"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, June 28, 2006

Sembang Buku: Kedurjanaan Siber 1


Buku: Kedurjanaan Siber 1
Penulis: Shahrom TM Sulaiman
Penerbit: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Tahun: 2004
Harga: RM 10.00

Buku ini adalah kompilasi artikel yang ditulis oleh Shahrom TM Sulaiman. Ya…Shahrom TM Sulaiman ialah satu nama besar bagi pencinta buku di negara ini. Anak kelahiran Pekan, Pahang yang juga merupakan bekas Pustakawan di Perpustakaan Negara, kini merupakan Pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di negara ini. Beliau merupakan bekas kolumnis “Melayar Buku” di Majalah Massa (yang kini telah dihentikan penerbitannya)

Tulisan Shahrom banyak berkisar tentang dunia perbukuan. Ketiga-tiga karyanya yang berkaitan dengan dunia perbukuan iaitu “KEUNGGULAN DAN KEANEHAN BUKU’, ‘ADA APA DENGAN BUKU’ dan juga ‘BUKU KEKASIH” merupakan bacaan penting dalam Bahasa Melayu bagi golongan ‘biblioholisme’ di Malaysia.

Buku ini terbahagi kepada lima bab dan mengandungi sejumlah 19 artikel yang kesemuanya berkisar dengan dunia siber dan ICT.

Amat tertarik bila membaca ulasan beliau tentang Pendidikan Bestari kerana pendapat beliau di Negara kita pendekatan untuk membestarikan pelajar dilihat lebih mempertaruhkan keupayaan pelajar menguasai ICT berbanding budaya kreatif dan berfikir. Lantas beliau mengemukakan persoalan bahwa sekiranya penguasaan ICT dilihat sebagai pemberat terhadap “Bestari” maka beribu-ribu sekolah diluar bandar nanti akan ketinggalan dari segi “bestari” kerana ketiadaan kemudahan ICT

Sedangkan hakikat penting untuk melahirkan pelajar, bestari’ ialah melahirkan terlebih dahulu guru-guru ‘bestari’. Guru yang mencintai ilmu. Guru yang mempunyai tabiat dan budaya membaca yang tinggi, guru yang kreatif dan mampu membimbing dan mendidik pelajar supaya mencintai ilmu dan menghayati budaya membaca (Shahrom,2004:8)

Pembacaan tambah menarik apabila beliau melontarkan persoalan tentang perubahan dalam kecenderungan beragama dunia melalui artikelnya yang berjudul “Rumah Ibadat Maya”. Beliau mengisahkan tentang kewujudan rumah ibadat maya ini di mana penganut agama boleh mengikuti kuliah, ajaran agama hanya melalui internet dan medium yang lebih mudah seperti VCD dan Video tanpa perlu menghadiri kuliah dan ceramah sebenar.

Ini mungkin kita anggap sebagai satu bahan jenaka, namun inilah realiti yang telah berlaku di negara-negara barat apabila upacara sembahyang dan pengampunan/pengakuan dosa boleh dilakukan melalui internet tanpa perlu ke gereja atau kadatheral. (ini mungkin lanjutan dari Mc Spiritualisme yang ada beliau kisahkan dalam “KEUNGGULAN DAN KEANEHAN BUKU’)

Menurut beliau, dalam keadaan yang kita lalui hari ini, kehadiran internet dan cyberspace tetap memunculkan persoalan tentang erti pemaknaan pengalaman beragama. Apakah cybermosque akan meminggirkan realmosque?. Apakah jemaah masjid, gereja dan kuil bakal hilang kerana banyakknya jemaah maya? Dapatkah ibadah keagamaan dilakukan melalui layar computer? Ataupun dapatkan kita menemukan dimensi ketuhanan dalam dunia cyberspace??? (Shahrom,2004:31)

Beliau juga turut menyentuh tentang potensi masa depan sastera siber. Adakah kewujudan e-buku akan memberi kesan kepada penerbitan buku secara konvensional yang sememangnya diketahui amat leceh dan rumit???

Secara keseluruhannya, buku ini perlu dibaca oleh semua (terutamanya generasi ‘Y’ juga generasi ‘X’) kerana buku ini memberikan persepsi yang menarik tentang dunia siber yang ada ketikanya tidak pernah kita fikirkan ‘kedurjanaannya’

Pak Kebun: Kebun Siber

'Dia' Pencinta



Aku dikhabarkan tentangdia’ oleh seorang sahabat. Untuk memastikan khabar yang diterima itu benar, aku menyaksikannya sendiri ‘dia’ sebanyak dua kali di tempat yang sama dengan perlakuan yang serupa.

‘Dia’, remaja lelaki, Bukan Melayu. Begitu tekun dengan perlakuannya walaupun ‘dia’ bukan pekerja di tempat tersebut.

Aku mencongak. Ini kali kedua aku melihatnya. Sahabatku pernah lihat ‘dia’ begitu. Aku menjangka sekurang-kurangnya dia ‘melakukan’ itu untuk tempoh lebin tiga kali (ia satu jangka masa yang lama !!!)

Aku hampirinya dan bertanya, kenapa?

‘Dia’ menjawab bahawa beliau tidak mampu untuk membeli, Tetapi beliau berminat untuk ‘menekuni’ ilmu yang ada. Jadi, ini sahaja yang beliau mampu lakukan. Datang setiap hari (melapangkan masa dan bukannya menunggu masa lapang), pergi ke rak yang sama, membaca buku yang sama dan menyambung pembacaan yang tertinggal sehingga beliau dapat menghabiskan bacaan buku yang diminatinya.

Aku bertanya, selalu?

‘Dia’ menjawab selalu…bila ada yang menarik perhatian….

Aku berlalu, meninggalkan dia khusyuk dengan ‘kecintaannya’ dengan rasa kagum….

Pak Kebun: Aku juga Pencinta

Berita Lucu dari Akhbar: Mawi dan Penagih


Anti Drug Drive On A Low: Mawi Singing Fee Too High For Johor To Bear (The Star,28 June 2006: 32)

Kerajaan Negeri Johor berharap dapat menjayakan kempen anti dadah di Felda-felda negeri ini dengan menjemput Mawi untuk menyanyikan lagu tema kempen anti dadah.

Walaubagaimanapun, cadangan ini mungkin tidak tercapai apabila syarikat yang menguruskan penyanyi tersebut meminta bayaran sejumlah RM 50 000 untuk tujuan tersebut.

Pak Kebun: Betul ke jika penagih dengar Mawi menyanyi, para penagih dadah akan berhenti terus dari menagih dadah??. Jika benar, apalah sangat RM 50 000 itu dengan jumlah jutaan ringgit yang telah dibelanjakan untuk kempen antidadah (dan aids) selama ini termasuk terapi Methadon dan sumbangan kondom secara percuma

Berita Lucu dari Akhbar: Oh Cikgu


Teachers’ Happiness At Stake The Star, 28 June 2006:19)

Beribu-ribu guru tanpa ijazah sedang melanjutkan pengajian mereka di Universiti sebagai menyahut saranan Kementerian Pelajaran untuk melahirkan guru yang berijazah dan seterusnya memartabatkan profesion perguruan. Mereka (majoritinya) melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar hanya separuh gaji. Malah ada antara mereka yang memohon dan menerima pinjaman dari PTPTN.

Walaubagaimanapun, kebanyakan mereka risau apabila melihat sebanyak 325 senior mereka (yang telah menamatkan pengajian) ditempatakan di sekolah menengah yang jauh dari kediaman asal mereka.

Golongan guru ini (yang ditempatkan ini) keberatan untuk berpindah keranan ada antara mereka yang telah membeli rumah di tempat asal, anak-anak telah bersekolah di tempat asal, malah ada antara isteri mereka yang bekerja (swasta dan kerajaan) di tempat asal. Perpindahan pada hakikatnya akan membebankan mereka.

Pak Kebun: Biarkan….Biarkan……..

Berita Lucu dari Akhbar: Nazri dan Mahathir


Nazri Open To Debate With Mahathir (The Star, 28 June 2006:4)

Menteri di Jabatan perdana Menteri, Dato Seri Nazri Aziz menyatakan kesanggupannya untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir lantaran sikap Tun Dr Mahathir yang sehingga kini masih belum berhenti dari mengkritik kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beberapa hari yang lalu Nazri dengan lantang meminta agar Tun Dr Mahathir agar keluar dari UMNO kerana sikapnya yang masih mengkritik kepimpinan Dato Seri Abdullah. Walaubagaimanapun, Tun Dr Mahathir menjawab permintaan beliau dengan sinis dengan mengatakan bahawa beliau (Mahadhir) telah berada dalam UMNO sejak Nazri belum lahir di dunia.

Hari ini, Nazri menyatakan pula kesanggupannya untuk berdebat dengan Tun sebagai tanda “TEGUH” dan “SETIA” beliau terhadap kepimpinan Pak Lah.

Walaubagaimanapun, beliau menegaskan bahawa jika dilaksanakan, dalam debat itu nanti beliau mewakili dirinya dan kukan mewakili Kerajaan.

Pak Kebun: “TETAP TEGUH MENYOKONG (SELAGI DATO SERI BERKUASA)” he..he…he….

Tak Pakai Akal Ke??




Jika kita biasa melanggan perkhidmatan, pasti akan kita temui dua kaedah dalam menentukan kadar bayaran bagi perkhidmatan yang kita langgan.

Telefon misalnya, merupakan langganan yang perlu dibayar mengikut kadar penggunaan. Semakin banyak perkhidmatan yang diguna, semakin banyaklah bayaran yang perlu kita bayar atas penggunaan perkhidmatan tadi.

Satu jenis langganan lagi ialah yang bersifat sebaliknya. Langganan ini lebih bersifat terhad (unlimited). Langganan jenis ini membawa maksud walau sebanyak mana sekalipun penggunaan, kadar bayaran bagi perkhidmatan tersebut bersifat tetap (statik).

Contohnya Siaran TV satelit ASTRO.

Jika kita melanggan Pakej yang berharga RM 49.95 sebulan, maka kadar bayarannya tetap sama setiap bulan. Jika kita tonton TV hanya sejam sehari bayarannya tetap RM 49.95 sebulan malah jika kita tonton selama 24 jam sehari selama sebulan sekalipun, bayarannya tetap RM 49.95 sebulan (tak termasuk bil elektriklah…)

Dalam konteks internet terdapat kedua-dua jenis kaedah langganan. Ada yang bergantung kepada penggunaan (Dial-Connection) dan ada juga yang tiada limit (Streamyx dan Server)
Di sini timbul satu persoalan.

Situasi yang hendak diceritakan di sini kadangkala amat lucu bagi yang memahami tetapi tiada apa-apa yang melucukan bagi mereka yang tidak memahami.

Penggunaan Server bagi penggunaan internet telah Pak Kebun bincangkan tadi bahawa ia merupakan penggunaan yang ‘un-limited’. Cuma yang Pak Kebun hairan dan sering menimbulkan kelucuan ialah apabila pengunaannya di tempat MACAM-MACAM ADA ini telah dihadkan.

Tidak kiralah atas apa alasan sekalipun kerana sikap menghadkan penggunaan itu tidak akan menyumbang kepada pengurangan kos

Malah amat melucukan apabila dalam mereka beria-ia mahu menghadkan penggunaan internet tadi, semua komputer tetap terpasang dan ‘server’ masih ‘on’ seperti biasa.

Apa agaknya yang difikirkan ye??

Menjadikan kisah ini lebih lucu ialah “Ketua Pasukan Berjimat” ini sendiri tidak tahu apa itu ‘IP Number” apabila seorang sahabat meminta kebenarannya untuk melayari internet menggunakan komputer bimbit milik peribadinya…..

Pak Kebun: Agaknya inilah yang dikatakan peribahasa “Seperti Kera Mendapat Bunga

Macam-Macam Ada...



Di sini MACAM-MACAM ADA
Ada yang cakap BESAR (Walaupun semuanya ‘0’)
Ada ‘Direct Selling’
Ada ‘Taska’
Ada yang MACAM PANDAI (walaupun sebenarnya ‘memang tidak pandai)
Ada yang GILA KUASA
Ada yang suka TUNJUK KUASA
Ada yang INGIN DIHORMATI (walaupun tak pernah belajar untuk ‘menghormati’)
Ada yang MACAM BAGUS (walaupun’memang tak bagus’)

Serabutnya….

Mana Jatidiri ? (yang sering mereka lafazkan)
Mana Ketulenan Ilmu ? (yang sering mereka lolongkan)
Mana Peribadi Sejati ? (yang sering mereka laungkan)

Ada lagi 7 minggu…

Aku pasti keluar dari lubuk “MACAM-MACAM ADA’ ini
Moga selepas ini tiada lagi LUBUK sebegini….
Namun..masa hadapan siapa yang tahu????

Pak Kebun: Ada Macam Tiada….

Monday, June 26, 2006

Malaysia Ke Arah 70 juta??


Foto: Lembah Bujang, Tempat Bersejarah di Kedah dan Bukan Tempat Untuk Orang Bujang Mencari Jodoh (Gambar Hiasan)
Seramai 1/2 juta rakyat Malaysia masih lagi membujang.....
Ini antara berita utama dalam Buletin Utama TV 3 pada 25 Jun 2006
Persoalannya kenapa ia berlaku? Apa Puncanya?
Apakah kesannya untuk jangkamasa akan datang?
Adakah benar ia bakal membawa masalah pada negara?
Adakah kita bakal menjadi Singapura? mm.....
Pak Kebun ada buat sedikit penyelidikan tentang isu ini dan dah dapat beberapa maklumat.
Cuma, Pak Kebun perlukan sedikit 'feedback' dari pembaca sebelum perbincangan tentang tajuk ini diteruskan...
mm...sesiapa yang berkenaan..bole la bagi feedback pada Pak Kebun ye
Pak Kebun: Bujang Tiga

Thursday, June 22, 2006

Apa Lagi Wahai Cikgu??



Nota: Ini merupakan pandangan peribadi dan ia hanya menyentuh segelintir guru sahaja

Dalam entri Pak Kebun sempena Hari Guru, Pak Kebun ada mengingatkan kepada para guru di Negara tercinta ini agar tulus dan ikhlas dalam perjuangan mendidik anak bangsa. Guru-guru perlu menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Ikrar Guru serta Lirik Lagu yang mereka lafaz dan nyanyikan pada setiap hari guru.

Hari ini, tidak sampaipun dua bulan dari sambutan Hari Guru…timbul lagi isu berkaitan dengan Golongan Istimewa ini

Selama ini kita sering didedahkan dengan pelbagai dakwaan samada oleh guru-guru mahupun persatuan yang memperjuangkan nasib guru tentang isu-dan dilema para guru.

Isu kenaikan gaji, isu beban kerja, isu guru stress, isu pengangguran graduan perguruan seolah-olah di Negara tercinta ini hanya Guru-Guru sahaja yang membangunkan Negara. Hanya golongan ini sahaja yang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam bidang pekerjaan. Kakitangan kerajaan yang lain hanya bekerja senang-lenang jika dibandingkan dengan mereka.

Dua-tiga hari lepas, media mendedahkan tentang Keengganan Guru-Guru PKPG (Pogram Khas Pensiswazahan Guru) untuk ditempatkan di sekolah di luar kawasan tempat tinggal mereka. PKPG ialah program yang diwujudkan oleh Kementerian pelajaran untuk memberikan peluang kepada guru-guru tidak beijazah untuk menyambung pelajaran mereka sehingga memperoleh ijazah

Setelah memperoleh ijazah, mereka (guru-guru PKPG) akan ditempatkan di sekolah bergantung kepada kekosongan dan bidang opsyen yang dipilih. Tiada apa-apa perjanjian yang mengesahkan bahawa guru-guru tersebut akan ditempatkan semula di kawasan asal mereka mengajar (sebelum memperoleh ijazah)

Isu ini timbul apabila kira-kira 300 guru PKPG dari sebelah utara enggan berpindah ke Johor atas pelbagai alasan. Antaranya, rumah telah dibeli di tempat asal, isteri yang bekerja di tempat asal, anak-anak yang bersekolah ditempat asal. Semua ini akan menyukarkan mereka apabila berpindah.

Nah..inilah alasan HEBAT para guru. Para PENDIDIK BANGSA. Mereka mungkin lupa (atau buat-buat lupa) bahawa mereka ialah KAKITANGAN KERAJAAN/AWAM. Jadi mereka seharusnya sama taraf dengan kakitangan awam yang lain. Jika kakitangan kerajaan yang lain, berpindah apabila diarahkan (walaupun dengan berat hati), mengapa guru-guru ini membantah?

Persatuan perguruan pula umpama “kaduk naik junjung’ dengan mengenakan pelbagai syarat kepada Kementerian sekiranya bertegas untuk meminta guru-guru tersebut berpindah.

Apa semua ini????

Guru-guru, muhasabahlah diri anda. Bersyukurlah dengan nikmat rezeki yang dikurniakan Allah terhadap anda….jangan hanya pentingkan diri sahaja, Apa lagi yang kurang? Gaji dah naik, Sabtu tak perlu kerja…apa lagi anda mahukan???

Dalam kes ini Kementerian perlu bertegas. Pak Kebun amat bersetuju dengan cadangan KAKITANGAN BERSYUKUR (keratan akhbar di atas) pada 21 Jun 2006 yang lalu (Utusan Malaysia) agar guru-guru yang degil dan keras kepada ini ‘dihadiahkan’ dengan TINDAKAN TATATERTIB kerana engkar arahan Jabatan sepertimana yang termaktub dalam Perintah Am, Bab Praturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) supaya mereka sedar bahawa mereka adalah kakitangan awam yang sama tarafnya dengan kakitangan awam yang lain dan bukannya Golongan Istimewa yang perlu diberikan layanan persis Dewa-Dewa.

Pak Kebun: Terasa pulak nak jadi guru. Balik awal, cuti banyak, gaji tinggi kalau ada masalah persatuan akan bela..tapi apakan daya..aku hanya seorang Tukang Kebun….

Wednesday, June 21, 2006

Lensa Pak Kebun: Rumah Usang


Lokasi: Nenasi, Pekan, Pahang
Komen: No Komen...

Lensa Pak Kebun: Kg Nelayan, Nenasi (Pekan)


Lokasi: Perkampungan Nelayan, Nenasi (Pekan, Pahang)
Masa: 12.15 tgh
Tarikh: 6 Jun 2006
Kamera: Nikon L2

Tuesday, June 20, 2006

Pluralisme Bukan Isu Untuk Bidas Membidas


Petikan Utusan Malaysia: 20 Jun 2006
SAYA terpanggil untuk membicarakan isu pluralisme yang dibangkitkan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mengikut pandangan rakyat kebanyakan.

Pelbagai pihak menghentam beliau kononnya apa yang diutarakan merupakan satu tempelak terhadap kepelbagaian agama dan budaya di Malaysia.
Kebanyakan pihak yang membuat ulasan itu merupakan golongan pemikir yang terpelajar.

Kita harus faham bahawa konsep pluralisme dan liberisme yang diamalkan di Malaysia tidak memberi ancaman terhadap keimanan atau keteguhan pegangan Islam di Malaysia sekiranya keseluruhan rakyat Malaysia beragama Islam merupakan golongan yang pengetahuannya setaraf dengan pemikir-pemikir yang berhujah ini.
Dr. Chandra Muzaffar dalam ulasan beliau yang tersiar dalam Utusan Malaysia kelmarin memberikan contoh-contoh ilmuwan Islam yang terkenal dalam kaji selidik agama-agama lain yang pada pandangan beliau ternyata tidak memberi apa-apa kesan terhadap ketakwaan mereka terhadap agama yang dianuti.

Tetapi, jika kita lihat dari konteks masyarakat Islam hari ini, kita seharusnya sedar bahawa bukanlah setiap rakyat Malaysia yang beragama Islam itu mempunyai pemikiran seperti ilmuwan Islam yang dijadikan contoh-contoh dalam menghentam Mufti Perak.

Betapa ramainya masyarakat Melayu Islam di Malaysia, walaupun didedahkan dengan ilmu-ilmu dari al-Quran, masih tidak mengerti kaitan antara Yahudi, Kristian dan Islam. Selebihnya masih buntu untuk memahami pada zaman manakah lahirnya nabi-nabi yang diutuskan untuk menyebarkan agama tauhid yang wujud hingga ke hari ini.

Ini jelas menunjukkan bahawa pengetahuan wajib yang seharusnya menjadi tanda aras pengetahuan umat Islam di Malaysia sendiri disisihkan oleh faktor yang didorong oleh rasa teruja mereka menongkah masa depan. Maka golongan yang tidak berfikir akan memperselisihkan isu-isu sebegini dalam ruang lingkup mereka dan akhirnya merumuskan pegangan-pegangan yang lebih dangkal.

Jadi, apa yang cuba ditekankan oleh Mufti Perak barangkali bukanlah pluralisme yang difikirkan pada pandangan bijak pandai yang sedia memahami konsep dan batasan. Beliau barangkali banyak memberi gambaran menyeluruh yang meliputi masyarakat umum di mana dewasa ini, telah terhakis nilai-nilai keislaman mereka akibat kurang didikan agama terutamanya dari institusi kekeluargaan sendiri.

Sebagai rakyat kebanyakan, saya berkesempatan untuk bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan implikasi liberalisme terhadap golongan ini amat menakutkan. Kurangnya pengetahuan agama, pengetahuan sejarah dan pantasnya teknologi menguasai diri tanpa memberi ruang kepada pengisian rohaniah merupakan proses yang sedang pesat berlaku, malah terus membentuk darjah kemusnahan tersendiri.

Maka tidak menjadi sesuatu yang asing apabila kedangkalan-kedangkalan ini menyebabkan Hari Krismas dirayakan oleh orang Islam dengan konsep memeriahkan sedangkan mereka tidak tahu bahawa ia tidak betul. Berbeza pula dengan Tahun Baru Cina yang dianggap perayaan agama sedangkan unsur-unsur keagamaan merupakan campur aduk masyarakat Buddha dan Taoisme yang turut meraikan perayaan tersebut.

Itu hanyalah sekadar contoh perayaan. Jika dipaparkan contoh gejala sosial, aibnya terlalu signifikan dengan masyarakat Islam di Malaysia.

Perlukah kita melihat apa yang disebutkan oleh Mufti Perak itu dari sudut bijak pandai semata-mata sedangkan kita tidak punyai masyarakat sebegini sebagai keseluruhan organisasi malah wujud jurang keimanan yang terlalu ketara dalam pemahaman Islam masyarakat Melayu di Malaysia.

Kesan dari jurang keimanan ini, ramai yang tidak berkeupayaan untuk melihat ancaman-ancaman ke atas akidah yang sengaja disemai oleh golongan tertentu melalui ejen-ejen tertentu.
Jika bongkah ais yang terapung menggambarkan masyarakat Islam di Malaysia, bahagian yang tenggelam merupakan golongan-golongan masyarakat yang perlu diperbaiki. Namun dalam kes ini, bahagian yang timbul di permukaan seolah-olah menafikan usaha memperbaiki pemikiran majoriti yang menjadi keagungan prinsip demokrasi.

Tiada rosak keimanan sesiapa yang beriman hatta ia menghadiri malah merasmikan pembukaan pusat-pusat ibadat penganut agama lain atas kapasiti yang dipegang oleh seseorang tersebut sekiranya pengertian Islam dan konsep ketakwaan itu unggul dalam pemikirannya.

Namun, apa yang dimaksudkan oleh Harussani mungkin adalah dari konteks sosiologi Melayu Islam di Malaysia secara umum yang terlalu ramai berpakaian iman ikut-ikutan.

Seharusnya kita sedar bahawa sekiranya keimanan yang jati dan diperkukuhkan dengan pengetahuan itu ada pada segenap masyarakat Islam di Malaysia, tiada apa yang perlu dibimbangkan walaupun diadakan perayaan rumah terbuka di gereja-gereja, tokong-tokong mahupun kuil-kuil kerana setiap individu pasti sedar pluralisme yang menjadi hakikat di negara ini tidak mungkin merosak keimanan sesiapa dan secara tidak langsung, pluralisme itu akan membawa maksud tersendiri di negara ini.

Isu ini seharusnya tidak dijadikan medan bidas-membidas, sebaliknya perlulah menjadi laman untuk kita lebih dekat ke jiwa rakyat dan memperhalusi indeks pengetahuan sejarah dan agama di fikiran keseluruhan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

– SYAMSUL FADZLI MAT,
Ipoh, Perak.
Pak Kebun: Amat tertarik dengan huraian dalam artikel ini. hanya penulis sahaja yang memberikan sokongan kepada Dato mufti Harussani Zakaria dikala semua golongan menghentam beliau dari perbagai arah dan sisi

Apa Sebenarnya?



Foto: Sekadar Gambar Hiasan
Ketika zaman sesak ini, Kenaikan harga bahan bakar yang tidak mampu dikawal oleh pemimpin , kenaikan harga barang yang tidak mampu dikawal, gula hamper pasti naik harga, beras besar kemungkinan akan naik harga, tariff elektrik yang telah naik harga….kos hidup di bumi tercinta ini makin perit

Rakyat perlu sabar, rakyat perlu ubah gaya hidup..itu laungan tolol para pemimpin yang sering dibumbukan kepada rakyat. Kononnya dalam keadaan amat perit ini rakyat perlu berjimat. Ubah gaya hidup…

Berjimat apa? Sedang sebelum kenaikan yang teruk inipun rakyat amat perit untuk teruskan kehidupan. Inikan pula zaman kenaikan ini. Zaman petrol RM 2 hanya lebih sedikit dari satu liter ini….

Lagi difikir-lagi sakit kepala ini

Siapa yang perlu berjimat sebenarnya?
Siapa perlu ubah gaya hidup sebenarnya
?


Dalam Buletin Utama (TV 3) 19 Mei 2006, kita dihidangkan dengan kisah lawatan (kerja?) isteri-isteri Menteri ke Jepun…..

Siapa yang perlu berjimat sebenarnya?
Siapa perlu ubah gaya hidup sebenarnya?

Sama-samalah kita fikir-fikirkan…

Menghormati dan Dihormati

"Jikalau engkau ingin dihormati,
Engkaulah dulu menghormati,
Jikalau engkau tak mahu di benci…
Janganlah engkau mula membenci….”

Masih teringat-teringat rangkap lagi ini di ingatan Pak Kebun.

Pak Kebun pasti, ramai antara kita yang mempunyai sikap ingin dihormati. Kenapa kita ingin dihormati??? Pertama-tamanya tentulah kerana kita ‘layak’ untuk dihormati.

‘Layak’ ini amat abstrak sifatnya. Layak boleh jadi dari segi umur. Yang tua dihormati oleh yang lebih muda. Boleh juga dari segi ‘pangkat@kedudukan’. Yang berpangkat rendah menghormati orang yang lebih tinggi pangkat dan kedudukannya. Rakyat menghormati pemimpin, begitulah seterusnya…

Namun, berapa ramaikah antara kita (terutamanya mereka yang ingin ‘dihormati’ itu tahu untuk ‘menghormati’?)

Contohnya, yang tua menghormati yang muda kerana ketertiban akhlak dan tingkah laku yang ditunjukkan. Pegawai atasan menghormati pegawai bawahan kerana etika dan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan oleh pegawai bawahan tersebut.

Pak Kebun yakin, ramai antara kita sukar berbuat demikian kerana setiap ada rasa ‘EGO’ dalam diri masing-masing. EGO yang ingin dihormati dan tidak pandai untuk menghormati.

Semoga, kata sama-sama dapat bermuhasabah diri, kurangkan rasa EGO dan belajar untuk menghormati walau setinggi mana sekalipun kedudukan kita kerana kita adalah hamba yang hakikatnya sama di sisiNya…

Pak Kebun: Hormat Menghormati Budi Bahasa Budaya Kita….

Phd Palsu??



Pagi Ahad lalu (18 Jun 2006) tidak ada yang lebih melucukan selain dari membaca satu artikel@berita yang ditulis oleh seorang wartawan hiburan tentang seorang artis Malaysia yang memaki gelaran Phd

Menurut si penulis berita, terdapat banyak ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap penyanyi tersebut samada melalui internet mahupun akhbar. Kononnya ijazah Phd (Doktor Falsafah) yang diterima oleh penyanyi tersebut tidak laku kerana ia datang dari Universiti yang tidak diikhtiraf. Penulis juga menasihati penyanyi tersebut agar berdiam diri dan tidak melayan fitnah dan tohmahan tersebut.

Pada Pak Kebun, jika artis tersebut menuruti nasihat penulis berita tadi, memang terserlahlah ‘kebodohan’ artis tersebut.

Ini kerana Pak Kebun berpegang kepada hujah yang paling utama iaitu “berani kerana benar”

Jika benar, beliau memperoleh Phd yang tulen, apa salahnya beliau membuktikan ketulenan ilmunya?

Harus diingat, Malaysia memang salah sebuah negara yang menjadi lambakan ‘ijazah-ijazah palsu’

Beliau tentu telah menghadapi pahit getir mengharungi cabaran dan dugaan untuk memperoleh Phd (harus diingat tidak semua calon yang berdaftar layak memperoleh Phd, lebih lebih lagi dalam masa yang amat singkat seperti yang diperolehi olehnya).

Jadi, beliau perlu membuktikan ketulenannya.

Apa bidang yang beliau kuasai? Buktikan pada umum….kerana Phd adalah lambang ketinggian ilmu dalam satu-satu bidang. Kalau setakat mencanangkan ada Phd kemudian senyap dan menonjolkan diri sebagai ‘Motivator’ itu bukan caranya.

Di Malaysia, golongan kedua yang paling berkuasa ialah Artis. Jika tidak masakan Iklan “MAMEE” juga menggunakan artis sedangkan mamee dan mee segera adalah lambang golongan yang ‘bocor poketnya’ .

Oleh itu,Pak Kabun melihat penonjolan beliau sebagai motivator tidak dapat tidak dibantu oleh statusnya sebagai artis….

Pak kebun bukan dengki, Cuma jika benar beliau seorang yang tulen ilmunya….beliau perlu buktikan…..

Pak Kebun: Hanya Tukang Kebun

Lensa Pak Kebun: Muara Sungai Pahang

Lokasi : Muara Sungai Pahang, Pekan Pahang
Masa : 6.56 pm
Tarikh : 5 Jun 2006

“Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang (supaya kamu mencari kurnia Allah), sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi mereka yang mendengar” (Yunus: 67)

Lensa Pak Kebun: Senja di LPT



Lokasi : Lebuhraya Pantai Timur (Arah Ke Temerloh)
Masa : 7.15 pm
Tarikh : 6 Jun 2006
“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah, supaya kamu beroleh keuntungan” (Al Maidah: 35)

Wednesday, June 14, 2006

Lagi 8 Minggu


4 minggu telah berlalu
kini Pak Kebun meneruskan hari-hari untuk mencukupkan baki tempoh lagi 8 minggu
bosannya hanya Tuhan yang tahu......
yang nyata fikiran semakin kusut dan berserabut.....

Lambatnya masa berlalu.....

Lensa Pak Kebun: Pantai Kemasik (Terengganu)


Lokasi: Pantai Kemasik, Kemaman
Masa: 3.00 pm
Tarikh: 5 Jun 2006

Lensa Pak Kebun: Pagi Di Kemaman


Lokasi: Pantai Paka, Terengganu
Masa: 7.05 pagi
Tarikh: 5 Jun 2006
"Indahnya Waktu Pagi...Alam ciptaan Allah Yang Terlukis Dengan Lukisan"