"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, August 11, 2009

Pindah


Sudah berapa lama saya berazam, saya mesti tinggalkan kota kecil ini untuk memberikan fokus pada pengajian saya. Saya tidak salahkan sesiapa kerana 'pergerakan' saya yang terlalu perlahan. Mungkin kerana saya sudah selesa saya sudah senang di sini.

TV satelit
Mobil yang selesa
Bilik yang tenang
Makan yang enak-enak
Internet 24 jam

semua itu menjadikan saya naik lemak dan bertambah malas.
akhirnya, pejam-celik masa sudah berlalu lapan bulan sedang saya masih pun belum siap bab 1 dan masih terhegeh-hegeh membuat "kajian Literatur"

Mungkin saya terlalu mewah di sini. Kemewahan menjadikan saya tidak bersyukur dan lupa pada hakikat sebiuah perjuangan

Dahulu, saya boleh lakukan sesuatu yang tidak pernah saya sangka saya mampu lakukan. Tapi kesemuanya saya lakukan atas usaha yang bersungguh-sungguh dan dalam keadaan serba kekurangan. keadaan menjadikan saya tabah dan cekal. Hari ini...malas dan lesu

Perbincangan dengan sahabat (Tq Mr Moustache) saya mengambil resolusi untuk berpindah. Tinggalkan kemewahan dan kedamaian di kota ini bagi meneruskan perjuangan di sana

Alhamdulillah hari ini jadi kenyataan. Dapat juga rumah yang di cari. Berkongsi . Tidak mengapa memang itu cara menjimatkan kos lagipun aku bukan hendak bersenang lenang di sana.

Jika tiada aral melintang proses akan berlaku minggu hadapan
selepas ini Menteri Besar saya Khalid Ibrahim, walau bagaimanapun saya tetap anti 'feudalisme'

Moga perpindahan ini menjadikan aku makin tabah dan terus berpegang pada prinsip perjuangan. InsyaAllah

(saya dedikasikan Terima kasih kepada CM 'Sentap' atas usahanya membantu saya mencari penginapan ini, jasa CM saya tetap ingati....)



No comments: