Mingguan Malaysia, 9 Julai 2006: Hadiah Sastera Kumpulan utusan (HSKU) yang memasuki tahun ke 21 memperlihatkan penguasaan penulis-penulis generasi baru yang mapan dan penulis baru dalam genre cerpen dan puisi.
HSKU dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dan ditaja oleh ExxonMobil ini dianggap sebagai salah satu premis untuk menggali bakat-bakat baru dalam penulisan. Pada masa yang sama anugerah ini menjadi gelanggang penulis membimbing menerusi karya-karya yang dihasilkan.
………selepas 20 tahun memberi tumpuan kepada karya-karya dalam Bahasa Melayu, tahun ini HSKU membuka laluan kepada karya dalam Bahasa Inggeris . Laluan pertama menerusi novel Inggeris….
Apakah Matlamat dan Falsafah HSKU??
Falsafah utama HSKU ialah untuk melangsungkan kesinambungan iltizam memasyarakatkan sastera dan memartabatkan kedudukannya di peta tamadun bangsa. Menerusi hadiah ini Kumpulan Utusan memberi rangsangan untuk menyuburkan pertumbuhan pengarang generasi baru dan istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni dan tinggi mutunya.
Ini bukan kata-kata yang Pak Kebun karang sendiri. Ini bukan kata-kata ciptaan Pak Kebun, ini ialah kata-kata dan falsafah yang dinyatakan oleh pihak Kumpulan Utusan sendiri dan kenyataan ini tertera di bahagian belakang setiap buku yang memenangi hadiah HSKU yang diterbitkannya.
Kalau begitu matlamat dan falsafahnya, Apa sudah jadi dengan HSKU?
Apa sudah jadi dengan HSKU? Sepatutnya setelah usia 20 tahun HSKU menjadi lebih matang dalam memartabatkan karya-karya sastera di Malaysia.
Apa sudah jadi dengan HSKU? Adakah HSKU mula beralih arah untuk memartabatkan Sastera Inggeris?
Apa sudah jadi dengan HSKU? Adakah penulis sedia ada masih belum berkualiti hingga penganjur merasakan pemenang HSKU yang menulis dalam Bahasa Melayu tiada potensi untuk diketangahkan diperingkat antarabangsa atau dalam bahasa yang mudah adakah pemenang HSKU yang menulis dalam Bahasa Melayu tiada nilai komersial di pasaran??
Apa sudah jadi dengan HSKU? Adakah HSKU mula menyimpan hasrat untuk melahirkan Pemenang Anugerah Nobel Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris dari Malaysia??
Apa sudah jadi dengan HSKU? Adakah ini akibat tekanan dari pihak penaja???
Apa sudah jadi dengan HSKU? Adakah ini akibat tekanan pasaran semasa masyarakat Malaysia yang terlalu dahagakan karya sastera Malaysia dalam Bahasa Inggeris?
Apa sudah jadi dengan HSKU?? Tidak cukupkan matapelajaran Matematik dan Sains ditelan Bahasa Inggeris, kini sastera pula bakal menjadi mangsa???
Pak Kebun bukan menentang, Cuma berfikir rasionalnya…
Harus diingat lalun pertama menerusi novel Inggeris, bagaimana dengan laluan kedua dan seterusnya??
Tidak mustahil masa-masa akan datang akan ada HSKU bagi kategori puisi dan cerpen dalam Bahasa Inggeris. Malah mungkin juga akan melibatkan penyertaan bahasa-bahasa lain selain dari Bahasa Inggeris….Siapa Tahu???
Kasihan Bahasa Melayu….Sudahlah Bahasa Melayu terpinggir dalam pelbagai aspek.
Kini Hadiah Sastera yang ada juga hampir meminggirkannya…..

Pak Kebun: Senyum-senyumlah bangsa ku….
5 comments:
salam,
O Pak Kebun, terima kasih kerana sudi berkongsi kepedihan dan keresahan ini. Ada penulis sastera Melayu menyokong dan tolong mempromosikan sastera Inggeris ini, masuk dalam perangkap perdaya bahawa 'ala sastera, inggeris ke melayu ke, sastera...'
cis...ia tidak semudah itu. kajilah apa yang dibawa sastera inggeris tu.
mereka yang rasa liberal dan macam nak sokong sikit2 sastera inggeris tu tak pernah membaca puisi2 cecil rajendra agaknya.
hati2, jangan ghairah menyokong...
kelak merana badan.
terima kasih pak kebun...duhai pengarang sastera melayu bukalah mata!
Faisal, saya sentiasa menyokong sastera Melayu di bumi Malaysia dan saya juga menentang kemasukan aliran sastera Inggeris ini.
Penulis2 yang terbabit tiada jati diri, hanya jaga kepentingan perut tanpa pedulikan apa akan jadi pada bangsa....
Depa ni bagus kalau masuk Politik...(Macam Ahli Parlimen kita yg kecoh pasal kereta mercedes tue)....
pak kebun,
Saya dah lama nak sebut perkara yang sama, tetapi takut pemenang kecil hati pula.
Sungguh ironik, bila Utusan Melayu dihapuskan...dan sastera Ingeeris diberi anugerah.
saya cdgkan pemenang2 HSKU 2005 mesti boikot majlis penyampaiannya pd 19 julai nanti.
mcm mana semua?
setuju?
hi la anonymous, nak boikot majlis penyampaian hadiah HSKU? jauh panggang dari api. Ko tak menang, boleh la ckp nak boikot ke hapa ke. Ini melibatkan ringgit dan nama & muka masuk surat khabar weh, dan kes ini samalah statusnya dengan isu boikot mastera di bogor yg mengusung chef cimiko. Takde nya sapa2 sudi nak ikut cdgn boikot-memboikot ko tu. Bak kata sorang penulis muda, "dlm hal memperjuangkan kesusasteraan di m'sia ini, kita akhirnya pasti sendirian bukan berpasukan, terutamanya penulis muda."
Post a Comment