Aku dikhabarkan tentang ‘dia’ oleh seorang sahabat. Untuk memastikan khabar yang diterima itu benar, aku menyaksikannya sendiri ‘dia’ sebanyak dua kali di tempat yang sama dengan perlakuan yang serupa.
‘Dia’, remaja lelaki, Bukan Melayu. Begitu tekun dengan perlakuannya walaupun ‘dia’ bukan pekerja di tempat tersebut.
Aku mencongak. Ini kali kedua aku melihatnya. Sahabatku pernah lihat ‘dia’ begitu. Aku menjangka sekurang-kurangnya dia ‘melakukan’ itu untuk tempoh lebin tiga kali (ia satu jangka masa yang lama !!!)
Aku hampirinya dan bertanya, kenapa?
‘Dia’ menjawab bahawa beliau tidak mampu untuk membeli, Tetapi beliau berminat untuk ‘menekuni’ ilmu yang ada. Jadi, ini sahaja yang beliau mampu lakukan. Datang setiap hari (melapangkan masa dan bukannya menunggu masa lapang), pergi ke rak yang sama, membaca buku yang sama dan menyambung pembacaan yang tertinggal sehingga beliau dapat menghabiskan bacaan buku yang diminatinya.
Aku bertanya, selalu?
‘Dia’ menjawab selalu…bila ada yang menarik perhatian….
Aku berlalu, meninggalkan dia khusyuk dengan ‘kecintaannya’ dengan rasa kagum….
Pak Kebun: Aku juga Pencinta
1 comment:
Nasib baik tokeh kedai tak balut buku-buku di rak tu...
Post a Comment