"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, October 25, 2010

Puisi..

Gua peminat Puisi
gua tak kira..sapa kata mat cikai macam gua tak boleh minat puisi
gua tak perlu senaraikan buku-buku puisi yang pernah gua baca
gua tak perlu namakan pemuisi yang gua minat..


Pada gua puisi itu abstrak
Pada gua puisi itu 'luahan'
ia datang dari jiwa
sama ada jiwa yang tenang
mahupun jiwa yang memberontak


pada gua kalau  minat puisi
tak peerlu nak heboh-heboh
pada gua kalau minat puisi 
tak payah nak pecah-pecahkan rekod
dan paling penting
pada gua kalau minat puisi
tak perlulah 'menyundal' sebegini rupa....


kalau pensyarah buat kerja-kerja yang macam ni
agak-agaknya macam mana student dia orang?

no wonder gua dengar
kat Tanjong Malim tali leher dan Iron adalah barangan yang palig 'top' 
hahahaha
hahahaha
hahahaha



1Malaysia Sejuta Puisi catat rekod
Oleh Nazmi Yaakub
bnews@bharian.com.my
2010/10/25

PEMBACA puisi 1Malaysia Sejuta Puisi bergambar kenangan di Perpustakaan Negara Malaysia, semalam.
PEMBACA puisi 1Malaysia Sejuta Puisi bergambar kenangan di Perpustakaan Negara Malaysia, semalam.
Inisiatif Perpustakaan Negara, UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records


KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) menerusi pembacaan rangkap puisi 1Malaysia terbanyak sempena acara 1Malaysia Sejuta Puisi di sini, semalam.
Pada acara itu, 360 pembaca puisi pelbagai bangsa di kalangan kakitangan PNM, pensyarah dan pelajar UPSI, penyair, selebriti serta pengguna perpustakaan membacakan 10,118 rangkap puisi moden dan tradisional selama 34 jam 36 saat tanpa henti bermula sejak 12 tengah malam Sabtu lalu. 

Sijil itu disampaikan pegawai MBR, Zulhairi Md Zain kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rothiah Omar di majlis penutup 1Malaysia Sejuta Puisi, semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Penasihat PNM, Datuk Dr Halim Shafie; Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz serta Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI, Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin.

Terdahulu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pemimpin, cendikiawan, sasterawan, budayawan, teknokrat, pelajar dan orang ramai perlu menggembleng tenaga dan akal fikiran untuk membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu mengungkapkan semua bidang ilmu termasuk ekonomi, politik, sosial, sains dan teknologi.

Katanya, dengan peruntukan RM200 juta untuk membangunkan industri kreatif pada 2011, beliau yakin sedikit sebanyak dapat membantu penggiat seni puisi untuk menjalankan program dan aktiviti merakyatkan seni budaya warisan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
“Antaranya memindahkan lebih banyak karya puisi untuk dijadikan filem dan lagu serta menerbitkan buku antologi puisi,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Rothiah di majlis itu.

Sementara itu, Raslin berkata, PNM akan melanjutkan waktu operasinya sehingga jam 9 malam khususnya pada hujung minggu mulai tahun depan, sekiranya kajian yang akan dijalankan mendapati ia bakal mendapat sambutan pengguna perpustakaan.

Katanya, PNM pernah melanjutkan waktu operasinya selama tiga bulan pada 2004, tetapi tidak meneruskannya kerana kurang mendapat sambutan orang ramai berbanding kos yang ditanggung.

“Bagaimanapun, dengan kesedaran rakyat terhadap ilmu dan budaya membaca yang semakin tinggi, kami bersedia untuk melanjutkan waktu operasinya sekurang-kurangnya pada musim peperiksaan,” katanya pada sidang media selepas majlis itu. 

1 comment:

Anonymous said...

Salam.

Pemikiran anda sendiri menyatakan puisi itu indah, puisi itu abstrak, namun keadaan sekarang menunjukkan anak muda sendiri sunggu lesu dalam bab kesusasteraan Melayu.

Jika tidak diadakan pelbagai method untuk menyuburkannya, bagaimana kita nak menyemai para generasi muda minat akan puisi?

yang kedua, tidak perlu dimomokkan dengan isu tali lehar dan iron, sudah termaktub bakal guru perlu beretika dalam bab pemakaian.

atau anda mahu lihat cikgu-cikgu di sekolah berseluar jeans, berbaju T tanpa kolar atau selekeh seperti anak-anak muda yang hanyut pelbagai fesyen 'moden' kini?


Apa yang negatif sila positifkan kembali, apa yang positif, kita hebahkan.