"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, August 03, 2009

Chelek dan Buku



Saya terima satu SMS dari seorang seseorang:
"Assalamualaikum wbt, Sahabat, aku dah beli buku Ketupat Cinta (Faisal Tehrani) ...Sudah Nak cari, order baru dapat..."

Susah juga, bila sms tidak bernama ni. Maklumlah kawan-kawan sering tukar nombor hp (zaman start pack bawah RM 10 ni)...saya cuma meneka dan tekaan saya betul.. si penghantar ialah 'Chelek' (bukan nama sebenar)

Chelek adalah seorang budak kampung, pengajiannya hanya setakat menengah rendah sahaja. Namun minatnya terhadap buku menyebabkan saya rasa 'hormat' kepadanya.

Walaupun beliau bukan pembaca yang rakus. Beliau setakat yang saya tahu hanya membaca buku-buku yang di'rekomenkan' sahaja dan saya teringat bahawa saya pernah cadangkan buku "ketupat Cinta' ketika bertemu dengannya dalam majlis perkahwinan seorang sahabat Mei lalu...Itupun bila beliau bertanya dengan jelas "apa buku terbaru Faisal?"

Seingat saya saya dan dia pernah membincangkan seputar hal buku seperti "1515" , "Cinta Hari Hari Rusuhan" dan sebuah buku yang memerihalkan tentang keganasan dan kekejaman Tentera Monggol.

Perbincangan tentang buku 'tentera monggol' amat menarik minat beliau tambahan pula beliau pernah menonton filem 'Mongol" yang benar-benar menggambarkan kekejaman tentera monggol seperti dalam buku yang telah beliau baca... lalu beliau nyanyikan lagu "monggol dah pulang" (XPDC) selepas bersembang..




Itulah kisah seorang sahabat...orang kecil namun minat yang besar terhadap dunia buku. Lantas saya terfikir..ramai lagikah insan berjiwa 'besar' seperti Chelek ini. di luar sana...jika ramai alangkah untungnya....



No comments: