Saya tak pernah menyangka bahawa entri saya dibawah judul Jejak Nyemah Mulya mendapat perhatian serius dari beberapa pembaca.
Pagi sabtu yang lau, saya terima satu emel yang seorang pembaca , anak Melayu yang kini menuntut di Perancis. Dalam emelnya beliau berminat untuk mengkaji tentang Melayu di Portugal dan beliau juga akan ke Lisbon untuk menjalankan kajiannya.
Saya tidak pasti samada tulisan saya tentang Jejak Nyemah Mulya membantu membangkitkan keinginannya atau sebaliknya. Namun jika itu benar, saya berasa amat bertuah kerana sedikit sebanyak usaha saya mendapat perhatian pembaca.
Sebenarnya, saya kini sedang berkira-kira untuk membuat satu kajian ringkas tentang Rekebentuk bandar lama yang ada di Lisbon, tanah-tanah jajahan portugis (seperti Goa) dan juga Melaka (ide Faisal juga) kerana ia menunjukkan ciri-persamaan yang ketara antara satu sama lain.

Cuma entah bila agaknya akan saya mulakan kajian ringkas itu.
Mungkin ada sahabat dikalangan pembaca memberikan saya bantuan dari segi info dan foto untuk saya mulakan kajian ini. Saya memerlukan bantuan semua...
Wassalam

2 comments:
siapakah anak melayu di perancis itu?
;)
mungkin ada ahli rantauan.com yang dapat membantu. tak pasti pulak sama ada di kalangan mereka ada yang duduk di goa/portugal.
Post a Comment