"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, August 15, 2006

Jejak Nyemah Mulya: Akhirul Kalam

Jejak Nyemah Mulya saya tamatkan dengan entri "A Famosa"


Tamat di sini bukan bermaksud bahawa saya telah menjejaki kesemua yang ada dalam novel 1515 tulisan Faisal, mungkin ada antara peminat yang mampu buat yang lebih baik dari apa yang saya lakukan.
Saya kini telah kembali ke Negeri Utara dan kini dibebani dengan pelbagai tugasan yang tertunggak yang telah saya tinggalkan selama 3 bulan yang lalu
Kerja tertunggak serta kerja lain yang datang bertali arus menyebabkan saya tidak mampu untuk meluangkan masa untuk menulis. Saya akui bahawa kesibukan menyebabkan ide melimpah-limpah untuk dicurahkan namun saya kena terima hakikat bahawa ada yang penting dan ada yang lebih penting. Menulis itu penting tetapi kerja dan tanggungjawab saya lebih penting.
Saya ucapkan terima kasih kepada Faisal kerana memberi 'lampu hijau' kepada saya dalam siri Jejak Nyemah Mulya ini. Juga terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca serta memberikan komen.
Setiap kebaikan datang dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri saya sendiri.
InsyaAllah saya akan terus menulis...
Wassalam'

4 comments:

Romantis Selatan said...

semakin lama semakin mendalam. ini adalah kajian yang terpuji.

singabeng said...

Pak Kebun, boleh tak menulis perihal laksamana sunan selepas ini?

Unknown said...

Pak Kebun,

Tahniah di atas usaha. Tulisan ini mungkin boleh diusahakan sebagai companion's guide untuk pembaca novel 1515.

Pak Kebun said...

Terima kasih atas komen dan pandangan. InsyaAllah saya akan menulis lagi..cuma di kesibukan ini, masih belum dapat saya terus menulis

wassalam