Saya mengandaikan tentu jamatan ini amat hebat dan besar. Jika tidak maskaan boleh beratus-ratus tentera (samada Melaka dan Portugis bertempur di atas jambatan tersebut). Harus di ingat pengikut Tuan Bandan sahaja seramai 700 orang.
Kenapa Jambatan?
“Rui de Araujo menyatakan bahawa pada pendapatnya mereka patut menyerang jambatan itu dahulu kerana selepas merampas dan memilikinya mereka akan berada di antara bandar itu dengan penempatan Upeh. Dengan demikian ia akan membahagikan tentera Sultan Melaka kepada dua” (Albuquerque:Caesar Timur:107)
Ya..jambatan Melaka adalah lokasi yang amat strategik. Memandangkan adalah mustahil untuk Portugis menyerang dari arah laut. Portugis telah mendarat dan membina kubu pertahanan di Upeh dan jambatan Melaka merupakan satu-satunya penghalang yang pastinya menyukarkan serangan ke atas Melaka. Menguasai jambatan merupakan kejayaan yang paling penting bagi membolehkan penaklukan seterusnya.
Oleh yang demikian, Albuquerque telah mengambil pendekatan untuk mengusai jambatan dahulu melalui serangannya yang berpusat di kubu awal mereka di kawasan Upeh. Begitu juga dengan Sultan Melaka yang menyedari akan kepentingan untuk mempertahankan jamatan telah mengerahkan tenteranya untuk mempertahankan jamabtan bersungguh-sunggu kerana jatuhnya jambatan ke tangan Portugis merupakan petandan awal kepada kejatuahan Melaka.
Serangan Untuk Menguasai Jambatan
Dalam novel 1515 dan buku Albuquerque:Caesar Timur sama-sama memperincikan tentang kehebatan pertempuran di atas jambatan.
“Tentera Portugis sebetulnya bertungkus-lumus untuk menguasai jambatan Melaka, tetapi usaha itu sukar sekali. Kerana itu pada hari ketiga kepungan dan pertempuran mereka menggunakan jong besar yang sarat dengan muatan senjata dan makanan dengan harapan ketinggian jong mencapai paras jambatan dan memudahkan mereka menyerang kubu orang Islam” (1515:94-95)
“ Patik perhatikan pihak musuh seribu daya berhempas pulas untuk merampas jambatan Melaka kerana di situlah kekuatan kita. Jambatan Melaka menghubungkan kota dengan penempatan Upeh” (1515:165)
“Orang Islam mula menembak orang-orang kita dengan meriam yang diletakkan di dalam kubu dan tembakan mereka telah mencederakan beberapa orang. Apabila letupan senjata api pertama berakhir, Albuquerque mengarahkan supaya ditiupkan trumpet dan dengan laungan ‘Saint James’, mereka maju ke arah kubu di atas jambatan tempat pasukan itu berada” (Albuquerque: Caesar Timur:108)
“Albuquerque berhenti di sebelah bandar dengan semua kapten dan pasukan tentera yang lain dan mereka menyerang jambatan dari situ. Mereka bertembung dengan penentang yang kuat kerana ramai pasukan musuh bersama-sama raja berkumpul di sana” (Albuquerque: Caesar Timur:109)
“Tuan Bandan, Ketua Pasukan di Raja Melaka telah menaikkan bendera dengan warna mereka dalam salah sebuah kubu di atas jambatan. Apabila melihat orang Islam kacau bilau, beliau keluar dengan 700 orang Jawa dan dua orang kapten lain naik ke atas jambatan di bahagian kota dan menyerang kami dari belakang.”
“Albuquerque nampak mereka datangdari salah satu jalan besar di bandar tersebut lalu mengeluarkan Joao de Sousa, Antonio de Ebreu dan Aries Pariera serta orang-orangnya supaya mereka boleh menyerang. Ini dilakukan dengan cepat sebelum orang islam sampai ke kubu.”
“Mereka dapat melempar lembing dengan penuh semangat sehingga memaksa pihak musuh untuk berundur. Dom Joao de Lima dan kapten-kapten lain yang berada di sebelah masjid tergesa-gesa untuk sampai ke hadapan secepat mungkin, apabila mereka muncul dan dengan segera membunuh sebahagian daripada mereka.”
“Yang lain-lain pula terjun ke arah sungai apabila mendapati diri mereka di serang dari ke dua-dua arah. Para pelayar terus menujuke arah mereka dalam kapal lalu membunuh mereka semua tanpa mengecualikan sesiapa pun kerana komander mereka Tuan Bandan dan dua orang kapten yang bersama-samanya telah terbunuh”
“Albuquerque dengan tenteranya mengambil alih kubu dan mengejar orang Islam di jalan menuju ke jambatan dan membunuh ramai antara mereka” (Albuquerque: Caesar Timur:111)
“Seperti yang akan diterangkan kemudian, terdapat banyak meriam seperti itu di melaka dan jambatan tersebut dihalang dengan halangan yang sangat kukuh. Di salah satu jalan utama yang menuju kea rah jambatan, dibina kubu dan dipasang meriam di belakangnya. Lebih banyak diletakkan di bahagian sebelah masjid dan di pantai tempat jeti terletak dibubuhnya besi-besi berduri yang direndamkan ke dalam racundan diletakkannya bertaburan supaya orang-orang kita yang menghampiri pantai akan tercucuk. Untuk memenuhi kehendak orang Jawa yang ramai menjadi tenteranya tetapi tidak puas hati kerana tidak dibayar gaji, baginda mengarahkan mereka semua supaya dilunaskan segala bayaran dan di bayar tiga bulan gaji pendahuluan kerana bimbang Afonso akan menyerang bandar itu” (Albuquerque: Caesar Timur:113)
Begitu hebat strategi dan serangan yang diatur oleh Portugis untuk menawan jambatan Melaka. Begitu juga hebatnya strategi Sultan Melaka dalam mempertahankan jambatan. Namun, serangan demi serangan dan strategi yang di atur oleh Portugis ternyata amat licik dan akhirnya jambatan dapat ditawan seterusnya mempercepatkan usaha mereka untuk menawan Melaka.
Dalam ketewasan itu Faisal sempat meyindir
“Puaslah hati agaknya baginda Sultan selama ini berlekaan membiarkan negeri akhirnya jatuh ke tangan orang kafir dan ramai pula merungkai diri dari syahadah” (1515:118)
Semasa proses dokumentasi saya cuba menjejak jambatan Melaka yang penuh sejarah itu. Saya tahu amat mustahil untuk saya menemuinya. Namun saya amat berharap agar dapat sedikit sebanyak mengandaikan lokasinya. Berdasarkan pemerhatian dan bacaan saya andaikan bahawa jambatan yang hebat itu terletak di Muara Sungai Melaka dan dari segi lokasinya mungkjin berada d bahagian belakang Muzium kastam hingga di kawasan sungai di sebelah Muzium Samudera..Wallahualam…
Foto: Mungkin Di Sini Lokasi Jambatan Melaka
4 comments:
salam,
kalau tak silap saya, hampir dengan jambatan itu ada sebuah masjid kayu - masjid melaka yang telah punah terus...mengambil kira perubahan geografi dsbnya, masjid itu tak mustahil berada di lokasi pusat penerangan pelancongan sekarang.
salam pak,
tahniah.
kajian jejak sebegini tentunya menuntut kesabaran yang tinggi dalam membaca dan meneliti.
Memang sukar nk kesan lokasi tepat,lagi pula masa tahun 1930an british dah tambak tanah dejat depan a famosa tu,sbb klu ikut info gigi air laut tu zaman portugis mmg jejak kt pintu masuk a famosa.
Post a Comment