"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, August 03, 2006

Jejak Nyemah Mulya: Sungai Melaka


Foto: Sungai Melaka Kini Indah Di Pandang Mata Tetapi Jangan Terlupa Di Sini Pertempuran Hebat Berlaku Pada Tanggal 1511

Sungai Melaka.
andai kau mampu bercerita. Pasti dapat kau ceritakan padaku bagaimana hebatnya peperangan pada April 1511 itu.
Air mu yang asalnya jernih bertukar menjadi merah akibat bercampur dengan darah samada darah pendekar mahupun pen jajah.
Sungai Melaka,
andai kau mampu merakam, pasti ku pinta agar kau pertontonkan kepada ku kehebatan peperangan itu.
Peperangan yang menjatuhkan Kesultanan Melayu.
Peperangan yang meranapkan maruah agama dan bangsa di bumi tercinta

Saya sendiri tidak yakin apabila melihat saiz sungai ini bahawa pertempuran yang hebat pernah berlaku di sini. Sungai yang memisahkan antara kawasan kota Melaka dengan kawasan tempat berkubunya tentera Portugis di Upeh.

Sungai yang yang di atasnya terbina jambatan Melaka yang merupakan medan pertempuran yang terhebat.

“Apabila semuanya sudah siap sedia, Afonso memberitahu Antonio de Abreu untuk belayar ke sungai melalui kukup ke hilir dari jambatan. Dan dia berserta orang-orangnya akan mengekorinya. Jong itu sangat besar dan tidak dapat melepasi kukup kerana air sedang surut ketika itu. Untuk tidak membuang masa Afonso memerintahkan agar dihantar jong lain yang lebih kecil saiznya. Walau bagaimanapun jong ini tersadai juga dan mereka terpaksa menunggu air pasang” (Albuquerque: Caesar Timur,1995:115)

“Ayahmu memimpin seratus hafiz berdiri di pesisir sungai lalu memanah, menembak dan menyumpit askar-askar Malabar yang sedang berundur, lima puluh sempat terluka. Ada yang jatuh ke dalam sungai dan ditembak dengan istinggar” (1515:74)

“Pasukan Baginda Sultan yang berjumlah tiga ribu orang semuanya berazam mempertahankan tebing sungai bersungguh-sungguhmenembak dengan meriam supoaya askar-askar itu berundur semula ke nau mereka” (1515:169)
“Bahang kebakaran Kota Melaka menyebabkan air sungai Melaka menggelegak dan mendidih justeru ikan-ikan, udang-udang, siput-siput dan ketam-ketam merah terpanggang terapung ke permukaan” (1515:73)

Begitu hebatnya perang yang di saksikan oleh sungai Melaka.

Hari ini Sungai Melaka semakin jernih. Ia kini dipromosikan sebagai salah satu tarikan utama pelancongan bagi negeri ini. Menyusuri Sungai Melaka memberikan satu pandangan yang amat menarik.

Namun, saya amat mengharapkan agar ada usaha untuk mengesan dan menonjolkan semula kawasan juga lokasi pertempuran yang hebat yang pernah berlaku di tebing Sungai Melaka itu supaya ia juga dapat ditonjolkan kepada semua orang, bahawa Melayu itu bangsa yang ada harga diri dan bukannya mengalah sesuka hati, agar kesan tinggalan yang ditonjolkan itu dapat mengingatkan anak bangsa bahawa dulu kita menentang hebat usaha penjajahan sedang kini kita semua menyerah atas nama penjajahan walaupun penjajahan itu tanpa peperangan.

3 comments:

Anonymous said...

pak kebun, air sungai sampai mendidih?? isk,dasyat tuuu

Anonymous said...

Pak Kebun,

Saya merasa terharu membaca blog ini terutamanya cerita 1515. Semangat Melayu saya hampir pulih...dulu saya rasa rendah diri tentang bangsa kita kerana asyik dikaitkan dengan subsidi kerajaan dan pelbagai tohmahan tentang kualiti orang Melayu. Tak sangka rupa-rupanya saya dari keturunan satu bangsa yang bersemangat tinggi dan wira serta pejuang yang bermati-matian menegakkan tanahairnya.

Dekat mana saya boleh dapat buku ini?

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Free hardcore newsgroup Effexor costs hot - college- blonde - naked 3 hardcore tiny toons Mighty+mule+gate+opener Trannys i would like to suck Tigers coats make your own business card free Machine online slot 777.com casino gambling online Ass and pussy clips propecia and pregnancy Bath installing tub whirlpool willa wolka remix happy hardcore buy fioricet line carisoprodol Old time baseball pictures z4 bmw Buy ionamin day trippers hardcore party video post gallery