"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, August 11, 2009

Buku Lagi


Saya kecewa hari ini. Niat untuk menelaah di perpustakaan terbantut dek kerana Kawad Kebakaran. Saya baru di sini, saya tidak tahu pula mana-mana tempat yang sesuai untuk membaca , semua tempat yang saya tahu telah saya lalu dan penuh belaka.

Saya melangkah mengikut kaki sambil-sambil memmikirkan beberapa perkara penting yang perlu saya selesaikan sekembalinya saya ke negeri utara nanti. Tentang penulisan, kutipan data, pencarian bilik sewa dan sebagainya.

Masa ada lebih kurang 1 jam 15 minit sebelum bermulanya kuliah (tidak wajib) tetapi sengaja merelakan diri untuk hadir (ini majlis ilmu) kuliah pula disampaikan oleh penyelia yang semamangnya selama ini saya idamkan untuk hadir dalam kuliahnya.

Masa yang terluang itu saya isi dengan pergi ke pameran buku anjuran DBP.
Diskaun yang hebat
mencecah 70%

mengenangkan saya datang dengan tren dan beng yang dibawa sudah sedia berat saya tahan niat untuk memborong. Lagipun, tuntutan yang sudah hampir 2 bulan masih tidak dibayar oleh pihak berwajib.

Akhirnya saya beli dua buku

Harga Sebuah Maruah (Azizi Hj Abdullah) Warkah Eropah (A Samad Said)

Harga Sebuah Maruah, saya beli atas dua sebab utama.

Pertamanya kerana ia hasil tulisan Azizi Hj Abdullah dan yang kedua novel ini telah memenangi tempat kedua sayembara menulis novel Jubli Emas DBP (saya terkilan juga kerana tidak membeli novel; Mahabbah kerya Shahnon Ahmad..namun apakan daya)

Walau bagaimanapun, sebab pertama adalah sebab yang paling kuat untuk saya novel ini.

Setelah saya baca Seorang Tua Di Kaki Gunung, Tuk Cai, Memoir Seorang Guru, Kawin-Kawin, Zikir Rindu serta Wi dan William saya rasakan saya tidak boleh melepaskan walau sebuah pun novel Azizi Abdullah yang ada di pasaran (mungkin saya terlambat kerana beliau mula menulis sebelum saya lahir lagi)..namun pada saya mana yang dapat akan saya dapatkan..begitu juga halnya dengan novel-novel tulisan Shahnon Ahmad

membaca 'blurb'nya sudah membrikan saya sedikit gambaran tentang apa yang hendak dipersembahkan dalam novel ini. Saya yakin, ini kisah masyarakat kecil, masyarakat kecil yang tertindas dek kuasa besar sang penguasa....

walaupun saya belum membaca novel ini namun saya yakin, novel ini memang mempunyai 'hubungan dan ikatan' yang kuat dengan "Luka Rakyat" yang juga hasil tulisan beliau yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)...

Azam saya , novel ini akan jadi teman saya sepanjang berjam-jam saya didalam komuter pada minggu-minggu akan datang....InsyaAllah


No comments: