"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, December 06, 2006

Lagu dan Kehidupan

Aku bukan pengikut setia muzik di Malaysia. Aku hanya meminati beberapa artis dan kumpulan sahaja. Dalam banyak-banyak lagu, aku rasa lagu ini yang paling menyentuh perasaan. Liriknya amat puitis dan benar-benar menusuk kalbu. Nah nyata muzik memang medium yang amat sesuai untuk kebaikan.


Cuma kita sering silap. Kita sering didodoikan dengan lagu-lagu yang liriknya melalaikan. Membuai perasaan dan menjadikan kita lupa pada hakikat dunia. Seolah-olah dunia hanya untuk bergembira, bercinta dan berkasih sayang. Kita didendangkan dengan lagu-lagu yang liriknya menyebabkan kita terlalu mencintai manusia berbanding mencintai Maha Pencipta.

Lirik-lirik seperti ”kau kucintai sehingga ku menutup mata”, ”Demi kasih sayang kita” dan macam-macam membuatkan aku rasa macam hendak muntah. Bukan itu sahaja, tetapi menjadikan pendengar tidak berpijak ke bumi yang nyata..kerana didodoikan dengan lagu-lagu yang membuai perasaan bukannya menjadikan kita bersyukur dengan kehidupan dan takutkan Allah.


Aku tak pandai dalam internet. Jadi aku tak tahu nak buat link untuk pembaca sama-sama mendengar dan menghayati lagu ini. Aku Cuma boleh turunkan lirik untuk sama-sama di baca dan dihayati. Moga kita dilimpahkan kebaikan. InsyaAllah

Tahniah Kumpulan Hijjaz

Artist: Hijjaz
Album: Cahaya Ilahi

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu
oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang
Kau nuzulkanKau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana
Pak_Kebun:Air Mata Terlalu Murah Bila Mendengar Lagu Ini

No comments: