Semasa aku bersekolah dahulu, masih aku ingat dengan seorang cikgu (kini telah kembali kepada Tuhannya) yang sering bertanya kepada rakan-rakan sekelas aku dengan pertanyaan
”KAMU PERCAYA PADA NASIB?”
Sebagai guru sejarah, beliau sering memperkatakan tentang kisah-kisah penjajahan, pengkhianatan serta peminggiran bangsa Melayu di bumi tercinta ini. Beliau sering ’bersurah’ tentang pengambilan tanah orang Melayu di kampung-kampung untuk tujuan pembangunan yang pada akhirnya beliau mengandaikan bahawa akibat pembangunan orang Melayu lambat-laun pasti akan kehilangan tanah. Kehilangan tanah pasti akan membawa kepada kehilangan maruah
Namun, apalah yang aku tahu dan paham dengan isi perbincangan beliau.
Pada ketika itu aku hanya di Tingkatan Empat Kelas Aliran Kemanusiaan. Apa yang aku tahu ialah datang sekolah, carik port baik untuk hisap rokok, carik junior dan budak-budak ’sotong’ untuk dapatkan duit beli rokok, cari peluang baik untuk ponteng sekolah dan petangnya datang ke sekolah bermain di padang hingga senja...
Hari ini, setelah hampir 15 tahun berlalu, setelah puas aku meneliti, mengharungi dan menempuh pelbagai halangan dan dugaan aku terkenang kembali persoalan beliau..”Kamu percaya pada nasib?”. Persoalan yang beliau kemukakan mula sebati dengan perjalanan yang aku dan rakan-rakan telah dan sedang tempuhi.
Ini kisah benar. Kisah seorang sahabat . Belajar di Universiti, Mendapat kelulusan yang agak baik, Meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan telah menghasilkan beberapa penerbitan sepanjang tiga tahun pengajian peringkat sarjana. Namun apabila memohon untuk berkhidmat di universiti yang sama dia dikecualikan . Calon lain dipilih. Calon yang boleh dipertikaikan usaha dan kesungguhannya.
”KAMU PERCAYA PADA NASIB?”
Seorang sahabat, sering mengatakan bahawa hidupnya ketandusan kasih sayang. Mengatakan bahawa duit tidak mampu memberikannya kebahagiaan. Namun dalam masa yang sama menggadaikan maruah untuk ’di bela’ oleh seseorang yang mampu mengalirkan wang ke kantung poketnya. Beliau (sahabat ini) sering mengadu bahawa hidupnya amat sedih dan sering menyesal dengan perjalanannya Namun tidak sekalipun bertekad untuk meninggalkan perbuatan jeleknya.
”KAMU PERCAYA PADA NASIB”
Seorang sahabat lain, yang amat lemah dalam komunikasi dan terlalu berkira dengan sahabat. Amat sukar memberikan pertolongan. Namun kini sudah hidup bahagia kerana diterima menjadi guru lulusan Universiti.
”KAMU PERCAYA PADA NASIB?”
Seorang sahabat yang lain, datang dari kampung. Meneruskan pengajian di Kota besar. Memperoleh keputusan yang agak baik. Gagal mencari pekerjaan. Mencuba industri pertanian. Gagal dalam pertanian. Kini kembali ke kampung dan membuat kerja-kerja kampung

Puluhan ribu graduan menamatkan pengajian di universiti. Menanggung hutang puluhan ribu ringgit. Di tohmah dengan pelbagai tohmahan. Namun terus tabah meneruskan kehidupan menempuh hari-hari mendatang. Walaupun tidak dijanjikan sinar namun kehidupan tetap mereka teruskan”
”KAMU PERCAYA PADA NASIB?”
Aku tahu apa yang aku tuliskan di sini ialah kisah kecil pada pandangan sesetengah masyarakat. Namun ia adalah hakikat yang sedang dan pasti ditempuhi. Tetapi aku yakin dengan Hadis ini:
”Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan yang tidak berdosa ” (Hadis Riwayat Tarmizi)
Walau apapun dugaan atau nasib yang dihadapi, namun perjuangan perlu diteruskan....
”KAMU PERCAYA PADA NASIB?”
Pak_Kebun: JiwaKacau
No comments:
Post a Comment