanan...fikir-fikirkan...