Mereka tidak hormati sultan
PELANTIKAN Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor diakui sah oleh semua pihak. Namun kehadiran beliau tidak diterima barisan exco kerajaan negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Polemik itu membawa kepada cadangan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri 1959 kononnya bagi mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar dalam melantik SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
Semestinya cadangan pindaan tersebut menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit. Jika pelantikan Mohammed Khusrin sah di sisi undang-undang mengapa undang-undang sedia ada mesti dipinda.
Wartawan Mingguan Malaysia, LUQMAN HAZIQ ABDULLAH, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar AHMAD ZAKKI JILAN sempat menemuramah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, DATUK MOHAMMAD SATIM DIMAN untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan kerajaan negeri gabungan PKR, Pas dan DAP itu.
Wartawan Mingguan Malaysia, LUQMAN HAZIQ ABDULLAH, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar AHMAD ZAKKI JILAN sempat menemuramah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, DATUK MOHAMMAD SATIM DIMAN untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan kerajaan negeri gabungan PKR, Pas dan DAP itu.
MINGGUAN: Apa sebenarnya muslihat Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di sebalik isu Datuk Mohammed Khusrin Munawi sehingga perlu membawa kepada Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN)?
SATIM: Saya melihat dari segi ini, kerajaan negeri cuba meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar dengan alasan kononnya hendak mengembalikan kuasa sultan. Isu Mohammed Khusrin ini tiada kaitan langsung dengan kuasa sultan terhakis kerana baginda sendiri sudah menyatakan perkenan. Kita juga nak tanya kuasa sultan yang macam mana mereka hendak kembalikan? Kenapa tidak diperincikan?
Mereka sengaja memperalatkan isu ini untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar sahaja. Ini kerana jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tetap berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) walaupun DUN meluluskan usul tergempar.
Sebenarnya tidak ada isu pun dalam pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK, semuanya dilakukan dengan mengikut prosedur yang sudah menjadi amalan sekian lama tetapi Kerajaan Negeri PKR menjadikan perkara ini sebagai modal politik mereka, sedangkan sudah jelas pelantikan SUK tertakluk kepada SPA.
Ini semua tidak lebih hanya political game bertujuan menguji institusi raja dan rakyat kerana saya difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menubuhkan panel penilai bagi memilih SUK dan salah seorang calon akhir ialah Mohammed Khusrin. Maknanya, Menteri Besar sudah tahu sejak dari awal tetapi berbohong kepada rakyat kononnya beliau dibelakangkan.
Pada saya semua ini juga tidak lebih sebagai penghinaan kepada penjawat awam. Mereka menubuhkan panel tetapi pengerusinya Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim. Mengapa bukan SUK, sepatutnya jika betul tak berniat menghina serta merasakan pegawai kerajaan amat penting kepada kerajaan negeri, pengerusi panel itu mesti SUK.
Kenapa hanya Mohammed Khusrin dijadikan kambing hitam sedangkan sebelum ini langsung tiada masalah walaupun diwarisi dari zaman BN?
SATIM: Mereka cuma berpolitik selain cuba untuk mengalihkan pandangan rakyat kerana terlalu banyak janji-janji pilihan raya mereka dulu masih belum ditunaikan dan pada saya memang sukar pun untuk ditunaikan. Jadi mereka mengalihkan perhatian satu persatu dan terbaru Speaker pula mengisytiharkan DUN Pelabuhan Klang kosong, walhal ia sepatutnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hajat mereka bila semua ini dipolitikkan, rakyat akan melihat kepada isu itu dan dengan harapan mereka terlupa kepada janji-janji politik yang ditabur pada 2008 tetapi kita akan pastikan benda ini sentiasa disuarakan, kita akan terus bertanya dimana janji-janji pembangkang.
Memang Mohammed Khusrin dijadikan kambing hitam oleh kerajaan negeri bagi menutup kelemahan pentadbiran PKR dan orang suruhan yang menjadi alat untuk menjayakan niat jahat ini adalah tidak lain tidak bukan Abdul Khalid. Beliau hanyalah alat kepada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain dakwaan Datuk iaitu Abdul Khalid hanyalah alat kepada Anwar, sejauh mana kebenaran mengenai dakwaan yang mengatakan Menteri Besar dicucuk hidung oleh DAP?
SATIM: Saya rasa Abdul Khalid selaku Menteri Besar tiada kekuatan, dia hanya Menteri Besar yang ‘less power’ kerana secara kebiasaannya, kekuatan seorang Menteri Besar dia perlu ada kekuatan politik dulu, baru datang kepada organisasi tetapi beliau tiada kuasa dalam PKR Selangor.
Abdul Khalid bukan Pengerusi PKR Selangor, sebaliknya jawatan itu digenggam Azmin Ali. Di pusat pula Azmin juga Timbalan Presiden apatah lagi dengan kedudukan Penasihat Ekonomi Selangor yang dikelilingi oleh DAP sehingga akhirnya terperangkap dengan mainan DAP. Benar, Abdul Khalid bukan sahaja alat kepada Anwar tetapi juga boneka yang dicucuk hidung oleh DAP.
Apakah krisis DUN ini penanda aras kepada pembangkang bahawa apabila mereka mendapat kuasa dua pertiga, segala undang-undang termasuk kuasa raja-raja akan dipinda?
SATIM: Rakyat kena faham, setiap undang-undang sama ada di peringkat negeri mahu pun pusat boleh dipinda apabila ada kuasa dua pertiga. Mana-mana parti boleh buat sesuatu hati termasuk untuk menggugurkan apa sahaja. Di sinilah pentingnya rakyat kena berfikir, saya tidak boleh kata DAP tapi mana-mana yang dapat dua pertiga sama ada di DUN dan Parlimen, dia ada hak untuk gubal undang-undang ikut selera masing-masing.
Kalau keadaan ini tiada penyelesaian dan SUK berterusan dihalang menyertai mesyuarat kerajaan negeri, apa status setiap mesyuarat yang dilaksanakan?
SATIM: Sepatutnya mereka akurlah. Kalau tidak akur, itu pengkhianat yang amat besar kepada seluruh rakyat dan kakitangan awam. Tiada makna jika kita berterusan begini kerana ia tidak memberi faedah kepada sesiapa pun, sebaliknya yang susah adalah rakyat sendiri.
GUA LAHIR DI NEGERI YANG PERTAMA ADA SULTAN DI TANAH MELAYU.GUA LAHIR DI NEGERI YANG KESULTANAN LENYAP. DALAM BAHASA MUDAH GUA LAHIR DALAM NEGERI YANG TIDAK ADA SULTAN...
BILA GUA BACA BERITA-BERITA TENTANG SULTAN DAN RAJA...KADANG KALA GUA HAIRAN DAN PENING...
RAMAI SANGAT YANG KATA RAKYAT SUDAH TIDAK HORMAT SULTAN..
TAPI...BILA GUA TANYA DIRI SENDIRI..'KENAPA PERLU?'
GUA JUGA YANG TIADA JAWAPAN UNTUK SOALAN ITU
ENTAHLAH GUA TAK PAHAM...MUNGKIN AGAKNYA GUA KENA BELAJAR SEJARAH
No comments:
Post a Comment