(Al Baqarah:216)
Thursday, May 24, 2007
Oh Idea !!
hari-hari aku tunggu kau
8.00 pagi hingga 6.00 petang
kadang-kadang terlajak sampai 10.00-11.00 malam
tapi...
kau tak timbul-timbul....
Kenapa..
kau hanya timbul pada waktu-waktu kecemasan?
waktu aku nak pergi mesyuarat
waktu aku nak pergi makan
waktu aku nak pindah barang kawan-kawan
waktu aku nak balik tgk CSI
dan paling kritikal
waktu aku nak cuti
sekarang..
Kenapa waktu aku tunggu kau tak datang-datang....
dan..
waktu aku malas menunggu kau membuak-buak tanpa dapat di empang????
Sembang Gusti: Five Different Wrestling Styles
Examples of Aerialists: Rey Misterio Jr., Ultimo Dragon, Eddy Guerrero, Too Cold Scorpio, Koji Kanemoto, Shinjiro Otani, Jushin Thunder Liger, Billy Kidman, Sabu, Juventud Guerrera, Reckless Youth, Sonjay Dutt, Jerry Lynn, Jay Lethal
Sandman: 5 Times ECW Champion- A Good Brawler
Brawler: There are a few good brawlers. Their offense consists of punching, kicking, biting, scratching, or just about anything else when the referee pretends to try and stop them. They have no defense. They sacrafice their body as a weapon and to set up their brawling. Their best matches end quickly. They stay stationery except when stalking their opponents.
Examples of Brawlers: Terry Funk, Sabu, Cactus Jack, Atushi Onita, Balls Mahoney, New Jack, Sandman, Raven, Diamond
Abyss: 6' 8", 350lbs- One of The Best Big Man In Wrestling Today
Power: Usually, they are the biggest guys who weigh over 250 Lbs. They use their brute strength and size to batter their opponents with "high-imapact" moves. Their opponents are regularly on the mat after receiving one of these moves. Their slams and clotheslines are delivered with a devastating force that can turn the tide of the match around after just one blow. When they brawl, they use "clubbing" shotts. They use their offense as a defense and only move when they power their opponent into the ropes. They like to use the middle of the ring more.
Examples of Power Wrestlers: Steve Williams, Vader, Rikishi Phatu, Kevin Nash, Scott Steiner, Lex Luger, Hulk Hogan, The Ultimate Warrior, Abyss, Great Khali, Snitsky, Hernandez, Vader, Big Show
AJ Styles: On Of The Best Technical Wrestler Today
Technical: Sometimes they are called "scientific" or "mat" wrestlers. There is no such thing as a "mat wrestler" because Greco-Roman and Free Style is not a predominant part of professional wrestling. There are some guys who can perform on the mat, but it is not a predominant style. Technicans emply many holds and crisply and quickly execute their moves. There are excellent on defense and use many reversals and counter moves to turn their situation into an offensive manuver. Many of the fans fins the style boring because they don't appreciate their skills and they usually like something more "exciting" or power-oriented.
Examples of Technical Wrestlers: Dean Malenko, Chris Benoit, Perry Saturn, Taz, Kurt Angle, Steven Regal, Dan Severn, Samoa Joe, AJ Styles, Sting, 'Instant Classic' Christian Cage
Examples of
Monday, May 21, 2007
Oh Menantu PM !!!!
Petikan Utusan Malaysia 21 Mei 2007:
Khairy minta penjelasan Anwar Ibrahim isu Wolfowitz
Oleh HERMAN HAMID
KOTA BHARU 20 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menjelaskan kepada rakyat mengenai hubungannya dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang menjadi dalang besar pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Afghanistan dan Iraq.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Anwar juga perlu menghuraikan kaitannya dengan Yayasan bagi Masa Depan (Foundation for the Future) yang ditubuhkan oleh bank itu.
Yayasan itu yang dikatakan menjadi penggerak kepada usaha menyemai demokrasi dan kebebasan atas nama AS di beberapa negara tertentu dipengerusikan sendiri oleh Anwar.
Kaitan Anwar dengan Yayasan bagi Masa Depan timbul apabila Wolfowitz didesak meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia ekoran kontroversi yang melibatkan kenaikan gaji teman wanitanya.
Khairy berkata, Anwar mesti menjawab semua tanda tanya itu kepada rakyat Malaysia.
‘‘Sumber-sumber kita termasuk yang dipapar dalam sebuah artikel Mingguan Malaysia mendakwa Anwar melalui yayasan berkenaan meminta supaya teman wanita Wolfowitz, Shaha Riza dipindahkan ke Yayasan bagi Masa Depan iaitu selepas wanita itu ditukarkan ke Jabatan Negara AS dari Bank Dunia.
‘‘Jika betul ada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam skandal Wolfowitz dan teman wanitanya, Anwar perlu jawab kepada rakyat Malaysia kerana ia turut melibatkan kedudukannya selaku pengerusi yayasan berkenaan,” kata Khairy.
Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis makan tengah hari di rumah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di sini hari ini.
Sebuah rencana dalam Mingguan Malaysia hari ini mengulas mengenai kontroversi kenaikan gaji Shaha Riza yang membawa kepada pengunduran Wolfowitz daripada Bank Dunia serta terbongkarnya penglibatan Anwar selaku pengerusi yayasan yang Shaha Riza sendiri menjadi antara penggerak awalnya.
Selain itu, rencana berkenaan turut memetik kenyataan seorang penulis blog, David Corn, yang mendakwa Wolfowitz ialah orang kuat yang membela Anwar sepanjang bekas Timbalan Perdana Menteri itu berada dalam penjara.
Malah, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara, Wolfowitz terbang ke Jerman untuk bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan setahun selepas itu Anwar pula menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia.
Kata Khairy: ‘‘Di peringkat antarabangsa sendiri beliau boleh terlibat dalam skandal besar melibatkan institusi berwibawa seperti Bank Dunia. Skandal ini cukup besar.”
Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat. Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan..
Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar.
Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O’ Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.
Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan. Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan.
Walaubagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain.
Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan. Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi. Jawatankuasa eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan perlantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara.
Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan UMNO, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini. Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit.
ANWAR IBRAHIM
Pengerusi Yayasan Masa Hadapan
(dipetik dari : http://www.anwaribrahimclub.com/in/)
Sunday, May 20, 2007
Satu Kegilaan Minggu Ni
( P: )
Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo...
Siaplah jang oi...
Kobau tu tak boghi makan lai
( L: )
Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih
( P: )
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko
( P: )
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah
( P: )
Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam
( P: )
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang... kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu
( L: )
Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo...
( P: )
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...
( L: )
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh
( P: )
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu
( P: )
Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan
( L: )
Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo
( P: )
Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti
( L: )
Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah
( P: )
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi...
( L: )
Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den...
Kato ongah den...
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih
( P: )
Apo kono eh jang...
Ya, sekiranya tuan-puan telah ada pada tahun-tahun 1980an tentu tuan-tuan dan puan-puan masih mengingati lagu ini.
Lagu yang amat nostalgia berkisar tentang Ujang, Omak (Emak Ujang) dan Milah
Masa aku kecil-kecil dulu aku cuma ingat Lagu Jang Oh Jang hanya sekadar sebuah lagu sahaja....rupa-rupanya ada banyak lagi rentetan lagu yang menceritakan kisah Ujang, Omak dan Milah.... Apa yang aku dapat rumuskan seperti berikut:
Abih Camno: Kisah Ujang yang risau sangat tentang keputusan rombongannya yang meminang Milah
Apo Eh Yang Sakit: Kisah Ujang yang nak jadi Sojar (Askar) kerana katanya 'bila dah jadi sojar barulah orang nak pandang..." (kecewa sebab blaja-tinggi-tinggi kena kerja sawah)
Foto: Kobau Ujang???
Apo Nak Buek Jang: Kisah ujang yang kecewa lagi , katanya ayah milah bukan sahaja tanya hantaran tapi juga kerjanya , ujang kecewa sebab dia hanya kerja sawah, Mak Ujang rekomen ujang supaya masuk felda aje. (Dalam lagu nie ada Milah) (Kira lagu n i ujang botol-botol marah kek milah) hehhehhe.
Ujang: Ese' nak pi Amerika lah mak, nak nikah ngan orang putih Milah: Milah nak pi Jopon la ....Mak Long (La...Ujang ngan Milah Sepupu rupanya...)
Alahai Anak Omak: Kisah Ujang yang pulang ke kampung setelah lama merantau kerana kecewa peminangannya di tolak
Alahai anak omak..
balik juo kau jang oi balik ko kampong
lamo juo kau jang poi merantau
takdo berita pon yang ekau kirimkan.....
Apa pengajarannya????
Dengar dan fikirkanlah...
Pak Kebun: Bukan Ujang
Sembang Gusti: Sabu dan RVD Ke TNA ??
One of the major issues that prevented him from re-signing with WWE is that they would not give him the vacation time he was asking for. RVD is looking to work a reduced schedule, which TNA offers. Expect RVD and Sabu to jump ship to TNA in the coming months.
Wednesday, May 16, 2007
Selamat Hari Guru
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan SN Dato Usman Awang |
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang
diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Kuala Lumpur, 1989
Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia
Buat bekas guru Pak Kebun: Mr Peter Suan, Pn Rozilah, Tn Hj Sulaiman, Pn Loy Inn Tiaw, Mr Mazlan, Mr Ahmad Kamal (AKMD), Tn Hj Rejab Abdullah, Tn Hj Lajis dan ramai lagi yang banyak jasanya
Buat kawan-kawan Pak Kebun yang sedang menjadi guru: Kidi, Azni, Ros, Zura, Azli, Kabir
Buat kawan-kawan Pak Kebun yang bakal menjadi guru: Saidin, Yah dan Sudin
Buat anak-anak didik pak kebun: Sabri (Kecik-Besar), Budin, Ani, Shila, Dayang, Siti, Zaki, Sabri, Rauzan, Lia, Dayang dan lain-lain
Ikhlaslah dalam profesyen anda
Tabahkan hati anda
Ingat pada janji yang telah anda ikrarkan
Jangan jadi guru yang 'bias' kerana guru yang 'bias' akan murid ingati sampai mati sepertimana Pak Kebun mengingati Ali Ibrahim......
Guru yang ikhlas akan tetap diingati murid sepertimana guru-guru yang pak kebun titipkan di atas, walaupun telah meninggalkan alam persekolahan belasan tahun yang lalu namun mereka tetap pak kebun ingati...
SELAMAT HARI GURU...
Terima Kasih Kerajaan !
Tepung naik 15 sen -- RM1.35 sekilo di Semenanjung, RM1.45 Sabah dan Sarawak
Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA 15 Mei – Harga tepung di seluruh negara dinaikkan 15 sen sekilogram berkuat kuasa semalam. Dengan kenaikan yang dipersetujui kerajaan itu, harga tepung di pasaran sekarang ialah RM1.35 sekilogram berbanding RM1.20 sebelum ini bagi Semenanjung.
Untuk Sabah dan Sarawak pula harga baru ialah RM1.45 sekilogram berbanding RM1.30 sebelum ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, kenaikan harga barang kawalan itu hanya melibatkan tepung gandum serbaguna dan bukan tepung gandum bukan serbaguna yang harganya tidak dikawal.
Menurut beliau, harga tepung gandum tidak pernah mengalami perubahan sejak 1998 walaupun kos bahan mentah dan pengangkutan mengalami kenaikan setiap tahun.
“Dalam beberapa siri perbincangan sebelum ini, wakil pengilang tepung mencadangkan agar harganya dinaikkan sebanyak 50 sen sekilogram.
“Tetapi, selepas Bahagian Perdagangan Dalam Negeri melakukan pelbagai analisis dan kajian terperinci, kami memutuskan adalah mencukupi jika harganya dinaikkan sebanyak 15 sen sekilogram,” kata Mohd. Shafie kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada semua peniaga supaya tidak menaikkan harga barangan ke tahap yang tidak munasabah ekoran kenaikan harga tepung gandum.
Menurutnya, semua cawangan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara diarahkan meningkatkan pemantauan bagi mengelakan pihak tertentu menaikkan harga barang.
“Orang ramai juga disarankan melaporkan kepada cawangan KPDNHEP mengenai tindakan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati ekoran kenaikan harga tepung gandum,” katanya.
Sementara itu, Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) bimbang kemungkinan pengeluar dan peniaga makanan menaikkan harga makanan berikutan kenaikan harga tepung gandum.
Penasihat FOMCA, Prof. Datuk Dr. Hamdan Adnan berkata, walaupun peniaga tidak menaikkan harga makanan, ada kemungkinan peniaga atau pengeluar makanan cuba mengelirukan pengguna melalui cara lain.
“Pembuat kuih karipap umpamanya mungkin akan mengurangkan saiz karipap mereka seperti yang pernah berlaku terhadap roti canai yang dikekalkan harganya tetapi saiznya dikecilkan,” kata beliau.
Menurut Hamdan, beliau dimaklumkan bahawa harga tepung gandum di pasaran dinaikkan sehingga 15 sen sekilogram berikutan dua negara yang menjadi pengeksport tepung gandum ke negara ini iaitu New Zealand dan Australia dilanda musim kemarau.
Hamdan menggesa KPDNHEP memantau perkembangan tersebut dan mengambil langkah susulan untuk membendung peniaga daripada bertindak menaikkan harga barangan.
Katanya, kementerian itu juga perlu memastikan pembungkusan tepung gandum di pasaran adalah mengikut piawaian tertentu seperti melabelkan berat tepung sama ada 500g, 1kg, 10kg dan sebagainya supaya pengguna tidak terkeliru.
“Bagi saya, perkara paling mustahak dalam situasi ini ialah pengguna perlu berhemah. Jadikan amalan tawar-menawar ketika berbelanja sebagai budaya.
“Pengguna juga boleh memantau dengan memastikan peniaga mematuhi tanda harga,” katanya.
Petikan Dari Utusan Malaysia, 16 Jun 2007
TERIMA KASIH KERAJAAN ! TERIMA KASIH KERAJAAN ! TERIMA KASIH KERAJAAN !
TERIMA KASIH KERANA KEADAAN INI,
KAMI TETAP SEDIA BERKORBAN,
KAMI TETAP SEDIA UBAH GAYA HIDUP
TERIMA KASIH KERAJAAN !
TERIMA MASIH KERAJAAN !
TERIMA KASIH KERAJAAN !
Monday, May 07, 2007
Sembang Gusti: Wrestling As A Popular Culture
"Competition is a process or variety of habitual behavior that grows out of a habit of mind ." [- Willard Beecher, page 85]
Throughout history, the notion and desire to be the "better man" has captivated competitors in many sports. It is my belief that it derives from an evolutionary instinct which can be observed in many life forms as they battle for supremacy and, eventually, the chance to mate. Nothing brings out this primeval instinct in humans more than hand to hand combat and more specifically - wrestling.
For many cultures, wrestling is a way of life. It is a widely accepted form of entertainment that allows us to watch the struggle for dominance. From the Greco-Roman wrestling tournaments held in ancient Rome and Greece to the modern day lucha libre promotions in Mexico. Wrestling is an integral part of them particular societies and, as I aim to show, a key component of American society today. This shall be achieved by critically analyzing the wrestling industry with reference to all three sections of the initial question.
The basis of this essay will be centered around arguably the most dominant wrestling promotion ever � the World Wrestling Federation/Entertainment � and a company, that today, six years after it filed for bankruptcy, still has a cult-like following with very passionate fans � Extreme Championship Wrestling (ECW) .
Through the years, the WWF/E has globally entertained the masses. It is, in itself, an icon in the media world. It has created an international brand for itself with the use of intriguing storylines, creative characters and above all else, the desire to hold a monopoly over the global mainstream wrestling industry. By destroying any competition that arose during an era coined "The Monday Night Wars", WWE was able to single handedly run out of business rival promotions World Championship Wrestling (wCw) and Extreme Championship Wrestling (ECW).
Though the company is a worldwide phenomenon, certain icons of the business have transcended the boundaries of being labeled "a sports entertainer" and have become a fundamental part of modern day 'popular culture'. Two of the most popular and recognisable celebrities, with their roots in wrestling, are Terry "Hulk Hogan" Bolea and Dwayne "The Rock" Johnson. Movies such as "The Scorpion King", reality TV shows like "Hogan Knows Best" and various television cameos all reflect the current popularity of these performers. And that is what they are � performers.
Having read Max Weber's "The Theory of Social and Economic Organization", I believe the success of these two characters can be attributed to their abundance of charisma. He states that charisma is: . . . a certain quality of an individual personality, by virtue of which s/he is set apart from ordinary people and treated as endowed with supernatural, superhuman, or at least specifically exceptional powers or qualities.
This, in my opinion, perfectly evaluates why these two were able to break into mainstream culture � namely the Hollywood Film Industry. Having the "superhuman powers" is a trait that the general public can aspire to. It gives them a hero, or a relatable character to sympathize with. They both hold the power to engross an audience. To borrow a phrase from the Spiderman series; "with great power comes great responsibility". They were responsible for ratings. Fans eagerly tuned in each week to see the latest chapter of the Rock's saga with Stone Cold Steve Austin and fans willingly paid to see Hulk Hogan slam Andre the Giant. This match was booked as "the unstoppable force meets the immovable object" and it clearly shows how the WWF were able to manipulate and promote a spectacle that fans would want to watch.
With this popularity and financial success however, animosity and rebellion usually followed. In the early 1990's, with the WWE, then the WWF, as the dominant American wrestling company, strictly aimed at the child market, a grittier and more realistic product was needed for the minority of fans who appreciated talent rather than characters. This company was Extreme Championship Wrestling.
"ECW was a small promotion based out of Philadelphia that prided itself on its rabid fans and a hardcore wrestling style." [Mick Foley -Have a Nice Day (1999), Page 365]
The company's aim was to provide an alternative product; to "accentuate the positives and hide the negatives" (Tommy Dreamer, Rise and Fall of ECW DVD, 2004) of its performers. Usually, they were disgruntled employees looking for solace and a place to make a name for themselves doing what they do best - wrestle. Either they had left WWF having portrayed characters they weren't happy playing (Xanta Claus in WWF became Balls Mahoney in ECW), left wCw due to frustration at their characters direction (Mick "Cactus Jack" Foley left wCw and became an instant star in ECW) or they were future stars trying to break into the American market (Chris Benoit and Eddie Guerrero would start in ECW and become famous for their runs in wCw/WWE). The ambition and desire that this mixture of employees held was a formula that would ultimately gain the company cult status amongst its "rabid and dedicated fans".
Paul Heyman, the ex-owner of ECW, said it best on an episode of WWE Friday Night Smackdown. He stated, while referencing ECW, to Vince McMahon, the owner of WWE that "it was counter culture and up in your face"
At a time when WWF was presenting a child and sponsor friendly product with characters like Doink and Dink the Clowns, ECW was pushing the limits of violence and having great matches with the use of barb-wire, flaming tables and drawing pins.
Ironically, for Vince McMahon and his fellow creative staff to ultimately win the "ratings war" with wCw, they would "borrow" many concepts straight from ECW and deem it "Attitude". The dominance shown by WWE would then eventually put wCw and ECW out of business in 2001 and take most of its talent in one swoop.
This bankruptcy aside, due to the company's ability to create a new sub-culture through its fan base, a return for the company was audibly called for. Thomas Wolfe, the American writer, stated that a cult is a "religion with no political power". If ECW was to be classed as a "cult company", then the political power the fans held in getting the brand resurrected in 2005 would directly contradict Wolfe. This contradiction shows how the company, from having a small, cult-like following in 1995, evolved into a popular culture, mainstream accessible icon in the space of ten years.
As stated above, the modern professional wrestling business has taken away the element of "the better man". Because of the fact that wrestling is pre-determined, how can these performers be judged on their wins and losses record? No more is winning key to a performer's livelihood. No more does the "better man" prevail. The deviation away from competition into scripted outcomes is not appealing to most casual fans in society as it is portrayed as a soap opera and, hence, deemed not a true sport. The backstage set-up is more reminiscent of a sitcom than a sport; Creative writers, editors and agents/producers all help to script the result of every match.
This is due to the WWE's aim which is to entertain. As it is classed as entertainment, many theories can be applied to the production itself, the TV show they produce on a weekly basis. The whole wrestling industry, not just WWF/E, relies on one simple fundamental rule. This rule is founded in Vladimir Propp's Theory on Narrative, as presented in Roy Stafford's "Media Students Book" (page 34). Propp suggested that every story must have certain character roles in order to create compelling situations. Wrestling is based upon the standard conflict of a hero or "face" battling a villain or "heel". The "princess" or reward is a championship title. This simple dynamic has worked for millennia, as evidenced in many biblical accounts e.g.) David vs. Goliath. Conversely, the more popular and unique matches from recent times have juxtaposed the norm and been face vs. face matches. The most modern example could be "Hollywood" Hulk Hogan vs. The Rock at WrestleMania X8. Being that these two megastars each had their legions of fans; the crowd response was split, generating a more surreal atmosphere due to said crowd's inability to choose a favorite.
The wrestling industry is forever changing. New characters will always be introduced and old characters will inevitably be forgotten. This has been procedure for decades; ever since Vince McMahon Sr. sold his wrestling company to his son, Vince McMahon Jr. His revolution in redefining the wrestling business into sports entertainment opened doors for a media break through. By creating entertainers, the possibility to make popular culture icons and produce creative shows has allowed the WWE to become a staple in American, nay the world's, culture.
"The biggest thrill in the world is entertaining the public; there is no bigger thrill than that." [ -Vince McMahon Jr, Owner of WWE]
Sunday, May 06, 2007
Kisah Surat
Ada macam-macam surat
Surat khabar banyak berita
(walaupun banyak yang temberang)
Surat saman...
siapa yang suka????
Surat cinta ramai yang tunggu....
Surat Layang ???
Ramai yang tak suka terima
Tapi ramai yang suka buat@hantar
lebih menarik
Ramai juga yang BEBAL suka untuk menyiasat...
(Menteri juga ke???)
Buat kawan-kawan..sabar aje la
Menteri ku Sayang !!!!
Ini dipetik dari Mingguan Malaysia Edisi 6 Mei 2007
Mula-mula aku nak kau orang semua baca artikel yang aku petik dari akhbar ini
Kemudian kau orang semua kena fikir (guna otak) dengan teliti
Kau orang rasa Menteri ni Bodoh atau buat Lawak???
Selamat Membaca
Yuran membebankan -- Kalau tidak suka, jangan tengok Astro – Keng Yaik
Oleh: YULPISMAN ASLI dan ARSHAD KHAN
KUALA LUMPUR 5 Mei – Keterlaluan dan membebankan. Begitu reaksi persatuan-persatuan pengguna berhubung tindakan drastik Astro All Asia Networks Plc. (Astro) menaikkan yuran langganan bulanannya antara RM5 dan RM15.
Dengan 2.02 juta isi rumah yang melanggan perkhidmatannya - suatu jumlah besar dengan nilai yuran langganan yang cukup tinggi - Astro tidak sewajarnya menaikkan lagi yuran tersebut.
Mereka melihat tidak ada keperluan untuk stesen televisyen berbayar itu berbuat demikian, melainkan untuk meraih keuntungan secara berlebih-lebihan semata-mata.
Yang pasti pelanggan menanggung beban kenaikan itu kerana mereka tidak banyak pilihan melainkan ‘menerima dalam paksa’ kenaikan itu.
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi yang bertanggungjawab terhadap stesen televisyen swasta juga tidak dapat berbuat apa-apa dalam soal ini kerana kerajaan tidak boleh menanggung sebarang kerugian yang dihadapi oleh Astro.
“Kalau tidak suka, jangan tengok Astro,” tegas menterinya, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik sambil mencadangkan pelanggan yang tidak puas hati menghentikan langganan dan menonton stesen televisyen percuma sahaja.
“Kalau rasa harganya mahal, saya nasihatkan berhenti tengok Astro, tengok sahaja TV1, TV2, TV3, ntv7 atau Channel 9, kita tidak pernah paksa orang tengok Astro, apa menteri boleh buat kalau Astro hendak naikkan harga, nak tutup semua, mana boleh,” katanya ketika diminta pandangan mengenai tindakan terbaru Astro itu.
Betul, pelanggan boleh berhenti melanggan Astro tetapi apakah rancangan yang ditawarkan oleh stesen televisyen percuma mampu menyaingi ‘kehebatan’ rancangan-rancangan Astro.
Tidak dinafikan program Astro kebanyakannya menghiburkan untuk seisi keluarga. Mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk menonton wayang kerana semuanya boleh ditonton di ruang tamu.
Sebagai contoh, bayaran maksimum bulanan Astro (terbaru) ialah RM139 atau purata RM4.63 sehari berbanding harga tiket wayang RM11 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.
Siaran televisyen percuma seperti TV1, TV2 dan TV3 juga lebih jelas jika dilihat melalui saluran Astro khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Inilah antara ‘dilema’ yang terpaksa dihadapi oleh pelanggan Astro.
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kerajaan wajar memantau monopoli penyiaran televisyen satelit seperti yang berlaku sekarang.
“Kalau boleh, PPPM ingin mencadangkan agar Radio Televisyen Malaysia (RTM) diberikan hak untuk turut mengendalikan penyiaran televisyen berbayar sebagai usaha memecah monopoli satu pihak,” katanya.
Menurutnya, stesen-stesen televisyen percuma di negara ini perlu meningkatkan kualiti program mereka agar masyarakat tiada keperluan untuk melanggan siaran televisyen berbayar.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendesak Astro memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, jika mahu menaikkan yuran langganan bulanan.
Pengarah Projeknya, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, masih banyak kelemahan siaran stesen berbayar itu terutama ketika waktu hujan.
Sambil menyifatkan kenaikan itu tidak munasabah, beliau berkata, alasan yang dikemukakan iaitu kenaikan kos program bolasepak juga tidak adil kepada mereka yang tidak melanggan saluran itu.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N. Marimuthu berkata, pengguna perlu bijak menggunakan hak mereka jika tidak berpuas hati dengan tindakan Astro itu.
Jelasnya, perkembangan tersebut sama seperti mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan dan swasta, serta antara sekolah swasta dan kerajaan.
“Pilihan di tangan pengguna. Jika mampu, teruskan melanggan dan jika tidak mampu, masih ada pilihan stesen tidak berbayar. Lagi pun, buat apa membayar yuran langganan jika nak tengok satu rancangan pun tidak ada masa,’’ jelasnya.
Semalam, Astro mengumumkan kenaikan yuran langganan bulanannya antara RM5 dan RM15 berikutan kos kandungan program, secara keseluruhannya telah meningkat sebanyak 20 peratus untuk tempoh 12 bulan.
Dia adalah Menteri yang berkaitan dengan isu ini
Dia bukannya tukang cuci tandas di Kementerian yang berkaitan
Sekali lagi aku ulang, dia adalah MENTERI
Inilah menteri di Malaysia
Sama ada setuju atau tidak Dia adalah Menteri
Rakyat suka atau tidak dia Tetap Menteri
Rakyat yang hina dina menyuarakan pendapat namun rakyat juga yang ditempelak
Berkhidmat untuk Rakyat???
Sendiri mau ingat la...
Pak Kebun: Apa cerita Minyak sawit peket agaknye??
Apa Tinggalan Empayar Melayu Melaka??
Itu intro perbincangan antara aku, Abg Misai dan Badak
Setelah kekenyangan makan Sate Kajang di Damansara yang di taja oleh Mat Unos kami bergegas ke Negeri Utara dan membincangkan beberapa isu dan inilah yang terhangat...
Di mana kegemilangan Empayar Melayu Melaka???
Kita hanya didedahkan dengan monumen tinggalam Portugis dan Belanda sedang kita seolah-olah melupakan atau sengaja melupakan tentang kehebatan Empayar melayu Melaka
Apa tinggalan kehebatan Empayar Melayu Melaka???
Melaka kini tiada Raja...(Sedang ia pemula era kesultanan Melayu)
Malah TYT juga bukan orang Melaka
Rumah Melayu tradisional dah banyak yang musnah atas alasan pembangunan (ya..kita sering jadi insan yang terlalu mulia untuk berkorban atas nama pembangunan)
Mana tempat perkampungan awal ketika Parameswara mula jejakkan kaki ke Melaka??
Budaya Melayu makin terhakis....
Seni dan Kraftangan tradisonal mula hilang pewaris
Kereta lembu hanya kosmetik (selepas ini pasti hanya tinggal lagu)
apa lagi Kehebatan Empayar Melayu yang ada di Melaka???
Berapa ramai yang datang ke Melaka kenal pokok melaka???
sedang ramai yang tahu asal usul sejarah melaka...
Asam pedas dan laksa juga dah jadi milik Nyonya....
Datang ke Melaka..beli cenderamata ??
Ramai yang ke Melaka akan beli cenderamata bakul Nyonya...itu milik Melayu Melaka ???
di Mana bukti ia dulu Empayar Melayu yang Hebat???
Tiada !!!
Tiada!!!
Tiada !!!
Kegemilangan Melaka hanya tinggal sejarah
Ironinya... kedatangan pelancong hanya melihat kesan kehancuran sebuah Empayar Melayu yang Hebat dan bukannya peninggalan sebuah Empayar Melayu yang hebat....
Dan kita masih berbangga dengan Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah tapi kita lupa bahawa yang kita hidangkan ialah sejarah kehancuran bukannya sejarah kegemilangan....
Pak Kebun: Buat Abg Misai dan Badak-Kita mesti usahakan sesuatu !!!
Jangan Jadi Lalang Sahabat !!!!
kerja bodoh yang diaturkan oleh pihak pentadbiran atas pelbagai alasan yang terlalu remeh
kerja bodoh yang hakikatnya pihak pentadbiran sendiri tidak tahu signifikannya..hanya kerana mereka ada kuasa maka aku an beberapa rakan lain terpaksa pergi...
Jika tidak pergi...pengsahan jawatan akan terjejas...
Ya.. mereka ada kuasa...
Namun ia telah berlalu.....masa demi masa, ramai rakan-rakan yang baru masuk ke sini dan ada ketikanya mereka ingin berkongsi pengalaman dengan aku...
kadangkala aku terlalu jujur..(atau terlalu keras dengan prinsip) yang masih tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan arahan kerja bodoh tersebut
Namun pada asalnya ramai yang tidak bersetuju dengan aku....kononnya aku terlalu prejudis dan lain-lain
ok..anda semua orang bijak sana...
anda semua lupa bahawa bersatu itu baik dan anda telah menunjukkan contoh mengampu yang amat baik di awal kehidupan anda di sini
hari ini, aku dapat respon dari mereka..
masih-masing dengan muka masam bersetuju dengan pendapat aku...
aku hanya senyum dan berkata padan muka engkau...
jagan jadi lalang..
jika dulu engkau sokong kenana sekarang seolah-olah kau benci??
teruskan
jangan ubah sokongan kau terhadap 'program kerja bodoh' ini
jangan jadi lalang
tetap dengan pendidirian anda semua
3 bulan bukan lama
pada aku ia tetap bodoh
tapi ia takkan berubah kerana
mereka ada kuasa
dan yang penting di sini kejayaan bukan kerana kehebatan
tetapi
kejayaan adalah dari dasar kemampuan anda untuk mengampu...
teruskan ...
teruskan...
Pak Kebun: Tiada lalang di kebun
Thursday, May 03, 2007
Apa Benda Nie???
Ke mana menghilang? -- Krisis minyak masak peket satu kilogram makin runcing
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
KUALA LUMPUR 2 Mei – Krisis kekurangan bekalan minyak masak dalam peket satu kilogram semakin membimbangkan apabila pengguna di beberapa negeri termasuk Terengganu, Selangor, Perak, Pahang, Johor, Perlis dan Sarawak sukar untuk mendapatkan bahan itu.
Kekurangan bekalan minyak masak peket itu dikatakan berpunca daripada tindakan pemborong, pengilang dan pengedar yang memperlahankan bekalan dengan alasan harganya telah naik.
Sementara para peruncit pula enggan menjual minyak masak peket kerana keuntungannya tidak besar iaitu antara 40 sen dan 60 sen bagi setiap kotak yang mengandungi 20 peket minyak masak dengan harga tidak melebihi RM2.50 sepeket.
Kekurangan bekalan minyak masak peket ini memberi kesan terhadap para pengguna berpendapatan rendah dan sederhana khususnya penduduk di luar bandar yang tidak mampu untuk membeli minyak masak dalam bekas lebih besar.
Selain golongan berpendapatan rendah, minyak masak dalam peket juga digunakan oleh peniaga-peniaga gerai dan pasar malam untuk menggoreng bahan-bahan jualan mereka seperti mi dan kuih.
Di PAHANG, Ketua Unit Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Temerloh, Othman Din berkata, lebih 5,000 kedai runcit termasuk tiga pemborong utama bahan itu kehabisan bekalan minyak masak peket satu kilogram.
Sehubungan itu, katanya, sebanyak 70 tan metrik minyak masak kategori itu akan diedarkan di kedai-kedai runcit dan pemborong di daerah Temerloh, Bera dan Maran pada awal minggu depan.
Bekalan minyak masak tersebut, katanya, akan diperoleh daripada enam pembekal utama dari Kuala Lumpur dan Kuantan.
Di TERENGGANU, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Mohd. Zawawi Ismail berkata, kekurangan bekalan minyak masak peket satu kilogram menular ke beberapa daerah di negeri ini menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan itu sejak beberapa hari lalu.
‘‘Antara kawasan yang dikesan mengalami kekurangan minyak masak peket paling meruncing ialah Kuala Berang,’’ katanya ditemui selepas majlis sukaneka di Kampung Paya Besar, Kuala Berang, hari ini.
Di PERLIS, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Syed Sulaiman Syed Mohd. Noor berkata, masalah kekurangan itu dijangka dapat dipulihkan dalam tempoh dua minggu lagi.
‘‘Saya telah arahkan beberapa pegawai memeriksa kedai-kedai yang menjual bekalan itu di sini dan memastikan supaya pengguna tidak terus terbeban dengan masalah ini,’’ katanya.
Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk K. S Balakrishnan berkata, negeri ini menghadapi kekurangan minyak masak sejak beberapa hari lalu, tetapi tidak membabitkan minyak dalam bekas bersaiz tiga atau lima kilogram.
Di PERAK, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk G. Rajoo berkata, semua pengilang dan pengedar minyak masak di negeri ini diminta membekalkan minyak masak dalam peket satu kilogram ke pasaran pada kadar biasa.
‘‘Kita akan terus memantau dan menangani masalah ini di seluruh negeri supaya ia tidak menjadi serius seperti kekurangan bekalan gula yang berlaku sebelum ini,’’ katanya.
Dalam pada itu, pengguna dan peruncit mahu kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pengeluar dan pemborong yang disifatkan bertanggungjawab terhadap masalah tersebut.
Seorang pengguna, Salbiah Hassan, 42, memberitahu, kebanyakan pengguna biasanya membeli minyak masak peket kerana ia melibatkan kuantiti yang kecil untuk kegunaan harian.
Katanya, kekurangan bahan dalam bentuk peket itu menjejaskan pengguna berpendapatan sederhana apabila mereka terpaksa membayar lebih untuk membeli minyak masak dalam botol yang lebih mahal.
Seorang peruncit, Kau Sen Cho, 33, berkata, masalah tersebut tidak seharusnya berlaku kerana bekalan minyak masak dalam peket sebelum ini mencukupi dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.
‘‘Keadaan ini menyebabkan saya mengehadkan bekalan kerana keuntungan yang diperoleh daripada jualan minyak masak peket tidak sepadan dengan kos yang saya ambil daripada pengeluar dan pemborong,’’ katanya.
Seorang penjaja, Rahim Abdullah, 35, memberitahu, masalah tersebut memberi kesan terhadap kos perniagaan hariannya dan jika berlarutan ia akan meningkatkan harga barangan.
(Retikan dari Utusan Malaysia-3 Mei 2007)
KOMEN PAK KEBUN:
bila membaca berita di atas aku rasa pelik dan termat pelik. Mula-mula dulu cili, lepas tu ayam, kemudian gula selepas tuminyak masak. Aku tak terkejut dan hairan jika semua benda ini di import dari negara luar, tetapi hakikatnya semua benda ini datang dari BUmi Malaysia sendiri
Bukankah Malaysia antara negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia ????
Jika kenaikan petrol boleh kita katakjan kita bergantung kepada harga pasaran dunia dan kita membeli petrol dari negara luar ini apa pula alasannya???
apa kerja Pak Menteri????
takkan didedahkan baru nak bagi komen???
Cukupkah sekadar amaran kepada pengilang???
semalam dalam berita TV 3 ada dikatakan bahawa harga minyak masak kali terakhir naik ialah 10 tahun lalu...adakah ini petanda nak naik harga???
inilah realiti.....
suka atau tidak sama-sama perit hadapi
yang lain-lain di kerusi empuk..
hanya bergoyang-goyang kaki....