Hakikatnya aku tak sangat mengenali dia. Usia antara kami sangat jauh berbeza.Seingat aku, semasa aku kanak-kanak dia telah jadi orang muda dewasa yang lepak-lepak dan isap rokok di pondok gunting rambut Long Seman di kampung aku. Selain itu apa yang aku ketahui tentang dia selain dari dia adalah seorang pekerja kolar biru , dia adalah athlet kebanggaan kampung kami...
Ya...dia benar-benar seorang athlet dan acara yang sering dia sertai adalah larian jarak jauh (marathon). Aku berani cakap kerana beberapa kali aku saksikan dia merentasi jalan kampung kami dalam acara marathon. Dan aku antara orang yang bersorak kuat padanya....Namanya pula pelbagai, ada memangilnya sebagai Ajis, kadangkala dia di panggil Cikgu malah ada juga yang memanggilnya sebagai Maikel...Aku jangkakan, mungkin Ajis@Azis adalah nama sebenarnya.
Dia adalah 'simbol kedamaian dan perpaduan' kampung aku seperti mana 'Si Kuntom" dalam filem 'Man Laksa'...tenang-tenang mengayuh basikal , tenang-tenang lepak kat kedai kopi, tenang-tenang menyedut puntung rokok tanpa risau tentang politik, perkauman, kroni, rasuah, gejala sosial dan lain-lain kurap masyarakat hari ini....
Seperti yang aku katakan, aku tidak sangat mengenali dia....Sewaktu usiaku meningkat dewasa aku mula lihat dia semakin tidak normal. Dia mula berjogging di tengah hari, membuat aksi akrobatik di tengah-tengah jalan raya dan merayau tak tentu hala pada waktu malam....
Maka, masa berjalan aku pon berubah dari remaja menjadi kanak-kanak. Dari melihat orang melepak kepada menyertai orang melepak dari pakai baju putih (sekolah) hingga ke pakai baju kotor (baju kerja), merantau ke KL-pulang ke Negeri Bersejarah-merantau ke Negeri Utara dan sesekali pulang ke kampung..
Dia tetap seperti masa lalu, dan semenjak aku bekerja dia pantang lihat aku ada di kampung. pasti aku akan 'di paunya'. tapi apa nak kesah setakat singgit dua lagipun di bukannya penah buli aku masa aku kanak-kanak...
Setiap kali aku dipaunya aku akan membebel padanya supaya jangan beli rokok (aku boleh berlagak kerana aku dah berenti rokok)..dan dia adalah dia hanya jawab dengan 'emm' sahaja....
Kali akhir aku jumpanya adalah pada hari raya yang lalu. Dia tetap dia, yang pasti akan mengepau bila tau aku ada kat kampung dan aku tetap aku yang pasti akan membebel tentang rokok yang dia suka hisap. Namun kali ini dia agak berbeza, basikalnya dah tiada (dia hanya berjalan kaki) dan dari khabar orang-orang kampung dia mula mencuri kasut (mungkin di jual pada seseorang untuk beli rokok)....
Selepas Aidilfitri, aku terima SMS...yang berbunyi 'Pak Long..dak Ajis dah Meninggal semalam'
Aku terkejut dan aku tanyakan sedikit berita dari kampung...nyata...beliau benar-benar meninggal dunia. SMS dari Mat Hakim bukan SMS lawak pasca aidilfitri. Aku diberi tahu dia meninggal kerana serangan jantung dan dia meninggal semasa tidur...
Itulah secebis kisah seorang sahabat yang 'jauh tapi dekat' dengan aku...
Tulisan ini merupakan satu tribute buat dia..walaupun mungkin para pembaca tidak mengenali aku dan dia. Namun andai ada kelapangan sedekahkanlah Al Fatihah pada rohnya, moga di ditempatkan dikalangan hamba Allah yang Soleh.....
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." (Ali Imran: 102)
No comments:
Post a Comment