Ke mana menghilang? -- Krisis minyak masak peket satu kilogram makin runcing
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
KUALA LUMPUR 2 Mei – Krisis kekurangan bekalan minyak masak dalam peket satu kilogram semakin membimbangkan apabila pengguna di beberapa negeri termasuk Terengganu, Selangor, Perak, Pahang, Johor, Perlis dan Sarawak sukar untuk mendapatkan bahan itu.
Kekurangan bekalan minyak masak peket itu dikatakan berpunca daripada tindakan pemborong, pengilang dan pengedar yang memperlahankan bekalan dengan alasan harganya telah naik.
Sementara para peruncit pula enggan menjual minyak masak peket kerana keuntungannya tidak besar iaitu antara 40 sen dan 60 sen bagi setiap kotak yang mengandungi 20 peket minyak masak dengan harga tidak melebihi RM2.50 sepeket.
Kekurangan bekalan minyak masak peket ini memberi kesan terhadap para pengguna berpendapatan rendah dan sederhana khususnya penduduk di luar bandar yang tidak mampu untuk membeli minyak masak dalam bekas lebih besar.
Selain golongan berpendapatan rendah, minyak masak dalam peket juga digunakan oleh peniaga-peniaga gerai dan pasar malam untuk menggoreng bahan-bahan jualan mereka seperti mi dan kuih.
Di PAHANG, Ketua Unit Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Temerloh, Othman Din berkata, lebih 5,000 kedai runcit termasuk tiga pemborong utama bahan itu kehabisan bekalan minyak masak peket satu kilogram.
Sehubungan itu, katanya, sebanyak 70 tan metrik minyak masak kategori itu akan diedarkan di kedai-kedai runcit dan pemborong di daerah Temerloh, Bera dan Maran pada awal minggu depan.
Bekalan minyak masak tersebut, katanya, akan diperoleh daripada enam pembekal utama dari Kuala Lumpur dan Kuantan.
Di TERENGGANU, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Mohd. Zawawi Ismail berkata, kekurangan bekalan minyak masak peket satu kilogram menular ke beberapa daerah di negeri ini menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan itu sejak beberapa hari lalu.
‘‘Antara kawasan yang dikesan mengalami kekurangan minyak masak peket paling meruncing ialah Kuala Berang,’’ katanya ditemui selepas majlis sukaneka di Kampung Paya Besar, Kuala Berang, hari ini.
Di PERLIS, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Syed Sulaiman Syed Mohd. Noor berkata, masalah kekurangan itu dijangka dapat dipulihkan dalam tempoh dua minggu lagi.
‘‘Saya telah arahkan beberapa pegawai memeriksa kedai-kedai yang menjual bekalan itu di sini dan memastikan supaya pengguna tidak terus terbeban dengan masalah ini,’’ katanya.
Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk K. S Balakrishnan berkata, negeri ini menghadapi kekurangan minyak masak sejak beberapa hari lalu, tetapi tidak membabitkan minyak dalam bekas bersaiz tiga atau lima kilogram.
Di PERAK, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk G. Rajoo berkata, semua pengilang dan pengedar minyak masak di negeri ini diminta membekalkan minyak masak dalam peket satu kilogram ke pasaran pada kadar biasa.
‘‘Kita akan terus memantau dan menangani masalah ini di seluruh negeri supaya ia tidak menjadi serius seperti kekurangan bekalan gula yang berlaku sebelum ini,’’ katanya.
Dalam pada itu, pengguna dan peruncit mahu kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pengeluar dan pemborong yang disifatkan bertanggungjawab terhadap masalah tersebut.
Seorang pengguna, Salbiah Hassan, 42, memberitahu, kebanyakan pengguna biasanya membeli minyak masak peket kerana ia melibatkan kuantiti yang kecil untuk kegunaan harian.
Katanya, kekurangan bahan dalam bentuk peket itu menjejaskan pengguna berpendapatan sederhana apabila mereka terpaksa membayar lebih untuk membeli minyak masak dalam botol yang lebih mahal.
Seorang peruncit, Kau Sen Cho, 33, berkata, masalah tersebut tidak seharusnya berlaku kerana bekalan minyak masak dalam peket sebelum ini mencukupi dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.
‘‘Keadaan ini menyebabkan saya mengehadkan bekalan kerana keuntungan yang diperoleh daripada jualan minyak masak peket tidak sepadan dengan kos yang saya ambil daripada pengeluar dan pemborong,’’ katanya.
Seorang penjaja, Rahim Abdullah, 35, memberitahu, masalah tersebut memberi kesan terhadap kos perniagaan hariannya dan jika berlarutan ia akan meningkatkan harga barangan.
(Retikan dari Utusan Malaysia-3 Mei 2007)
KOMEN PAK KEBUN:
bila membaca berita di atas aku rasa pelik dan termat pelik. Mula-mula dulu cili, lepas tu ayam, kemudian gula selepas tuminyak masak. Aku tak terkejut dan hairan jika semua benda ini di import dari negara luar, tetapi hakikatnya semua benda ini datang dari BUmi Malaysia sendiri
Bukankah Malaysia antara negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia ????
Jika kenaikan petrol boleh kita katakjan kita bergantung kepada harga pasaran dunia dan kita membeli petrol dari negara luar ini apa pula alasannya???
apa kerja Pak Menteri????
takkan didedahkan baru nak bagi komen???
Cukupkah sekadar amaran kepada pengilang???
semalam dalam berita TV 3 ada dikatakan bahawa harga minyak masak kali terakhir naik ialah 10 tahun lalu...adakah ini petanda nak naik harga???
inilah realiti.....
suka atau tidak sama-sama perit hadapi
yang lain-lain di kerusi empuk..
hanya bergoyang-goyang kaki....
1 comment:
itulah yg pelik, kalau duduk johor ni, kiri kanan depan belakang ada sawit. lebih lawak lagi, orang felda yang dok nyawit hari2 pon kehabisan bekalan
Post a Comment