Buku ini ditulis pada 1884 oleh Residen Perak pada ketika itu. Oleh yang demikian pemerhatian dan kisah yang beliau paparkan merujuk kepada Melayu Perak. Kalau tuan puan celik pada sejarah, tuan puan akn tahu bahawa kebanyakan residen yang dihantar oleh Inggeris ke Tanah Melayu pada ketika itu ialah terdiri dari golongan sarjana dan cendikiawan. Mereka bukan sahaja datang untuk memerintah, tetapi mereka juga datang untuk memahami, mendalami dan menganalisis gaya hidup bangsa yang mereka jajah agar mereka tahu mana lemah dan mana kuatnya bangsa tersebut.
Tuan2 tidak percaya? tuan2 bacalah Hikayat Abdullah dan cuba teliti apa yang ditulis oleh Munshi Abdullah terhadap Stamfford Raffles. Juga bacalah sejaha Indonesia. Lihatlah latar belakang dan peranan Snouck Hugronjae dalam penjajahan indonesia oleh belanda.
Kata Frank Swettenham, Orang melayu :
- Bersifat baik hati, gerak geri sopan apabila berbicara
- Tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenali agak pendiam dan curiga yang tidak ditunjukkan
- Suka berbelanja, gemar meminjam wang tetapi lambat membayar
- Petah berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka berkelakar dan suka benar berjenaka
- Mengambil tahu hal jiran tetangga dan suka bercerita tentang hal orang
- Percaya kepada takdir juga kepada tahyul
- Tidak pernah mabuk namun gemar berjudi dan bersabung ayam
- Konservatif,muliakan adat resam takut kepada raja dan hormati pihak berkuasa
- Pantang menerima penghinaan
- Apabila maruah tercemar - akan menuntut bela
- Semangat berpuak-puak yang tebal
- Curiga terhadap semua jenis pembaharuan dan menentang apa-pembaharuan yang dipaksa
Hari ini sudah hampir 127 tahun kisah ini ditulis.
Adakah orang melayu masih seperti dahulu?
Dalam pengkajian tentang budaya, hakikatnya budaya manusia berubah selaras dengan perubahan persekitaran ini kerana terdapat hubungan yang kuat antara manusia dengan alam sekitar (man-environmental interaction). Jadi pandangan gua, pasti ada antara yang ditulis oleh beliau sudah tidak ada relevannya pada masa kini.
Justeru kita tidak perlu marah jika ada yang ditulis oleh Swettenham ini menyakitkan hati kita. Jangan jadi bodoh. Seperti penentang novel 'Interlok' yang pada gua tak sedar diri dan tak tahu membezakan perubahan 'ruang dan masa'. Gua malas nak cerita pasal interlok dan kebebalan penentangnya. Namun pada gua jika kita paham bahawa 'ruang dan masa' berubah namun catatan sejarah tetap kekal maka kita tidak peru marah dan menjadi bebal.
Aisey...gua sudah melalut...
tapi pada gua..buku ni bagus jika tuan-tuan baca jika hendak mengetahui korpus pemikiran melayu dari perspektif seorang inggeris sepanjang akhir abad ke 19 yang lalu......
No comments:
Post a Comment