"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, May 16, 2007

Terima Kasih Kerajaan !


Tepung naik 15 sen -- RM1.35 sekilo di Semenanjung, RM1.45 Sabah dan Sarawak

Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 15 Mei – Harga tepung di seluruh negara dinaikkan 15 sen sekilogram berkuat kuasa semalam. Dengan kenaikan yang dipersetujui kerajaan itu, harga tepung di pasaran sekarang ialah RM1.35 sekilogram berbanding RM1.20 sebelum ini bagi Semenanjung.

Untuk Sabah dan Sarawak pula harga baru ialah RM1.45 sekilogram berbanding RM1.30 sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, kenaikan harga barang kawalan itu hanya melibatkan tepung gandum serbaguna dan bukan tepung gandum bukan serbaguna yang harganya tidak dikawal.

Menurut beliau, harga tepung gandum tidak pernah mengalami perubahan sejak 1998 walaupun kos bahan mentah dan pengangkutan mengalami kenaikan setiap tahun.

“Dalam beberapa siri perbincangan sebelum ini, wakil pengilang tepung mencadangkan agar harganya dinaikkan sebanyak 50 sen sekilogram.

“Tetapi, selepas Bahagian Perdagangan Dalam Negeri melakukan pelbagai analisis dan kajian terperinci, kami memutuskan adalah mencukupi jika harganya dinaikkan sebanyak 15 sen sekilogram,” kata Mohd. Shafie kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada semua peniaga supaya tidak menaikkan harga barangan ke tahap yang tidak munasabah ekoran kenaikan harga tepung gandum.

Menurutnya, semua cawangan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara diarahkan meningkatkan pemantauan bagi mengelakan pihak tertentu menaikkan harga barang.

“Orang ramai juga disarankan melaporkan kepada cawangan KPDNHEP mengenai tindakan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati ekoran kenaikan harga tepung gandum,” katanya.

Sementara itu, Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) bimbang kemungkinan pengeluar dan peniaga makanan menaikkan harga makanan berikutan kenaikan harga tepung gandum.

Penasihat FOMCA, Prof. Datuk Dr. Hamdan Adnan berkata, walaupun peniaga tidak menaikkan harga makanan, ada kemungkinan peniaga atau pengeluar makanan cuba mengelirukan pengguna melalui cara lain.

“Pembuat kuih karipap umpamanya mungkin akan mengurangkan saiz karipap mereka seperti yang pernah berlaku terhadap roti canai yang dikekalkan harganya tetapi saiznya dikecilkan,” kata beliau.

Menurut Hamdan, beliau dimaklumkan bahawa harga tepung gandum di pasaran dinaikkan sehingga 15 sen sekilogram berikutan dua negara yang menjadi pengeksport tepung gandum ke negara ini iaitu New Zealand dan Australia dilanda musim kemarau.

Hamdan menggesa KPDNHEP memantau perkembangan tersebut dan mengambil langkah susulan untuk membendung peniaga daripada bertindak menaikkan harga barangan.

Katanya, kementerian itu juga perlu memastikan pembungkusan tepung gandum di pasaran adalah mengikut piawaian tertentu seperti melabelkan berat tepung sama ada 500g, 1kg, 10kg dan sebagainya supaya pengguna tidak terkeliru.

“Bagi saya, perkara paling mustahak dalam situasi ini ialah pengguna perlu berhemah. Jadikan amalan tawar-menawar ketika berbelanja sebagai budaya.

“Pengguna juga boleh memantau dengan memastikan peniaga mematuhi tanda harga,” katanya.

Hamdan berkata, kenaikan gaji pekerja tidak bermakna sekiranya harga barangan turut naik

Petikan Dari Utusan Malaysia, 16 Jun 2007

TERIMA KASIH KERAJAAN ! TERIMA KASIH KERAJAAN ! TERIMA KASIH KERAJAAN !

TERIMA KASIH KERANA KEADAAN INI,
KAMI TETAP SEDIA BERKORBAN,
KAMI TETAP SEDIA UBAH GAYA HIDUP

TERIMA KASIH KERAJAAN !
TERIMA MASIH KERAJAAN !
TERIMA KASIH KERAJAAN !




1 comment:

sitinurulhawa said...

“Bagi saya, perkara paling mustahak dalam situasi ini ialah pengguna perlu berhemah. Jadikan amalan tawar-menawar ketika berbelanja sebagai budaya."

er... harga tepung boleh di tawar ke?

oleh kerana kerajaan sedang kaji n kenaikan gaji kakitangannya, diaorg siap dah warning awal2 supaya peniaga tak ambik kesempatan naikkan harga barang. ironinya, diaorg yang naikkan harga dulu. huhuhu.. lawak apa ni