"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, June 28, 2006

Tak Pakai Akal Ke??




Jika kita biasa melanggan perkhidmatan, pasti akan kita temui dua kaedah dalam menentukan kadar bayaran bagi perkhidmatan yang kita langgan.

Telefon misalnya, merupakan langganan yang perlu dibayar mengikut kadar penggunaan. Semakin banyak perkhidmatan yang diguna, semakin banyaklah bayaran yang perlu kita bayar atas penggunaan perkhidmatan tadi.

Satu jenis langganan lagi ialah yang bersifat sebaliknya. Langganan ini lebih bersifat terhad (unlimited). Langganan jenis ini membawa maksud walau sebanyak mana sekalipun penggunaan, kadar bayaran bagi perkhidmatan tersebut bersifat tetap (statik).

Contohnya Siaran TV satelit ASTRO.

Jika kita melanggan Pakej yang berharga RM 49.95 sebulan, maka kadar bayarannya tetap sama setiap bulan. Jika kita tonton TV hanya sejam sehari bayarannya tetap RM 49.95 sebulan malah jika kita tonton selama 24 jam sehari selama sebulan sekalipun, bayarannya tetap RM 49.95 sebulan (tak termasuk bil elektriklah…)

Dalam konteks internet terdapat kedua-dua jenis kaedah langganan. Ada yang bergantung kepada penggunaan (Dial-Connection) dan ada juga yang tiada limit (Streamyx dan Server)
Di sini timbul satu persoalan.

Situasi yang hendak diceritakan di sini kadangkala amat lucu bagi yang memahami tetapi tiada apa-apa yang melucukan bagi mereka yang tidak memahami.

Penggunaan Server bagi penggunaan internet telah Pak Kebun bincangkan tadi bahawa ia merupakan penggunaan yang ‘un-limited’. Cuma yang Pak Kebun hairan dan sering menimbulkan kelucuan ialah apabila pengunaannya di tempat MACAM-MACAM ADA ini telah dihadkan.

Tidak kiralah atas apa alasan sekalipun kerana sikap menghadkan penggunaan itu tidak akan menyumbang kepada pengurangan kos

Malah amat melucukan apabila dalam mereka beria-ia mahu menghadkan penggunaan internet tadi, semua komputer tetap terpasang dan ‘server’ masih ‘on’ seperti biasa.

Apa agaknya yang difikirkan ye??

Menjadikan kisah ini lebih lucu ialah “Ketua Pasukan Berjimat” ini sendiri tidak tahu apa itu ‘IP Number” apabila seorang sahabat meminta kebenarannya untuk melayari internet menggunakan komputer bimbit milik peribadinya…..

Pak Kebun: Agaknya inilah yang dikatakan peribahasa “Seperti Kera Mendapat Bunga

No comments: