"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, June 28, 2006

Sembang Buku: Kedurjanaan Siber 1


Buku: Kedurjanaan Siber 1
Penulis: Shahrom TM Sulaiman
Penerbit: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Tahun: 2004
Harga: RM 10.00

Buku ini adalah kompilasi artikel yang ditulis oleh Shahrom TM Sulaiman. Ya…Shahrom TM Sulaiman ialah satu nama besar bagi pencinta buku di negara ini. Anak kelahiran Pekan, Pahang yang juga merupakan bekas Pustakawan di Perpustakaan Negara, kini merupakan Pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di negara ini. Beliau merupakan bekas kolumnis “Melayar Buku” di Majalah Massa (yang kini telah dihentikan penerbitannya)

Tulisan Shahrom banyak berkisar tentang dunia perbukuan. Ketiga-tiga karyanya yang berkaitan dengan dunia perbukuan iaitu “KEUNGGULAN DAN KEANEHAN BUKU’, ‘ADA APA DENGAN BUKU’ dan juga ‘BUKU KEKASIH” merupakan bacaan penting dalam Bahasa Melayu bagi golongan ‘biblioholisme’ di Malaysia.

Buku ini terbahagi kepada lima bab dan mengandungi sejumlah 19 artikel yang kesemuanya berkisar dengan dunia siber dan ICT.

Amat tertarik bila membaca ulasan beliau tentang Pendidikan Bestari kerana pendapat beliau di Negara kita pendekatan untuk membestarikan pelajar dilihat lebih mempertaruhkan keupayaan pelajar menguasai ICT berbanding budaya kreatif dan berfikir. Lantas beliau mengemukakan persoalan bahwa sekiranya penguasaan ICT dilihat sebagai pemberat terhadap “Bestari” maka beribu-ribu sekolah diluar bandar nanti akan ketinggalan dari segi “bestari” kerana ketiadaan kemudahan ICT

Sedangkan hakikat penting untuk melahirkan pelajar, bestari’ ialah melahirkan terlebih dahulu guru-guru ‘bestari’. Guru yang mencintai ilmu. Guru yang mempunyai tabiat dan budaya membaca yang tinggi, guru yang kreatif dan mampu membimbing dan mendidik pelajar supaya mencintai ilmu dan menghayati budaya membaca (Shahrom,2004:8)

Pembacaan tambah menarik apabila beliau melontarkan persoalan tentang perubahan dalam kecenderungan beragama dunia melalui artikelnya yang berjudul “Rumah Ibadat Maya”. Beliau mengisahkan tentang kewujudan rumah ibadat maya ini di mana penganut agama boleh mengikuti kuliah, ajaran agama hanya melalui internet dan medium yang lebih mudah seperti VCD dan Video tanpa perlu menghadiri kuliah dan ceramah sebenar.

Ini mungkin kita anggap sebagai satu bahan jenaka, namun inilah realiti yang telah berlaku di negara-negara barat apabila upacara sembahyang dan pengampunan/pengakuan dosa boleh dilakukan melalui internet tanpa perlu ke gereja atau kadatheral. (ini mungkin lanjutan dari Mc Spiritualisme yang ada beliau kisahkan dalam “KEUNGGULAN DAN KEANEHAN BUKU’)

Menurut beliau, dalam keadaan yang kita lalui hari ini, kehadiran internet dan cyberspace tetap memunculkan persoalan tentang erti pemaknaan pengalaman beragama. Apakah cybermosque akan meminggirkan realmosque?. Apakah jemaah masjid, gereja dan kuil bakal hilang kerana banyakknya jemaah maya? Dapatkah ibadah keagamaan dilakukan melalui layar computer? Ataupun dapatkan kita menemukan dimensi ketuhanan dalam dunia cyberspace??? (Shahrom,2004:31)

Beliau juga turut menyentuh tentang potensi masa depan sastera siber. Adakah kewujudan e-buku akan memberi kesan kepada penerbitan buku secara konvensional yang sememangnya diketahui amat leceh dan rumit???

Secara keseluruhannya, buku ini perlu dibaca oleh semua (terutamanya generasi ‘Y’ juga generasi ‘X’) kerana buku ini memberikan persepsi yang menarik tentang dunia siber yang ada ketikanya tidak pernah kita fikirkan ‘kedurjanaannya’

Pak Kebun: Kebun Siber

3 comments:

Jiwa Rasa said...

Pak kebun,
Bagus tulisan ni. Makin lama makin bagus tulisan Pak Kebun.

Dah lama saya tengok buku ini tapi tidak teringin nak beli.
Bila baca ulasan ini, terasa berselera pulak nak cari...

Anonymous said...

Alamak, Husam Musa, Naib Presiden PAS tu ada komplot dengan Mahathir la. Tgk dalam:

www.partiislam.blogspot.com

bicarapakkebun said...

En JR
Terima kasih bebanyak