Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka.
Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.
Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.
Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.
Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.
Kematian-kematian lain:
Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas.
Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.
Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.
Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.
Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.
Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1).
Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.
Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai.
Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.
Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1)
Foto: Memadaikah dengan bertopeng dan kuarantin??
dalam situasi yang makin cemas ini pihak pemerintah masih mengatakan yang keadaan masih terkawal. Terkawal bagaimana ? andaikata saban hari berlaku kematian, malah makin mengerikan ialah bilangan kematian makin hari makin meningkat.
Adakah dengan menutup dan meng'kuarantin' sesebuah institusi itu sudah mampu membendung wabak ini dari berleluasa?
Kematian seorang guru yang sekolahnya dikuanrantin pada 27 Julai lalu menjadikan kita semakin tertanya-tanya. Adakah kaedah yang dijalankan oleh pemeriontah ini benar-benar berkesan.
Dengan taburan pesakit yang berserakan diseluruh negara dan setiap hari ada kes yang baru hakikatnya kita masih belum benar-benar selamat. Biarlah kita dimomokkan dengan berita yang kita masih selamat dan keadaan masih terkawal.
Pada hemat saya, pemerintah perlu jujur. Adakah keadaan benar-benar selamat atau sebaliknya dan apa tindakan yang terbaik perlu dilakukan. Sedang di beberapa buah lapangan terbang saringan kesihatan sudah dilupakan adakah pemerintah benar-benar serius menangani wabak ini?
Sebelum ini kita khuatir dengan keas luaran, kini majoriti pesakit adalah kes dalaman. lalu apa tindakan pemerintah?
adakah sekadar mengeluarkan kenyataan di akhbar dan berita saban hari sudah mencukupi untuk meyakinkan rakyat?
atau perlu ada tindakan yang lebih drastik...
Apa-apapun akhirnya ia akan berbalik kepada kita...
SELAMATKAH KITA????
No comments:
Post a Comment