"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Sunday, May 06, 2007

Menteri ku Sayang !!!!


Ini dipetik dari Mingguan Malaysia Edisi 6 Mei 2007


Mula-mula aku nak kau orang semua baca artikel yang aku petik dari akhbar ini
Kemudian kau orang semua kena fikir (guna otak) dengan teliti
Kau orang rasa Menteri ni Bodoh atau buat Lawak???

Selamat Membaca



Yuran membebankan -- Kalau tidak suka, jangan tengok Astro – Keng Yaik

Oleh: YULPISMAN ASLI dan ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 5 Mei – Keterlaluan dan membebankan. Begitu reaksi persatuan-persatuan pengguna berhubung tindakan drastik Astro All Asia Networks Plc. (Astro) menaikkan yuran langganan bulanannya antara RM5 dan RM15.

Dengan 2.02 juta isi rumah yang melanggan perkhidmatannya - suatu jumlah besar dengan nilai yuran langganan yang cukup tinggi - Astro tidak sewajarnya menaikkan lagi yuran tersebut.

Mereka melihat tidak ada keperluan untuk stesen televisyen berbayar itu berbuat demikian, melainkan untuk meraih keuntungan secara berlebih-lebihan semata-mata.

Yang pasti pelanggan menanggung beban kenaikan itu kerana mereka tidak banyak pilihan melainkan ‘menerima dalam paksa’ kenaikan itu.

Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi yang bertanggungjawab terhadap stesen televisyen swasta juga tidak dapat berbuat apa-apa dalam soal ini kerana kerajaan tidak boleh menanggung sebarang kerugian yang dihadapi oleh Astro.

“Kalau tidak suka, jangan tengok Astro,” tegas menterinya, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik sambil mencadangkan pelanggan yang tidak puas hati menghentikan langganan dan menonton stesen televisyen percuma sahaja.

Kalau rasa harganya mahal, saya nasihatkan berhenti tengok Astro, tengok sahaja TV1, TV2, TV3, ntv7 atau Channel 9, kita tidak pernah paksa orang tengok Astro, apa menteri boleh buat kalau Astro hendak naikkan harga, nak tutup semua, mana boleh,” katanya ketika diminta pandangan mengenai tindakan terbaru Astro itu.

Betul, pelanggan boleh berhenti melanggan Astro tetapi apakah rancangan yang ditawarkan oleh stesen televisyen percuma mampu menyaingi ‘kehebatan’ rancangan-rancangan Astro.

Tidak dinafikan program Astro kebanyakannya menghiburkan untuk seisi keluarga. Mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk menonton wayang kerana semuanya boleh ditonton di ruang tamu.

Sebagai contoh, bayaran maksimum bulanan Astro (terbaru) ialah RM139 atau purata RM4.63 sehari berbanding harga tiket wayang RM11 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

Siaran televisyen percuma seperti TV1, TV2 dan TV3 juga lebih jelas jika dilihat melalui saluran Astro khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Inilah antara ‘dilema’ yang terpaksa dihadapi oleh pelanggan Astro.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kerajaan wajar memantau monopoli penyiaran televisyen satelit seperti yang berlaku sekarang.

“Kalau boleh, PPPM ingin mencadangkan agar Radio Televisyen Malaysia (RTM) diberikan hak untuk turut mengendalikan penyiaran televisyen berbayar sebagai usaha memecah monopoli satu pihak,” katanya.

Menurutnya, stesen-stesen televisyen percuma di negara ini perlu meningkatkan kualiti program mereka agar masyarakat tiada keperluan untuk melanggan siaran televisyen berbayar.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendesak Astro memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, jika mahu menaikkan yuran langganan bulanan.

Pengarah Projeknya, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, masih banyak kelemahan siaran stesen berbayar itu terutama ketika waktu hujan.

Sambil menyifatkan kenaikan itu tidak munasabah, beliau berkata, alasan yang dikemukakan iaitu kenaikan kos program bolasepak juga tidak adil kepada mereka yang tidak melanggan saluran itu.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N. Marimuthu berkata, pengguna perlu bijak menggunakan hak mereka jika tidak berpuas hati dengan tindakan Astro itu.

Jelasnya, perkembangan tersebut sama seperti mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan dan swasta, serta antara sekolah swasta dan kerajaan.

“Pilihan di tangan pengguna. Jika mampu, teruskan melanggan dan jika tidak mampu, masih ada pilihan stesen tidak berbayar. Lagi pun, buat apa membayar yuran langganan jika nak tengok satu rancangan pun tidak ada masa,’’ jelasnya.

Semalam, Astro mengumumkan kenaikan yuran langganan bulanannya antara RM5 dan RM15 berikutan kos kandungan program, secara keseluruhannya telah meningkat sebanyak 20 peratus untuk tempoh 12 bulan.

Astro adalah stesen televisyen berbayar yang dikuasai oleh tokoh koporat T. Ananda Krishnan

Dia adalah Menteri yang berkaitan dengan isu ini
Dia bukannya tukang cuci tandas di Kementerian yang berkaitan
Sekali lagi aku ulang, dia adalah MENTERI

Inilah menteri di Malaysia
Sama ada setuju atau tidak Dia adalah Menteri
Rakyat suka atau tidak dia Tetap Menteri

Rakyat yang hina dina menyuarakan pendapat namun rakyat juga yang ditempelak

Berkhidmat untuk Rakyat???

Sendiri mau ingat la...

Pak Kebun: Apa cerita Minyak sawit peket agaknye??

1 comment:

Ted Mahsun said...

Betullah tu. Astro bukannya keperluan. Saya Astro tak ada, malah TV pun tak ada. Tak mati pun.