Pagi Ahad lalu (18 Jun 2006) tidak ada yang lebih melucukan selain dari membaca satu artikel@berita yang ditulis oleh seorang wartawan hiburan tentang seorang artis Malaysia yang memaki gelaran Phd
Menurut si penulis berita, terdapat banyak ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap penyanyi tersebut samada melalui internet mahupun akhbar. Kononnya ijazah Phd (Doktor Falsafah) yang diterima oleh penyanyi tersebut tidak laku kerana ia datang dari Universiti yang tidak diikhtiraf. Penulis juga menasihati penyanyi tersebut agar berdiam diri dan tidak melayan fitnah dan tohmahan tersebut.
Pada Pak Kebun, jika artis tersebut menuruti nasihat penulis berita tadi, memang terserlahlah ‘kebodohan’ artis tersebut.
Ini kerana Pak Kebun berpegang kepada hujah yang paling utama iaitu “berani kerana benar”
Jika benar, beliau memperoleh Phd yang tulen, apa salahnya beliau membuktikan ketulenan ilmunya?
Harus diingat, Malaysia memang salah sebuah negara yang menjadi lambakan ‘ijazah-ijazah palsu’
Beliau tentu telah menghadapi pahit getir mengharungi cabaran dan dugaan untuk memperoleh Phd (harus diingat tidak semua calon yang berdaftar layak memperoleh Phd, lebih lebih lagi dalam masa yang amat singkat seperti yang diperolehi olehnya).
Jadi, beliau perlu membuktikan ketulenannya.
Apa bidang yang beliau kuasai? Buktikan pada umum….kerana Phd adalah lambang ketinggian ilmu dalam satu-satu bidang. Kalau setakat mencanangkan ada Phd kemudian senyap dan menonjolkan diri sebagai ‘Motivator’ itu bukan caranya.
Di Malaysia, golongan kedua yang paling berkuasa ialah Artis. Jika tidak masakan Iklan “MAMEE” juga menggunakan artis sedangkan mamee dan mee segera adalah lambang golongan yang ‘bocor poketnya’ .
Oleh itu,Pak Kabun melihat penonjolan beliau sebagai motivator tidak dapat tidak dibantu oleh statusnya sebagai artis….
Pak kebun bukan dengki, Cuma jika benar beliau seorang yang tulen ilmunya….beliau perlu buktikan…..
Pak Kebun: Hanya Tukang Kebun
No comments:
Post a Comment