"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, August 31, 2009

Berita 'Gembira' Sempena Merdeka



Petikan Mstar Online 31 Ogos 2009

Minyak petrol RON95 ganti RON92, RM1.80 seliter

KUALA LUMPUR: Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok, kerajaan mengumumkan di sini hari ini.


Saturday, August 29, 2009

Kasut Adik Ain

Kasut Raya Adik Ain...

Mat Hakim: Tak Daya Memanjang..

Buku Baru


Buku Baru Masuk Rak

"Di Balik Malaysia: Dari Majapahit Ke Putrajaya": Farish A Noor
"Ketemu Di Alur Zaman" - Rustam A Sani (Karya Terakhir beliau)

Jangan di tanya bila nak habis baca
sekurang-kurangnya beli buku
dan rak makin penuh....

Bekam



bekam
bekam
bekam

buang darah kotor
buat badan jadi ringan
hilang sakit-sakit ringan

bekam
bekam
bekam

ada yang takut jarum
ada yang tak nak tunggu giliran
ada yang semangat nak berbekam

bekam
bekam
bekam

hilangkah penyakit malas ini selepas berbekam ???

PESANAN PENAJA:
BERBEKAM BAIK UNTUK KESIHATAN
JIKA ADA YANG BERMINAT UNTUK BERBEKAM DAN LAIN-LAIN RAWATAN TRADISIONAL SILA HUBUNGI SAIFUL 0134705566, LOKASI-TEMERLOH (PAHANG)

Hujan


Hujan turun
masih tak henti-henti
rasa malas tidak terperi

kurang bersahurkah?
atau
terlebih berbukakah?

hujan makin lebat
dan malas makin menjadi-jadi...

Atas Nama Perjuangan


Atas nama perjuangan ini
bukan hanya janji kosong
ia adalah perlaksanaan dan pembuktian kata-kata

dan masa terus berlalu
meninggalkan insan yang masih leka
Ingat lima perkara
sebelum lima perkara
"Lapang Sebelum Sibuk"

jika sudah sibuk nanti...
tiada apa mampu dilakukan

lalu apa lagi alasan nak kau beri???
......

Selamat Berjuang Sahabat


Tidak lama lagi
kau akan pergi sahabat
pergi meneruskan perjuangan
jauh di rantau orang
jauh dari kampung halaman

kita tak perlu bicara tentang nasib sahabat
kerana kau punya 'ia' lebih baik dari aku
namun
kita sama-sama atas nama perjuangan

pergilah sahabat
berjuang jangan jemu
buktikan pada semua
pemergianmu bukan sia-sia

pergilah berjuang sahabat
Birmingham, Keele, York, Sheffield, Dundee, Swansea, Nottingham
pergilah
aku sudah terlepas peluang itu

pergilah berjuang sahabat
moga kejayaan akan jadi milikmu
...

Buku Untuk Chelek


Judulnya Tunggu Teduh Dulu
kata Chelek (sebelum diberi buku)
"buku ini kisah pokok buah-buahan"

Ya..buku ini kisah betik
buku ini kisah perjuangan

Kata Chelek
"baca buku ni tak boleh tergesa-gesa, kena tenang, daripada aku melahu tak tentu hala, baik aku layan buku"

"ya" kata mulut ku
"jika ada buku baru, akan ku hadiahkan untuk Chelek lagi" : Kata hati ku

Kata Chelek menutup bicara
"terima kasih sahabat"...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Buat semua Umat Islam, Saya ucapkan salam Ramadhan
Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik berbanding Ramadhan sebelumnya..
InsyaAllah


Tuesday, August 18, 2009

.....


Hah herapa hari haya maham ni
makhan hun husah
hido pun husah

hegi klinik
ashik-ashik hubat tahan hakit
lepas hatu hubat-hatu hubat yang lain

lepas hatu hemujanji
ada hagi hemu janji yang lain

rahanya dah hua hemujanji
dah berhenis-henis hubat haya helan
hakit hak hilang juhak
sehejap ada
sehejap hidak

haktiviti
hido-makan hubat-makan hubat-hido

hekarang
haku hunggu hari khamis
harap-harap hemua helesai
helagi yang hatu ni tak di habut
helagi hitulah hidup haya maham ni

semua herja tertanghuh
hension
maha hulak berlalu hantas

mesti selesai khamis ni
mesti habut-mesti habut-mesti habut

itu harapan haya
itu harapan haya
itu harapan haya

sebab haya dah tak tahan hakit gigi......

Saturday, August 15, 2009

Ia Rosak




Akhirnya ia rosak juga
walaupun aku tahu ia pasti akan rosak
namun tak aku jangka ia akan rosak sebegini awal
memang ia bukan bai jenama yang terkenal
tetapi selama ini 'gadjet' ini yang banyak membantu

merakam perbualan bersama penyelia
merakam butir bicara professor ketika kuliah
juga
menghiburkan aku ketika 'senak' dalam perjalanan selama 2 jam 30 minit (sehala) itu

hari ini
ia rosak
bukan terkilan kerana ia rosak
tetapi terkilan kerana ada dua kuliah akhir yang masih tak sempat aku 'pindahkan' ke notebook
juga sesi 'wacana buku' yang dirakamkan juga tidak sempat dipindahkan

Kerja Tuhan Siapa tahu
terkilan tetap terkilan
kerana dua kuliah akhir amat membantu dalam pencapaian satu objektif dalam penulisan nanti...
sangat-sangat rugi kerana melengah-lengahkan masa untuk memindahkan data

kini ia dah rosak
marah
mengamuk
menyumpah
langsung tiada guna lagi....

boleh beli yang baru sebagai pengganti
namun apa yang hilang kerana kerosakan ini
amat memeritkan hati....

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Surah Al Insyirah: 6)

Terima Kasih


Terima Kasih kepada pihak yang menganjurkan wacana buku Tunggu Teduh Dulu
Terima KAsih kerana menjemput saya jadi pembicara
Terima kasih kerana menghadiakan saya buku
dua naskah

Indahnya Cinta (Al Aidh Abdullah Al Qarni)
Istanbul (Orhan Pamuk)

memang saya sangat berhajat untuk membaca tulisan Orhan Pamuk, pemenang hadiah Nobel Kesusasteraan.

Saya hanya dengar hebatnya "My Name Is Red" tetapi tidak pernah membaca
kali ini 'Istanbul' akan saya 'hadam' dengan baik..
InsyaAllah

Pergi Tak Kembali..


MOHD ASRI IBRAHIM (1969 - 2009)
Dia pergi menghadap Allah SWT pada 13 Ogos 2009
Semoga Rohnya Di cucuri Rahmat
Al Fatihah

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Wacana Buku: 'Tunggu Teduh Dulu'




Catatan Asal Pewacana:
(Nota: Ini adalah semata-mata pendapat dan pandangan pewacana sahaja, oleh yang demikian segala kesilapan dan kekeliruan besar kemungkinan tidak dapat dielakkan)

PENGENALAN
Assalamualaikum wbt kepada semua hadirin yang beragama Islam, terima kasih kerana sudi hadir ke majlis wacana buku ini.


Saya kira tidak perlulah saya memperkenalkan diri saya dengan lebih lanjut kerana pengenalan oleh pengerusi majlis sudah mencukupi.


Novel TTD ini bukan novel yang nipis. Naskhah yang ada pada saya ini setebal 678ms dan ia adalah naskhah terawal TTD yang diterbitkan sebelum urusan penerbitannya diserahkan kepada Al Ameen.


Pertama kali saya baca dan habiskan pembacaan novel ini ialah sekitar Mac 2005 dan mengulangnya kali kedua tidak lama kemudian . Selepas itu novel ini tersimpan kemas di rak buku saya.


Lalu, apabila dihubungi oleh En nizam dan berbincang tentang wacana buku ini kira-kira pada tahun lepas saya agak teruja lantas menawarkan diri untuk menjadi pembicara.


Teruja kerana ia karya faisal tambah teruja bila ia adalah TTD.


PEMBICARAAN

Bila pertama kali saya memegang TTD, saya tertanya TTD ini tentang apa? Tambahan pula saya tidak mengikuti secara keseluruhan sewaktu ia disiarkan secara bersiri dalam ruangan Agama , Utusan Malaysia sebanyak 130 keluaran bermula dari 03-03-2003 hingga 31-12-2003


Saya masih tertanya-tanya. Apa ‘ibu cerita’ dalam TTD ini.


Bagi tuan puan yang tekun mengikuti tulisan faisal tentu tuan puan akan dapat melihat kepelbagaian tema dalam setiap tulisannnya (novel)


Beliau pernah menulis tentang busana melayu dalam novel “Maknikam Kalbu”. Kisah perkapalan Melayu dalam “Bedar Sukma Bisu” dan juga beberapa novel yang menggabungkan fiksyen dan sejarah seperti 1515, Saasatul Ibaad, Nama Beta Sultan Alauddin dan sebagainya. Beliau juga menegur dengan pena tentang kegilaan kita terhadap muzik realiti yang melampau sehingga wujudnya novel yang berjudul ‘Advencer Peniup Ney’.


Jadi bila berbicara tentang TTD, pokok persoalan yang perlu dijawab ialah apa yang dibawa oleh TTD.


Barangkali ada yang mengatakan ia kisah betik...saya tidak nafikan itu ada benarnya kerana selama ini berapa jenis betikkah yang kita tahu? Berapa banyak khasiat betikkkah yang kita tahu? Bagainamakah cara dan kaedah terbaik menanam betik adakah kita tahu?


Jika tuan puan kata TTD kisah betik...memang betul kerana sekurang-kurangnya tuan puan ada ilmu tentang betik setelah selesai membaca novel ini. Betik sekaki kah yang jadi minat atau betik exotica? Itu tuan puan sendiri yang tahu...


Berbalik pada pandangan saya, pada saya TTD ialah sebuah kisah ketabahan, ketabahan seorang wanita yang bernama Salsabila Fahim dalam memulakan , menguruskan dan meneruskan survival ladang betik (Teduh Dulu) yang dikongsinya bersama dengan seorang sahabat iaitu Teh Sofia. Kemudian, barulah datang pecahan plot-plot yang lebih kecil seperti:


TTD ialah sebuah kisah kekeluargaan kisah Salsabila menghadapi kedegilan Sharulzaman, kisah hubungan Salsabila dengan Ibu tirinya yang uzur yang sebelum ini pernah menerimanya dengan sikap yang tidak menyenangkan. Kisah Salsabila dengan ibu mertuanya yang lumpuh dan juga kisah salsabila dengan keluarga suaminya Sazli.


TTD ialah sebuah kisah persahabatan: Persahabatan salsabila dengan Teh Sofia yang terguris seketika kerana seorang lelaki hinngga pada satu ketika Teh Sofia meninggalkan beliau selama berbulan-bulan hanya kerana cemburu apabila lelaki yang diminati men untukkan lebih respon terhadap salasabila. Persahabatan Salsabila dengan Kamil dan Lam Ping Hai (Saifullah) yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta


TTD adalah kisah percintaan: Kisah percintaan manusia dengan Manusia. Kisah CInta yang ditawarkan oleh Lam dan Kamil terhadap Salsabila adalah sebuah kisah cinta yang biasa kita dengar malah mungkin juga kita lalui. Melalui zaman kanak-kanak bersama-sama kemudian terpisah dan akhirnya bertemu semula ketika dewasa dan hebat...kedua-duanya merebutkan cinta dari wanita yang sama (Salasabila) Juga kisah cinta Sazli yang sangat ‘underdog’ dan tiba-tiba menjadi hero dalam novel ini


Bila melihat TTD sebagai sebuah novel cinta, ada banyak aspek yang boleh dibincangkan. Antaranya bagaimana Faisal berjaya mewujudkan satu watak yang digambarkan sangat menarik perhatian dan dalam masa yang sama pula dilihat amat sukar untuk mebuat keputusan memilih cinta yang ditawarkan hingga ada ketikanya ‘pembaca’ mungkian akan timbul perasaan meluat terhadap sikap salsabila yang kelihatan ‘tamak’.


Hebatnya TTD bila berbicara TTD sebagai sebuah kisah percintaan, tentulah kisah pertemuan Salsabila dan Sazli di Kota Suci Mekah atau lebih tepat lagi di Jabal Rahmah merupakan sesuatu yang amat menggembirakan. Pertemuan yang akhirnya diikuti dengan perkahwinan.


Pada saya inilah klimaks cerita ini.

Lupakan kisah TTD yang hendak buka cawangan di Indonesia, lupakan kisah TTD yang hendak meluaskan usahasama dalam bidang farmaseutikal, bagi saya jika melihat TTD sebagai sebuah novel cinta pernikahan Salasabila dan Sazli adalah kemuncak cerita ini.


Ya tuan-puan kena akur dengan jalan cerita ini, mungkin ramai yang menharapkan agar Salsabila memilih Saifullah (Lam Ping Hai) mungkin juga ada yang mengharapkan agar Kamil yang akan dipilih, namun saya tegaskan sekali ini, ini adalah sebuah novel yang ‘lain’ berbanding dengan novel-novel cinta yang berlambak dipasaran. Tentu tuan-tuan dapat fikirkan apa yang saya maksudkan dengan ‘lain’ itu....


TTD juga adalah kisah Kecintaan Manusia terhadap Pencipta. Kisah penyerah diri seorang Insan kepada Allah SWT terhadap apa juga bala dan bencana yang melanda. Dalam konteks ini ketabahan Salasabila disulam cantik oleh faisal. Kisah Salsabila yang sentiasa memohohon pertolongan Allah dalam menangani setiap dugaan yang mendatang dan menyerahkan hal memilih jodoh juga kepada Yang Maha Esa membuktikan bahawa novel ini bukan hanya sekadar sebuah novel cinta murahan.


Walau bagaimanapun, ada sedikit pengulangan jalan cerita dalam TTD ini iaitu apabila TTD yang diambil kerajaan untuk tujuan pembangunan hampir sama dengan kisah yang pernah dipaparkan oleh beliau dalam novel Perempuan Politikus Melayu. Walaupun dalam konteks dan plot yang berbeza.


Namun begitu ia tidak membawa apa-apa kecacatan pada novel ini.


RUMUSAN

Pandangan saya. Ini adalah ‘masterpiece’ faisal. Sebagaimana Salina bagi SN A Samad Said dan ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ bagi Shahnon Ahmad. Walaupun tema dan latarbelakang pengkisahan yang berbeza tetapi saya yakin kekuatan yang ditonjolkan oleh jalan cerita dan watak-watak yang ada dalam novel ini sangat mantap. Membaca novel ini pasti memberikan pembaca manfaat. manfaat bukan sahaja dari segi ‘rasa’ tetapi paling penting dari segi ‘jiwa’


Ada juga suara-suara yang bertanya kepada beliau tidak adakah sequel TTD ini? Beliau dengan nada seloroh menjawab ‘biarlah Sazli dan Salsabila hidup rukun dan damai sebagai suami isteri, tak perlulah kita ganggu mereka lagi”


Sekian


Wabillahitaufik Wal hidayah Assalamualaikum Wbt....

Foto: Kehadiran Yang Tidak Menggalakkan, Apakah Kerana Mahasiswa/i Sibuk Dengan Nota Kuliah ?






Thursday, August 13, 2009

Wacana Buku: 'Tunggu Teduh Dulu'

IKLAN INI TIDAK BERBAYAR

HANYA SEKADAR MEMBUAT PROMOSI SAHAJA

SIAPA LAGI NAK TOLONG KAWAN KALAU BUKAN KAWAN-KAWAN
YE TAK...
?






KEPADA PEMINAT FAISAL TEHRANI YANG BERADA DI SEKITAR TANJONG MALIM DAN ULU BERNAM

ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR

KALAU TUAN -PUAN DI TAHAN OLEH PAK/MAK GUARD DI LIBRARY BERITAHU YANG ANDA ADALAH JEMPUTAN KHAS YANG DIUNDANG OLEH SALAH SEORANG DARI KETIGA-TIGA 'MAMAT' YANG TERTERA MUKA HENSEM MASING-MASAING DALAM FOTO DI ATAS

PAKAIAN: MENUTUP AURAT

KALAU ANDA DI TAHAN OLEH PAK/MAK GUARD DI LIBRARY KATA KAT MEREKA BUKAN PAKAIAN YANG NAK DENGAR WACANA TETAPI OTAK DAN JIWA YANG IKHLAS YANG NAK DAPAT SEDIKIT ILMU (JIKA ADA)

SEKIAN

INI PESAN KAWAN SAYA

HADIRLAH BERAMAI-RAMAI
WASSALAM

(MAKLUMAT LANJUT: http://pustaka.upsi.edu.my/)

'Field Work"






Dah berapa kali agaknya aku pergi 'fieldwork'
meninjau lembangan sungai tertentu di negeri utara ini

jauh juga perjalanan
banyak juga daerah yang aku jelajahi
banyak juga pengalaman di perolehi

namun...
adakah ia sia-sia?
kerana 'fieldwork' ini bukan 'fieldwork' aku

hanya sekadar membantu rakan-rakan

Wallahualam..

Sate Rusa




Apa punya nasib
dekat empat tahun aku jadi pemastautin di sini
baru hari ini aku ketahui
ada sate rusa...di sini
apa la...
kata 'kaki makan'.....

Baju


Lamanya tak beli baju
lalu bila jumpa yang menarik
apa ditunggu?
mungkin baju untuk Hari Raya agaknya...

Topeng Oh Topeng


Topeng oh topeng
dulu tiada siapa ambil peduli
sejak wabak merebak
semua sudah jadi bising-bising
kerajaan pun jadi bising
topeng sudah mahal
naik sampai 400%
pekedai-peruncit jadi sasaran kemarahan
nak buat macam mana?
mereka kapitalis
untung adalah dewa mereka
lalu apa tugas kerajaan???

OH YA LUPA
"RAKYAT DIUTAMAKAKAN"...

Wednesday, August 12, 2009

Tetamu Senja


Di akhir VCD, jiwa begitu tersentap dengan puisi Tetamu Senja tulisan beliau yang dilagukan oleh kumpulan Kopratasa..sama-sama kita hayati bait-bait puisi ini..

Tetamu Senja


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said


Tetamu Senja - Kopratasa

Tuesday, August 11, 2009

Agenda Malam Ini


Selongkar punya selongkar, aku jumpa satu VCD berjudul

"A Samad Said: Kehidupan Seorang Seniman Malaysia"

malam ini aku akan tontonnya buat kali yang (mungkin) ke tiga...

ha-ha-ha...

Warkah Eropah

.
Entah kenapa saya begitu tertarik membaca karya-karya A Samad Said. Saya mula membaca karya beliau agak baru, semasa saya berada di universiti dalam tahun-tahun pertengahan 1990 an. Ketika itu saya banyak membaca antologi cerpennya. beberapa cerpennya seperti 'MP Gudu-Gudu' dan 'Perempuan dari Kampung Kambing" masih segar dalam ingatan saya.

Kemudian saya mula beralih ke novelnya.

Sudah semestinya Salina yang saya sasarkan.

Pertama kali membaca Salina . Saya rasa bosan dan benci bercampur-campur. Bukan kerana ia kisah pelacuran tetapi mengenangkan respon watak-watak yang ada yang pada saya amat dungu dan tidak munasabah (pada fikiran saya ketika itu) umpamanya watak seorang lelaki (saya lupa namanya) yang masih tidak keluar rumah walaupun telah dihalau berkali kali oleh ibu tirinya.

Namun, bila saya amati, saya perlu akur bahawa kisah yang dituiliskan oleh Samad bukan berlaku pada abad yang sama dengan apa yang saya lalui....lama kelamaan saya jadi khusuyk dan ghairah membaca Salina hingga ke ahhirnya.

Kemudian saya mula membaca Bulan Tak Bermadu Di Fatehpuir Sikri, Di Hadapan Pulau, Hujan Pagi, Adik Datang, Warkah Eropah dan Sungai Mengalir Lesu.

Jujur saya katakan saya lebih gemar cerpen dan novel beliau berbanding denga puisi nya.

Kenapa?

Saya sendiri tiada jawapan..kerana pada saya bukan semua soalan perlu ada jawapan.

Nyata saya tertarik pada tulisan A Samad Said kerana beliau amat 'detail' dalam memperincikan apa yang berlaku, jika beliau mengisahkan tentang sungi maka segala yang terbayang dalam fikiran kita tentang sungai seperti arus, lumut, rumput, pasir, ikan dan lain-lain akan diperincikan dengan baik oleh A Samad Said

Satu lagi, sesudah membaca karya beliau aku dapat tahu bahawa senario yang berlaku di tempat kita di masa lalu.

Seperti kata beliau, seniman berperanan merakamkan sejarah....

Warkah Eropah aku baca rasanya pada awal-awal tahun 2000. Ini adalah buku yang sangat menarik kerana ia bukan sahaja memerihalkan tentang perjalanan beliau ke Eropah tetapi turut disertakan dengan rakaman foto-foto menarik, salinan surat dan poskad yang sempat beliau tulis dan kirim semasa di sana dan keratan catatan tulisan tangan beliau terhadap apa yang hendak beliau lakukan di sepanjang perjalanannya.

Buku ini sangat menarik

Bukan kerana kandungannya tetapi kerana persembahannya yang saya kira pertama kali dalam genre novel di Malaysia.

Saya suka buku ini

Selain itu harganya yang sangat murah menyebabkan saya tidak ada alasan untuk tidak membelinya

Saya beli buku Warkah Eropah pada harga RM 18 setelah diskaun 70% daripada harga asalnya RM 60.

Walaupun buku ini telah saya baca (sekurang-kurangnya dua kali) tetapi apa salahnya kali ini saya beli dan milikinya, tak rugi rasanya jika ia terletak kemas di rak buku saya...




Pindah


Sudah berapa lama saya berazam, saya mesti tinggalkan kota kecil ini untuk memberikan fokus pada pengajian saya. Saya tidak salahkan sesiapa kerana 'pergerakan' saya yang terlalu perlahan. Mungkin kerana saya sudah selesa saya sudah senang di sini.

TV satelit
Mobil yang selesa
Bilik yang tenang
Makan yang enak-enak
Internet 24 jam

semua itu menjadikan saya naik lemak dan bertambah malas.
akhirnya, pejam-celik masa sudah berlalu lapan bulan sedang saya masih pun belum siap bab 1 dan masih terhegeh-hegeh membuat "kajian Literatur"

Mungkin saya terlalu mewah di sini. Kemewahan menjadikan saya tidak bersyukur dan lupa pada hakikat sebiuah perjuangan

Dahulu, saya boleh lakukan sesuatu yang tidak pernah saya sangka saya mampu lakukan. Tapi kesemuanya saya lakukan atas usaha yang bersungguh-sungguh dan dalam keadaan serba kekurangan. keadaan menjadikan saya tabah dan cekal. Hari ini...malas dan lesu

Perbincangan dengan sahabat (Tq Mr Moustache) saya mengambil resolusi untuk berpindah. Tinggalkan kemewahan dan kedamaian di kota ini bagi meneruskan perjuangan di sana

Alhamdulillah hari ini jadi kenyataan. Dapat juga rumah yang di cari. Berkongsi . Tidak mengapa memang itu cara menjimatkan kos lagipun aku bukan hendak bersenang lenang di sana.

Jika tiada aral melintang proses akan berlaku minggu hadapan
selepas ini Menteri Besar saya Khalid Ibrahim, walau bagaimanapun saya tetap anti 'feudalisme'

Moga perpindahan ini menjadikan aku makin tabah dan terus berpegang pada prinsip perjuangan. InsyaAllah

(saya dedikasikan Terima kasih kepada CM 'Sentap' atas usahanya membantu saya mencari penginapan ini, jasa CM saya tetap ingati....)



Buku Lagi


Saya kecewa hari ini. Niat untuk menelaah di perpustakaan terbantut dek kerana Kawad Kebakaran. Saya baru di sini, saya tidak tahu pula mana-mana tempat yang sesuai untuk membaca , semua tempat yang saya tahu telah saya lalu dan penuh belaka.

Saya melangkah mengikut kaki sambil-sambil memmikirkan beberapa perkara penting yang perlu saya selesaikan sekembalinya saya ke negeri utara nanti. Tentang penulisan, kutipan data, pencarian bilik sewa dan sebagainya.

Masa ada lebih kurang 1 jam 15 minit sebelum bermulanya kuliah (tidak wajib) tetapi sengaja merelakan diri untuk hadir (ini majlis ilmu) kuliah pula disampaikan oleh penyelia yang semamangnya selama ini saya idamkan untuk hadir dalam kuliahnya.

Masa yang terluang itu saya isi dengan pergi ke pameran buku anjuran DBP.
Diskaun yang hebat
mencecah 70%

mengenangkan saya datang dengan tren dan beng yang dibawa sudah sedia berat saya tahan niat untuk memborong. Lagipun, tuntutan yang sudah hampir 2 bulan masih tidak dibayar oleh pihak berwajib.

Akhirnya saya beli dua buku

Harga Sebuah Maruah (Azizi Hj Abdullah) Warkah Eropah (A Samad Said)

Harga Sebuah Maruah, saya beli atas dua sebab utama.

Pertamanya kerana ia hasil tulisan Azizi Hj Abdullah dan yang kedua novel ini telah memenangi tempat kedua sayembara menulis novel Jubli Emas DBP (saya terkilan juga kerana tidak membeli novel; Mahabbah kerya Shahnon Ahmad..namun apakan daya)

Walau bagaimanapun, sebab pertama adalah sebab yang paling kuat untuk saya novel ini.

Setelah saya baca Seorang Tua Di Kaki Gunung, Tuk Cai, Memoir Seorang Guru, Kawin-Kawin, Zikir Rindu serta Wi dan William saya rasakan saya tidak boleh melepaskan walau sebuah pun novel Azizi Abdullah yang ada di pasaran (mungkin saya terlambat kerana beliau mula menulis sebelum saya lahir lagi)..namun pada saya mana yang dapat akan saya dapatkan..begitu juga halnya dengan novel-novel tulisan Shahnon Ahmad

membaca 'blurb'nya sudah membrikan saya sedikit gambaran tentang apa yang hendak dipersembahkan dalam novel ini. Saya yakin, ini kisah masyarakat kecil, masyarakat kecil yang tertindas dek kuasa besar sang penguasa....

walaupun saya belum membaca novel ini namun saya yakin, novel ini memang mempunyai 'hubungan dan ikatan' yang kuat dengan "Luka Rakyat" yang juga hasil tulisan beliau yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)...

Azam saya , novel ini akan jadi teman saya sepanjang berjam-jam saya didalam komuter pada minggu-minggu akan datang....InsyaAllah


Kawad Kebakaran (Kenapa Hari Ini ??)



Dua jam aku dalam komuter
naik kematu punggung aku
terlentok-lentok aku melawan mata yang kantuk

akhirnya aku sampai menemui mu
dengan semangat dan jiwa yang tekad
aku membawa keperluan yang perlu
bagi menelaah dan menggali ilmu yang ada di dalam mu...

namun aku kecewa....
baru 30 minit aku 'bersamamu'
aku dikejutkan dengan jeritan

api-api-api
api-api-api
api-api-api

ah....
kenapa pula kawad kebakaran hari ini
waktu aku baru bersemangat
lalu aku tinggalkan mu dengan hati yang luka dan kecewa...

Monday, August 10, 2009

aduhai....


aduhai dah dua malam tak boleh lena
puncanya?
gigi yang sakit menyucuk-nyucuk

akhirnya,
pagi ke klinik gigi kerajaan
rupa-rupanya kena buat temu janji dulu
setelah meyakinkan 'nurse' yang kau tak boleh tidur dua malam
akhirnya berjaya juga jumpa doktor

Pemeriksaan dijalankan
sah gigi dah rosak
minggu depan ditetapkan untuk temujanji (temujanji lagi ?)
lantas doktor memberi sekeping kertas untuk di serahkan di Farmasi
katanya ubat tahan sakit
untuk tempoh sepanjang menunggu tarikh temujanji

10 minit menunggu
nama dipanggil di farmasi
oh.....
rupanya Paracetamol 500mg yang diberi...

aduhai.....

Kegilaan Yang Tiba-Tiba




Foto: Spec Yang Sama..Rim Alloy, Disc Brake, Shimano 7 Speed..
(Argh...tak tertahan rasa hati)


Tiba-tiba aku rasa kegilaan ini datang.
Datang tanpa di tahan-tahan.
Sememangnya sudah lama aku idamkan.
Namun selama ini aku pendamkan. Entah kenapa seminggu dua ini aku tak dapat tahan keinginan.
Ia mula hadir dalam mimpi dan mengganggu tidur ku

Lalu aku di siang hari dihambat nostalgia tentang kenangan silam.
Bersamanya dari rumah ke Malacca High School saban hari
bertahun-tahun panas dan hujan

Aku mula bernostalgia tentang keseronokan bersamanya diwaktu pagi dan petang
dari satu destinasi ke satu destinasi
ujung pasir-bandar hilir-padang temu-ayer leleh-bandar melaka-banda kaba-bunga raya-bukit china
semuanya pernah aku jejaki berasamanya...

tapi itu semua masa lalu....
bersamanya yang telah jadi 'arwah'

kini
aku dengan keinginan yang baru
aku berangan-angan untuk 'memilikinya' yang baru
aku mula memasang angan-angan
aku aku ronda-ronda wilayah ini bersamanya
kala petang hari
mungkin untuk mencari damai dihati...

harganya....
rupanya bukan murah...
bukan mudah untuk memlikinya
aku masih lagi berkira-kira
perlu atau tidak untuk aku memilikinya
dan mengulang nostalgia lalu

atau hanya membiarkan nostalgia ini terus bermain-main tanpa sudahnya....


Thursday, August 06, 2009

Apa Cerita...

Anak Akhil suka 'Aunty Wawa' jadi ibu
Maiza tunggu lamaran
Seorang lagi mati akibat H1N1
Seorang lelaki 57 tahun korban terbaru wabak selesema A (H1N1), menjadikan jumlah kematian 14 orang sejak dua minggu lalu.

ITS UNFORGIVEN 3