"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, July 07, 2011

Mari Kita Bershaer Lagi.....

Pak Samad tetap cool....
Gua memang peminat dia sejak dari dulu
Awal tahun 2000, beliau pernah bertelingkah 'tulisan' dengan Shahnon tentang politik
katanya 'tidak perlu mencarut dalam mengkritik' (tentang novel SHIT Shahnon)
lalu...pada ketika itu ramai yang berkata...
Pak Samad pengampu pemerintah...

Kemudian...
bila PPSMI diperkenalkan
Pak Samad adalah antara ikon yang menentangnya
beliau tidak mahu bahasa ibunda 'diludah' pemerintah
ini berlanjutan hingga ke perhimpunan bersih

Gua tak peduli apa org kata pada Pak Samad
seperti mana ada org yg sokong Berahim Ali
gua juga ada alasan kenapa gua sokong Pak Samad..
dan gua yakin...
kalau Arwah Tongkat masih hidup
beliau juga akan sebaris dengan Pak Samad...

No comments: