
Melaka merupakan salah sebuah negeri yang tertua di Semenanjung Malaysia, sejarahnya amat panjang. Sejarah Melaka bermula dengan pembukaannya pada tahun 1400 masihi oleh Parameswara yang merupakan seorang Putera Raja Palembang yang melarikan diri dari Temasik (Singapura). Melaka mendapat namanya dari sebatang pokok tempat Parameswara merehatkan diri. Di bawah pokok itulah Parameswara melihat kejadian yang menakjubkan iaitu anjing buruannya ditendang oleh kancil yang diburunya. Oleh kerana takjub dengan kejadian itu, kawasan tersebut telah dinamakan sebagai Melaka sempena mengambil nama pokok tempat beliau merehatkan diri.
Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama. Semasa zaman pemerintahannya, Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara China. Ini terbukti dengan kunjungan dua orang Laksamana China ke Negeri Melaka iaitu Laksamana Yin Ching pada tahun 1404 dan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1409. Parameswara sendiri pernah menziarahi Maharaja Ming di China pada tahun 1411 (John Koh,1989:1). Selaras dengan perkembangan perdagangan, pengaruh Islam mula tersebar ke Asia Tenggara dan Melaka sendiri tidak terkecuali dari menerima pengaruh Islam. Pada tahun 1414, anak Parameswara iaitu Megat Iskandar Syah telah memeluk agama Islam. Di zaman-zaman selepasnya, setiap Sultan yang memerintah Melaka merupakan penganut agama Islam.
Melaka mencapai kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah yang mana pada ketika baginda dibantu oleh Bendahara Tun Perak. Gandingan kedua-dua orang pemimpin ini telah membawa kemakmuran kepada Melaka dan seterusnya menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang termasyur di Asia Tenggara.
Dalam diam-diam dan tanpa diduga, kemajuan dan kemakmuran ini telah mendatangkan minat kepada kuasa asing untuk menjajah Melaka bagi memudahkan mereka mengaut keuntungan dari perdagangan rempah yang berkembang pesat di negeri Melaka ini.
Abad ke 15 dan 16 merupakan abad penjajahan Barat. Golongan pedagang berkeinginan untuk mengaut kekayaan dari Timur. Begitu juga halnya dengan Portugis. Setelah menakluki Goa di India, Portugis mendapati punca kekayaan bukannya di India tetapi di Timur. Mereka mula mengalihkan sasaran mereka ke Timur dan Melaka adalah sasaran utamanya. Pada tahun 1509, Lopez De Sequira bersama 5 buah kapal telah mendarat di Melaka. (PERZIM,1998:67). Pendaratan ini merupakan babak-babak awal yang membawa kepada penaklukan Portugis terhadap Melaka.

Pada tahun 1606, satu serangan terhadap Portugis di Melaka telah dilancarkan oleh tentera Belanda yang diketuai oleh Cornelis Mateliff De Jonge dengan bantuan Sultan Johor (John Koh,1989:2). Walaubagaimanapun serangan ini berjaya dipatahkan. Akhirnya pada 14 Januari 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Portugis akhirnya menyerah kalah setelah menjajah Melaka selama hampir 130 tahun (PERZIM,1998:79). Kekalahan ini telah menamatkan era penjajahan Portugis di Melaka.

Dalam tahun 1814, Perjanjian Vienna ditandatangani dan menurut perjanjian ini Melaka di serahkan kepada Belanda pada 21 September 1818 dan diserahkan semula kepada Inggeris pada 17 Mac 1824 (PERZIM,1998:87). Dengan termetrinya perjanjian ini maka sahlah bahawa Melaka telah menjadi tanah jajahan Inggeris.
Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia mula membangun sebagai sebuah negara contoh bagi Dunia Ketiga. Melaka tidak terkecuali dari mengalami pembangunan. Pada awal tahun 1950-1960an, pembangunan Melaka adalah lebih kepada sektor pertanian dan pelancongan.

No comments:
Post a Comment