Cakap terus teranglah ...gua bukan anti kereta nasional...Walaupun gua tak nafikan yang seringkali pembeli Proton di Malaysia diperbodohkan dengan harga yang lebih mahal di pasaran tempatan berserta spec yang berbeza antara kereta proton yang dijual di Malaysia dengan yang di jula di luar terutamanya di Eropah. Terus terang cakap gua bukan sokong proton sebab gua terpedaya dengan PROPAGANDA semangat partiotik dan juga semangat beli barang buatan Malaysia. Pada gua pegi mampus dengan propaganda...kita ada akal boleh pikir ada hak boleh memilih...
Gua suka proton sebab itu saja yang gua mampu beli..thats all...bukan sebab lain...gua rakyat marhaen yang tak mampu beli kereta import kerana dasar kerajaan yang tak memungkinkan gua memiliki kereta import. Bukan saja kereta yang ori import tapi kereta jenama import yang kilangnya kat Alor Gajah Melaka pun gua tak mampu pakai...
Salah satu kereta import yang gua minat ialah Mitshibushi Lancer...Gua penah la tebalkan muka berlagak macam orang kaya ke show room di bangsar ..dapat gak la tgk dan duduk merasa Mutshibishi Lancer. Then , masa gua ikut boss ke klang, gua berpeluang duduk dalam Lancer Evo yang ada di show room...Pergh..terasa gua kaya...Tapi gua yakin...dengan kerja sekarang gua memburuh sampai mampus sekali pun gua takkan mampu beli lancer evo...harganya sendiri mencecah RM 180 k....pergh,,,,,
So..bila kedengaran PROTON punya WAJA replacement model ada iras Lancer gua rasa minat (walaupun gua yakin gua tak mampu nak beli) tapi minat bukan kena bayar. Minat bukan kena beli. Gua minat bukan semestinya gua dapat/...so gua intip2 lah info tentang benda ni dininternet...
Dari blog arenakereta.com gua nampak mmg mantap model ni. Then gua pun pernah terserempak kereta ni sedang di test drive di area Ulu Selangor....Gua tak buat komen tentang kualiti..tapi dari indo dan gamba yang dipaparkan di media dan internet pada gua kereta ini sesuai untuk mereka yang sporty...(walaupun dah tua mcm gua)...Apa-apa hal kita sama2 menunggu pelancaran rasmi..dan yang nyata kalau minat kumpul2lah duit sbb gua rasa kalau harga dalam RM 95 K (highest spec) bayaran bulan konfirm RM seribu ke atas selama 9 tahun...
Korang mampu korang beli...gua rasa gua tak mampu..oleh itu gua tetap setia pada wira tua gua yang umurnya separuh dari umur gua..walaupun gua tak pakai proton baru (yang dikhabarkan guna enjic MIVEC) gua tetap ada MIVEC walaupun ia hanay sticker yang gua tampal di kiri dan kanan pintu kereta gua... Apa nak kira..gua tak mampu tapi minat...tak mampu dapat enjin MIVEC..dapat sticker MIVEC pun gua rasa dah ok hahaha
Mari kita share beberapa link tentant INSPIRA yang gua dapat kutip di you tube...
INI MITSHUBISHI LANCER..
YANG LAIN-LAIN INI SEMUANYA INSPIRA....
DAN LAST SKALI TENTANG HITLER DAN INSPIRA...
(pakat gelak ramai-ramai hahahaha)
No comments:
Post a Comment