"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Guru


SELAMAT HARI GURU....

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan SN Dato Usman Awang

Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang
diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Kuala Lumpur, 1989


Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia

Buat bekas guru Pak Kebun: Mr Peter Suan, Pn Rozilah, Tn Hj Sulaiman, Pn Loy Inn Tiaw, Mr Mazlan, Mr Ahmad Kamal (AKMD), Tn Hj Rejab Abdullah, Tn Hj Lajis dan ramai lagi yang banyak jasanya

Buat kawan-kawan Pak Kebun yang sedang menjadi guru: Kidi, Azni, Ros, Zura, Azli, Kabir

Buat kawan-kawan Pak Kebun yang bakal menjadi guru: Saidin, Yah dan Sudin

Buat anak-anak didik pak kebun: Sabri (Kecik-Besar), Budin, Ani, Shila, Dayang, Siti, Zaki, Sabri, Rauzan, Lia, Dayang dan lain-lain

Ikhlaslah dalam profesyen anda
Tabahkan hati anda
Ingat pada janji yang telah anda ikrarkan

Jangan jadi guru yang 'bias' kerana guru yang 'bias' akan murid ingati sampai mati sepertimana Pak Kebun mengingati Ali Ibrahim......

Guru yang ikhlas akan tetap diingati murid sepertimana guru-guru yang pak kebun titipkan di atas, walaupun telah meninggalkan alam persekolahan belasan tahun yang lalu namun mereka tetap pak kebun ingati...

SELAMAT HARI GURU...

1 comment:

Unknown said...

Salam Pak Kebun,

dari nama2 yg Pak kebun mentioned tu...

Pak Kebun ni dulu sekolah kat Sek Iskandar Shah Jasin ke?

saya tgh nak track kat maner Peter Suan ni.

BTW, kalau ya, Sek Men Kebangsaan Iskandar Shah dah ada facebook dah. g la joint.Saya batch 1983-1989.