GUA TAK PERNAH MINAT NAMEWEE, SEPERTI ORANG ISLAM DAN MELAYU YANG LAIN DI MALAYSIA, GUA MASIH BERBULU DENGAN DIA. GUA PANAS HATI DENGAN CLIP 'NEGARA KUKU' YANG BELIAU BUAT, BUKAN SEBAB NEGARA KUKU TAPI SEBAB MEMPERSENDAKAN ORANG MELAYU DAN ISLAM
GUA JUGAK BERBULU DENGAN MENTERI YANG DENGAN MUKA SELAMBA MEMINTA KITA MEMAFKAN NAMEWEE. KEMUDIAN GUA LAGI BERBULU BILA DIA BOLEH KE PARLIMEN DENGAN PAKAIAN YANG TIDAK FORMAL (SIAP PAKAI SKULL CAP LAGI)...LU ORANG TRY LA PERGI PARLIMEN PAKAI SKULL CAP..GUA PASTI LU AKAN KENA HALAU MCM ANJING DENGAN PENGAWAL DAN PEGAWAI DI SANA
TAPI WALAUPUN GUA BERBULU DGN DIA, TAPI ADA SATU SIKAP DIA YANG GUA SUKA. DIA BETUL-BETUL 'OUTLAW'. TAK KIRA SAPA. SEMUA DIA REDAH, MCM LEMBU DLM GELANGGANG MATADOR. DIA PENAH MAKI HAMUN CIKGU KAT SKOLA, ADA REASON SBB CIGU TU RASIST
DIA PERNAH MAKI HAMUN TNB SEBAB TIBA-TIBA BLACK OUT
HARI INI DIA MAKI HAMUN UTUSAN..DAN INI PALING BERANI
GUA YAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MUAK DENGAN UTUSAN
ENTAHLAH, GUA MEMBESAR DENGAN BACA UTUSAN, TAPI MAKIN BESAR DAN MAKIN TUA, GUA RASA BANYAK LAPORAN UTUSAN YANG GUA KURANG MINAT.
LAGIPUN BUAT APA GUA BELI UTUSAN RM 1.50 SEHARI ,,BAIK GUA MASUK INTERNET, MACAM-MACAM PAPER ADA.
BERBALIK PADA UTUSAN, WALAUPUN RAMAI YG BERBULU, TAPI TAKDE SEORANG PUN YANG BERANI MAKIN HAMUN UTUSAN SECARA TERBUKA KECUALI NAMEWEE..
PUNCANYA?
FILEM BELIAU (NASI LEMASK 2.0) DIKRITIK HABIS -HABISAN OLEH WARTAWAN UTUSAN.
PADA GUA KALAU UTUSAN ADA HAK KRITIK, NAMEWEE ADA HAK MENCARUT DAN MEMAKI HAMUN
TAPI....RUPA-RUPANYA UTUSAN...SENSITIF...MAKA UTUSAN NAK SAMAN NAMEWEE
GUA MULA TERPIKIR,
VIDEO NAMEWEE HANYA DI YOUTUBE, BUKAN SEMUA TAU, LAGIPON BUKAN SEMUA ORG NAK LAYAN SI NAMEWEE NI..
JADI, BILA UTUSAN NAK AMBIL TINDAKAN UNTUK SAMAN NAMEWEE, GUA TENGOK UTUSAN CUBA MENUNJUKKAN BAHAWA DIA ADALAH 'SUPERIOR' DAN DALAM MASA YANG SAMA KALAU KOMEN NAMEWEE INI BUKANLAH PENTING KENAPA PERLU SAMAN DIA?
CLIP INI MAKIN MENJADI TUMPUAN DI YOUTUBE, STAKAT MASA GUA TULIS ENTRY INI DAH 52,516 YANG TGK TAPI BUKAN DI CHANEL NAMEWEE, GUA TRY SEARCH DI CHANEL DIA, SUDAH TIADA CLIP INI. MUGKIN NAMEWEE TELAH DI PADAMKAN. ATAU MUNGKIN DIA TAKUT? TAPI RELEKS, INI DUANIA INFORMASI, MASIH ADA CLIP INI DI YOUTUBE DAN GUA BAGI LINK UNTUK KITA SAMA-SAMA TENGOK... LAYAN....
Utusan buat laporan polis ke atas Namewee
(Malaysiakini.com 2 Okt 2011)
Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis ke atas penyanyi rap Namewee berhubung bidasannya terhadap akhbar milik Umno itu dan wartawannya Fauziah Arof kerana mengkritik filem terbarunya 'Nasi Lemak 2,0'.
Dalam artikel itu, Fauziah menulis bahawa walaupun ramai yang memuji filem berkenaan, namun dia tidak berminat menontonnya walaupun ditawarkan tiket percuma.
Dia kemudian mengimbas kembali beberapa klip video yang diterbit oleh Namewee, yang dakwanya telah menyinggung orang ramai serta menghina umat Islam di negara ini, termasuk klip kontroversi Negarakuku.
Namewee, yang nama sebenarnya ialah Wee Chee Meng, kemudiannya membalas dengan memuat-naik satu klip video dalam bahasa pasar yang berjudul 'Namewee Fxxx Utusan'.
Video itu memaparkan kekecewaan Namewee yang 'menghentam' akhbar itu dan Fauziah.Hujahnya, semua lagu-lagu yang digubahnya itu adalah bersifat patriotik dan mempersoalkan sama ada Fauziah memahami lirik berkenaan.
“Lu tak faham, lu cakap saya dulu buat apa xxx... Saya kutuk siapa? Dulu saya kutuk siapa?
“Saya panggil orang jangan jadi orang yang perkauman. Saya panggil orang kerja betul-betul. Saya sokong 1Malaysia tak boleh ah?”
Namewee kemudian melabel Fauziah sebagai 'tidak berotak' kerana menulis artikel berkenaan tanpa menonton filem itu terlebih dahulu, yang katanya, jelas tidak mencerminkan sikap profesional untuk seorang wartawan.
Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.
"Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya dipetik Utusan.

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di
Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.
Beliau belajar di sana dari 1971 hingga 1974. Seorang aktivis pelajar ketika itu, beliau banyak menyertai perhimpunan anti kerajaan.


"Sesiapa yang memasuki kampus akan melihat seluruh kampus penuh dengan bas polis, lori dan juga trak FRU. Seluruh UM telah menjadi seolah-olah sekolah polis dan ini adalah mengarut.
Beliau berkata, keadaan tidak menentu akibat perhimpunan itu boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lepas iaitu RM6 bilion melalui perbelanjaan oleh 2.2 juta pelancong.
Beliau berkata, kesan awal perhimpunan itu mula dirasai apabila kementerian dimaklumkan yang Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir perhimpunan haram itu sebelum membuat keputusan sama ada untuk membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini.
"Sebagai pemimpin industri pelancongan yang bertanggungjawab mereka perlu menyuarakan kekuatiran mereka dan menegaskan pendirian bahawa pihak polis perlu menghalang agar perhimpunan itu tidak berlaku,"katanya.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.
Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.
"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.
Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di Kuching, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.
Najib berkata sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.
Kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya, katanya.



