Nota: Ini merupakan pandangan peribadi dan ia hanya menyentuh segelintir guru sahaja
Dalam entri Pak Kebun sempena Hari Guru, Pak Kebun ada mengingatkan kepada para guru di Negara tercinta ini agar tulus dan ikhlas dalam perjuangan mendidik anak bangsa. Guru-guru perlu menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Ikrar Guru serta Lirik Lagu yang mereka lafaz dan nyanyikan pada setiap hari guru.
Hari ini, tidak sampaipun dua bulan dari sambutan Hari Guru…timbul lagi isu berkaitan dengan Golongan Istimewa ini
Selama ini kita sering didedahkan dengan pelbagai dakwaan samada oleh guru-guru mahupun persatuan yang memperjuangkan nasib guru tentang isu-dan dilema para guru.
Isu kenaikan gaji, isu beban kerja, isu guru stress, isu pengangguran graduan perguruan seolah-olah di Negara tercinta ini hanya Guru-Guru sahaja yang membangunkan Negara. Hanya golongan ini sahaja yang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam bidang pekerjaan. Kakitangan kerajaan yang lain hanya bekerja senang-lenang jika dibandingkan dengan mereka.
Dua-tiga hari lepas, media mendedahkan tentang Keengganan Guru-Guru PKPG (Pogram Khas Pensiswazahan Guru) untuk ditempatkan di sekolah di luar kawasan tempat tinggal mereka. PKPG ialah program yang diwujudkan oleh Kementerian pelajaran untuk memberikan peluang kepada guru-guru tidak beijazah untuk menyambung pelajaran mereka sehingga memperoleh ijazah
Setelah memperoleh ijazah, mereka (guru-guru PKPG) akan ditempatkan di sekolah bergantung kepada kekosongan dan bidang opsyen yang dipilih. Tiada apa-apa perjanjian yang mengesahkan bahawa guru-guru tersebut akan ditempatkan semula di kawasan asal mereka mengajar (sebelum memperoleh ijazah)
Isu ini timbul apabila kira-kira 300 guru PKPG dari sebelah utara enggan berpindah ke Johor atas pelbagai alasan. Antaranya, rumah telah dibeli di tempat asal, isteri yang bekerja di tempat asal, anak-anak yang bersekolah ditempat asal. Semua ini akan menyukarkan mereka apabila berpindah.
Nah..inilah alasan HEBAT para guru. Para PENDIDIK BANGSA. Mereka mungkin lupa (atau buat-buat lupa) bahawa mereka ialah KAKITANGAN KERAJAAN/AWAM. Jadi mereka seharusnya sama taraf dengan kakitangan awam yang lain. Jika kakitangan kerajaan yang lain, berpindah apabila diarahkan (walaupun dengan berat hati), mengapa guru-guru ini membantah?
Persatuan perguruan pula umpama “kaduk naik junjung’ dengan mengenakan pelbagai syarat kepada Kementerian sekiranya bertegas untuk meminta guru-guru tersebut berpindah.
Apa semua ini????
Guru-guru, muhasabahlah diri anda. Bersyukurlah dengan nikmat rezeki yang dikurniakan Allah terhadap anda….jangan hanya pentingkan diri sahaja, Apa lagi yang kurang? Gaji dah naik, Sabtu tak perlu kerja…apa lagi anda mahukan???
Dalam kes ini Kementerian perlu bertegas. Pak Kebun amat bersetuju dengan cadangan KAKITANGAN BERSYUKUR (keratan akhbar di atas) pada 21 Jun 2006 yang lalu (Utusan Malaysia) agar guru-guru yang degil dan keras kepada ini ‘dihadiahkan’ dengan TINDAKAN TATATERTIB kerana engkar arahan Jabatan sepertimana yang termaktub dalam Perintah Am, Bab Praturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) supaya mereka sedar bahawa mereka adalah kakitangan awam yang sama tarafnya dengan kakitangan awam yang lain dan bukannya Golongan Istimewa yang perlu diberikan layanan persis Dewa-Dewa.
Pak Kebun: Terasa pulak nak jadi guru. Balik awal, cuti banyak, gaji tinggi kalau ada masalah persatuan akan bela..tapi apakan daya..aku hanya seorang Tukang Kebun….
1 comment:
Saya nak bagi sikit pendapat dekat sini. Ramai orang ingat kerja cikgu senang sebab dapat balik awal dan ada banyak cuti...kerja cikgu bermula dari 7.30am -1.30pm..kira-kira enam jam..yang dapat orang ramai lihat dan nampak ialah 6 jam.sebenarnya masa yang digunakan oleh guru dalam pekerjaannya kadang-kadang melebihi masa pekerja awam yang bekerja 8 jam.pernahkah anda terfikir masa yang cikgu guna dalam persatuan sekolah, hal-hal dalam sekolah, kelas tambahan??????
adakah kerja guru senang pada masa sekarang????
semua pihak memandang rendah pada pekerjaan ini?
tekanan daripada pihak ibu bapa???
budak sekarang bukan senang diajar, guru bagi ilmu mereka tidak mahu terima????
pada ibu bapa, anak mereka tidak pandai sebab guru tidak pandai ajar????
Betul ke tak payah layan kerenah guru????
Tak boleh ke mereka buat rayuan?????
Post a Comment