"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, July 31, 2006

Jejak Nyemah Mulya: Nina Chatu

Dalam entri saya sebelum ini (tentang Tuan Bandan), ada saya sebutkan bahawa terdapat dua individu yang begitu menarik untuk dibincangkan yang ada dalam novel 1515 (dalam sejarah Melaka juga hakikatnya) Seorang darinya telah saya bincangkan dalam entri yang terdahulu iaitu pahlawan yang berjuang untuk mempertahankan Melaka dari dijajah sehingga akhirnya syahid di bunuh Portugis.iaitu Tuan Bandan

Dalam entri ini saya cuba bincangkan tentang seorang lagi individu yang ada disebutkan dalam novel 1515. Berbanding dengan Tuan Bandan yang mempertahankan Melaka hingga ke akhir hayatnya), individu ini sebaliknya. Beliau merupakan seorang pengkhianat yang mengambil peluang dengan memberikan bantuan-bantuan kepada Portugis dan dengan bantuan-bantuan yang diberikannya akhirnya melaka jatuh ke tangan Portugis.

Individu tersebut ialah Nina Chatu (walaupun terdapat seorang individu yang lebih ‘kontroversi’ seperti Utimutiraja dan Imam Muhaimin: tetapi saya lebih fokus kepada Nina Chatu. Tentang Utimutiraja dan Imam Muhaimin, mungkin ada pembaca yang hendak membantu agaknya…)

Semasa membaca novel 1515, saya mengandaikan bahawa Nina Chatu itu hanyalah satu watak yang dicipta Faisal dalam novelnya bagi menunjukkan bahawa wujudnya pengkhianat yang menyumbang kepada kejatuhan Melaka.

Namun telahan saya silap apabila saya membaca buku Albuquerque: Caesar Timur . Dalam buku ini memang ada dikisahkan tentang Nina Chatu dan peranannya. Jadi sememangnya jelas bahawa Nina Chatu bukanlah hanya sekadar fantasi Faisal semata-mata.

Siapakah Nina Chatu?
Menurut buku Albuquerque: Caesar Timur (1995:129):

“Nina Chatu ialah penganut agama Hindu, Saudagar Keling yang telah banyak meringankan penderitaan Auraujo dan rakan-rakan banduan di Melaka. Beliau telah dilantik menjadi Shahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu oleh Albuquerque pada tahun 1511 dan membunuh diri pada tahun 1514”

Nyata, beliau seorang pengkhianat. Beliaulah yang banyak membantu Auraojo hingga akhirnya Auraujo dibebaskan (membebaskan diri) dari penjara dan membawa perkhabaran kepada Portugis yang akhirnya membawa kepada penyerangan Melaka pada tahun 1511.

Dalam novel 1515, dijelaskan bahawa Nina Chatu dan orang-orangnya berperanan dalam menyeludup surat-surat Auraujo semasa Auraujo dalam penjara.

“Waktu itu Albuquerque sering berhubung dengan budak-budak Nina Chatu, orang Keling penganut Hindu yang banyak menyeludupkan surat-surat Auraujo dan teman-temannya kepada Albuquerque” (1515:61-62)

Pengkhianatan Nina Chatu sememangnya tidak dijangka oleh Sultan Melaka memandangkan Nina Chatu merupakan saudasgar yang amat rapat hubungannya dengan Sultan Ahmad.

“Nina Chatu, air kalau keruh, tentu ikan limbat galak keluar bermain. Kau tidak tahun Nina Chatu itu pembelot paling khianat. Tidak ramai yang menyangka kerana Sultan Ahmad sendiri akrab dengannya dalam hal-hal niaga” (1515:62)

Nina Chatu dan Senario Semasa
Berdasarkan sedikit penjelasan, jelas dilihat bahawa Nina Chatu memang seorang yang belot dan khianat. Namun itulah hakikatnya walaupun hingga ke hari ini.

Apabila negara makmur, ramai yang datang menumpang kemakmuran, namun apabila datang musibah dan bencana mereka yang menumpang belum pasti mahu membantu, malah ada ketikanya merekalah yang belot dan khianat.

Pengkhianatan dan pembelotan adalah dosa yang paling besar dalam sesebuah negara.

Afghanistan takkan jatuh tanpa pengkhianatan dan pembelotan. Berbelas-belas tahun Rusia menyerang Afghanistan tetapi negara tersebut masih gagal ditakluki Rusia. Tetapi kini, bila ada permusuhan sesama sendiri antara Taliban dan suku-suku yang lain. Dengan mudah Afghanistan di jatuhkan.

Begitu juga dengan Iraq. Saya berpendapatan tanpa pembelotan dan pengkhianatan amat mustahil Iraq jatuh ke tangan Amerika dan sekuktunya dengan begitu mudah.

Sama-samalah kita fikirkan…

Kematian Nina Chatu
Tidak seperti Tuan Bandan yang kematiannya amat jelas. Kematian Nina Chatu menimbulkan persoalan kepada saya. Walaupun dalam novel 1515 dinyatakan bahawa Nina Chatu akhirnya menemui ajal di hujung golok Sultan Mahmud (Baca kisah Nina Chatu dibawa ke Istana dan di bunuh oleh Sultan Mahmud dalam novel 1515, ms: 161-164)

“Sultan Mahmud bingkas berdiri, mencapai golok di dinding istana dan melempar dengan sekali baling terbenamlah ke dalam tenggorokan Nina Chatu. Menggelupur keling itu di atas lantai istana, menitik darahnya ke bumi menerusi celah-celah kayu”

Namun hakikatnya, Nina Chatu mati akibat membunuh diri pada tahun 1514 iaitu setelah dilantik sebagai Shahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu selepas Melaka di takluki Portugis. Perlantikan tersebut tentulah sebagai penghargaan dari Portugis atas sumbangannya jasanya.

Kenapa beliau membunuh diri?

Saya yakin tentu ada sebab-sebab yang kukuh untuk beliau berbuat demikian kerana adalah mustahil tanpa sebab yang amat kukuh beliau hendak membunuh diri memandangkan beliau telah berada pada kedudukan yang tinggi semasa pemerintahan Portugis.

Walau apa punca sekalipun. Kematian Nina Chatu selepas penjajahan tidak memberi apa-apa impak berbanding jika beliau mati sebelum penjajahan. Nyata beliau amat licik dan paling pasti kematiannya tidak perlu diingati seperti mana syahidnya Tuan Bandan.

Jejak Nyemah Mulya:Tuan Bandan

Dalam membaca dan menghayati novel 1515, terdapat dua individu yang benar-benar menarik perhatian saya. Pertamanya, pahlawan yang berjuang untuk mempertahankan Melaka dari di jajah. Manakala satu lagi ialah seorang pengkhianat yang mengambil peluang dengan memberikan bantuan-bantuan kepada Portugis.

Dalam entri ini, saya ingin bincangkan tentang individu pertama, iaitu seorang pahlawan yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir bagi mempertahankan Melaka dari dijajah Portugis dan beliau ialah “Tuan Bandan”. Untuk makluman pembaca, Tuan Bandan ini benar-benar wujud dan ianya bukan sekadar fantasi Faisal semata-mata.

Semasa perbincangan tentang Tuan Bandan inilah seorang sahabat menyarankan agar saya membuat satu penulisan tentang tokoh-tokoh pahlawan Melaka yang turut berjuang mempertahankan Melaka sepanjang era panjajahan Portugis seperti Panglima Hitam, Panglima Lidah Hitam dan sebagainya.

Walaupun ini satu tajuk yang menarik untuk dijejaki namun saya sendiri tidak memberi keputusan samada bersetuju atau tidak atas cadangan sahabat tadi. Walaubagaimanapun, saya berjanji pada diri saya sendiri untuk cuba berusaha memenuhi cadangan sahabat saya tadi.

Siapakah Tuan Bandan?

Semasa membaca novel 1515, saya mengandaikan bahawa Tuan Bandan itu adalah nama bagi seorang pahlawan seperti mana Hang Tuah, Hang Jebat dan sebagainya. Namun sebaliknya, Tuan Bandan bukanlah nama sebenar beliau. Walaubagaimanapun beliau masih merupakan pahlawan Melaka. Nama sebenarnya tidak saya ketahui hingga ke hari ini.

Menurut buku Albuquerque: Caesar Timur (128):

“Tuan Bandan” merupakan nama gelaran bagi nakhoda dan jawatan.serta bukan nama beliau. Dibentuk daripada perkataan Melayu “Tuan”, perintah yang agung dan Bandar, “pelabuhan”.

Novel 1515 memerihalkan siapa Tuan Bandan serta usaha dan tentangan Tuan Bandan bersama-sama pahlawan-pahlawannya yang berjuang dalam mempertahankan Melaka dari ditakluki Portugis dan akhirnya syahid di medan pertempuran.

“Kau harus tahu Nyemah, Tuan Bandan Memang benar pahlawan berani. Selama ini kau Cuma mengenal dia sebagai salah seorang tuan nakhoda yang menjaga Pelabuhan Melaka” (67)

Penentangan dan Syahid Tuan Bandan

“Dia Fahami syahid. Waktu kelam orang Melaka pecah kabut, Albuquerque tekad merampas jambatan, Tuan Bandanlah, selaku ketua pasukan di Raja mengibar seratus bendera hijau negeri Melaka dengan bulan sabit putih di tengahnya memimpin tujuh ratus orang Jawa menyerang pasukan Albuquerque dari belakang. Bertempur mereka satu dengan satu, depan berdepan.” (67-68)

“Pasukan Portugis sudah merampas Masjid, melihat keadaan itu lalu menghantar Dom Joao de Lima dan kapten-kapten lain menggasak pula pasukan Tuan Bandan” (68)

“Tersepit Tuan Bandan bersama-sama pahlawan-pahlawannya tersepit. Di depan ada sepasukan Feringgi, di belakang juga begitu, bertakbir keras Tuan Bandan mengamuk atas jambatan. Sempat ditikamnya dengan keris dua puluh askar Malabar hingga tembus ke rongga paru-paru” (68)

“Syahidlah Tuan Bandan, ditembak lima das peluru dari senapang Albuquerque yang ketawa besar kegirangan. Waktu itulah gemparnya sekelian yang ada melihat jasad Tuan Bandan bukan jatuh rebah ke bumi, tetapi terus naik ke langit bagai bulu ayam terapung dan terus naik ke langit tinggi, hilang begitu sahaja” (69)

Saya sememangnya percaya dengan kewujudan dan penentangan Tuan Bandan terhadap tentera Portugis. Walaupun novel 1515 sebuah novel yang mempunyai elemen-elemen fiksyen, tetapi dalam buku Albuquerque: Caesar Timur turut memerihalkan tentang penentangan Tuan Bandan.

Ini merupakan bukti yang penting dan kukuh tentang kewujudan seorang pahlawan Melaka yang bernama Tuan Bandan yang akhirnya syahid dalam mempertahan Melaka.
“Tuan Bandan, Ketua Pasukan di Raja Melaka telah menaikkan bendera dengan warna mereka dalam salah sebuah kubu di atas jambatan. Apabila melihat orang Islam kacau bilau, beliau keluar dengan 700 orang Jawa dan dua orang kapten lain naik ke atas jambatan di bahagian kota dan menyerang kami dari belakang.”

“Albuquerque nampak mereka datangdari salah satu jalan besar di bandar tersebut lalu mengeluarkan Joao de Sousa, Antonio de Ebreu dan Aries Pariera serta orang-orangnya supaya mereka boleh menyerang. Ini dilakukan dengan cepat sebelum orang islam sampai ke kubu.”

“Mereka dapat melempar lembing dengan penuh semangat sehingga memaksa pihak musuh untuk berundur. Dom Joao de Lima dan kapten-kapten lain yang berada di sebelah masjid tergesa-gesa untuk sampai ke hadapan secepat mungkin, apabila mereka muncul dan dengan segera membunuh sebahagian daripada mereka.”

“Yang lain-lain pula terjun ke arah sungai apabila mendapati diri mereka di serangdari ke dua-dua arah. Para pelayar terus menujuke arah mereka dalam kapal lalu membunuh mereka semua tanpa mengecualikan sesiapa pun kerana komander mereka Tuan Bandan dan dua orang kapten yang bersama-samanya telah terbunuh”

Faisal menulis Tuan Bandan mati akibat ditembak oleh Albuquerque, namun dalam buku Albuquerque: Caesar Timur tidak diijelaskan dengan teliti tentang siapa yang membunuh Tuan Bandan.

Walaubagaimanapun, yang nyata Tuan Bandan telah syahid dalam mempertahankan Melaka. Syahidnya Tuan Bandan sedikit sebanyak membawa kepada kelonggaran barisan pertahanan Melaka dan akhirnya menyumbang kepada kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

Sewaktu menjejak jambatan Melaka (yang sehingga kini tidak dapat dipastikan lokasi sebenarnya) dapat saya bayangkan kehebatan Tuan Bandan berpencak membunuh musuh. Saya yakin ramai lagi pahlawan hebat seperti Tuan Bandan yang turut sama-sama syahid sewaktu mempertahankan Melaka namun, sejarah kita telah dipadamkan oleh penjajah dan hingga kini kita masih tidak begitu jelas siapakah pahlawan-pahlawan hebat yang mempertahankan Melaka pada tahun 1515 itu…

Al Fatihah untuk Tuan Bandan…..

Thursday, July 27, 2006

Jejak Nyemah Mulya: Kritik Sosial 2

Murtad
Surat Nyemah kepada Tun Fatimah:

“ Tuanku Ampuan Tun Fatimah, adapun patik amatlah runsing memikirkan keadaan Negeri kita. Minta segera baginda Sultan bertindak kerana orang-orang Melayu yang takut dibunuh dan takut akan ancaman Feringgi itu makin ramai pula yang Murtad. Tuanku juga tahu Melayu itu lazimnya Islam. Jika Melayu sudah berani memenanggal Islam darii dada mereka maka petanda buruklah, berdosa pemerintah kerana tidak berbuat apa-apa. Berdosa besar dan neraka balasannya. Tuanku mesti tahu , dalam angkatan kapal perang Portugis itu rupa-rupanya dibawa bersama lapan guru agama Kristian iaitu antara lain Frei Domingo de Sauza dan Friar Alvaro de Mergualo yang juga merupakan paderi peribadi Alburqueque juga beberapa paderi kumpulan Franciscan”
(1515:110)

Siapa kata Portugis datang untuk perdagangan rempah???

Satu petikan yang diucapkan oleh Alburqueque kepada para kaptennya semasa serangan baru ke atas Melaka, saya turunkan di entri ini untuk kita sama-sama fikirkan:

“ Pertama ialah perkhidmatan yang baik untuk kita persembahkan kepada Tuhan dengan menghalau orang Islam dari negeri ini dan menghalang pengaruh Golongan Muhammad daripada berkembang. Saya berharap kepada Tuhan, bahawa hasil daripada apa yang kita lakukan, orang Islam akan terhapus sama sekali”
( Alburqueque: Caesar Timur, 1995:118)


Hari ini, walaupun tiada penjajahan, tiada ugutan dan pembunuhan agar orang Islam di Malaysia meninggalkan agama Islam (saya hanya membincangkan dalam konteks Malaysia sahaja, senario yang berlaku di Iraq adalah sebaliknya) masih ramai bangsa Melayu, yang asalnya beragama Islam telah Murtad.

Samada proses ‘memurtadkan’ diri itu menjadi kontroversi (seperti kes Aisyah) mahupun yang dibiarkan tanpa apa-apa kontroversi (seperti kes Lina Joy dan pengikut Ayah Pin). Bayangkanlah jika dalam keamanan ini ramai yang telah murtad secara sukarela (termasuklah ajaran sesat dan ajaran Black Metal dsb), apattah lagi jika ada keganasan dan huru hara apabila ‘murtad’ itu menjadi paksaan dan nyawa adalah sebagai gantinya???

Mungkin kita lupa kisah dalah Al-Quran tentang seorang pemudah di zaman pemerintahan Yusof Dzu Nuwas yang mempertahan keislamannya hingga ke akhir hayat? Atau kisah tukang sikat rambut Firaun yang kukuh dengan Islamnya? Atau yang paling dekat kisah Tuan Bandan yang sanggup syahid demi mempertahankan Islam di bumi Melaka…….

Moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat hidayah Allah…..

Sikap Melayu dan Pemimpinnya
Sebab utama kejatuhan Melaka di samping pengkhianatan oleh Nina Chatu, Melaka juga jatuh akibat sikap Pemimpin dan rakyat yang sukakan hiburan.

“Kau sendiri tahu, tiga hari sebelum Portugis datang menyerang Melaka, pesta perkahwinan puteri baginda dengan putera Sultan pahang amatlah hebat. Minum nira sebanyak-banyaknya, sembilan ribu sembilan tempayan tuak habis di teguk percuma. Bukan pula perangan orang melaka kalau tidak ronggeng sampai pagi dari senja dengan iringan nyanyian cucu biduanita Melaka, Cik Siti Mustika. Malam perkahwinan di Raja itu, lapan ribu lapan anak dara tidak lagi nirmala akibat disentuh lelaki. Adapun khabarnya lapan ribu lapan teruna menumpahkan nutfah”
(1515:73)

Saya tidak mahu mempersoalkan samada tulisan Faisal itu adalah Fakta atau fiksyen tetapi, jika tiada pembaziran dan berl;ebihan-lebihan masakan ada kenyataan begini sepertimana yang ditulis oleh Alburqueque:

“ Api membakar kereta kayu yang cantik dan besar berukuran kira-kira tiga puluh kaki persegi dan semuanya diselaputi emas. IA mempunyai tiga puluh roda, setiap satu sebesar sebuah bilik dan di atasnya terdapat sebuah menara kecil yang panjang dan dihiasi dengan sepanduk sutera. Keseluruhan binaan itu dipenuhi dengan sutera yang berjurai-jurai. Ia telah digunakan oleh Raja Pahang dan pasangannya Puteri Raja Melaka untuk ditunggangi mereka di keliling kota dengan irngan bunyi loceng dan pesta besar-besaran. Dalam gedung diraja dan rumah-rumah lain yang berhampiran yang musnah oleh api, banyak barangan telah terbakar bersama-sama dengan barang-barang bertharga yang disimpan oleh Raja di istananya”
(Alburqueque: Caesar Timur, 1995:111)

Apa lagi yang boleh kita rumuskan dari petikan ayat di atas?????

Apakah benar Portugis memang diutuskan oleh Tuhan untuk melenyapkan Islam dari bumi Melaka sepertimana Tentera Monghol yang datang dan menghapuskan Islam dari Bumi Baghdad kerana persamaan yang satu iaitu Pemerintah dan Khalifahyang ada terlalu minat bersuka-suka dan berpoya-poya…..

Bagaimana pula Malaysia di masa kini????

Kelab Malam hingga 5.00 pagi????
Konsert percuma di Seluruh Negeri
Artis menari terkinja-kinja jadi tontonan setiap hari...

Nau’zubillah…..

Jejak Nyemah Mulya: Melayu Suka Berhibur ??


Foto: Melayu Bangsa Yang Sukakan Hiburan???

“Kata De Sequira, meski Melaka itu sebuah negeri yang kuat dan kaya tetapi mereka bangsa Melayu yang paling alpa di dalam dunia. Mereka juga tidak mengingat sesuatu dengan lama. Maka antara tahun 1509 sehingga 1511 tentu sahaja mereka tidak membuat apa-apa persediaan memandangkan orang Melaka itu gemar amat menggelek buntut, menari joget ronggeng, melentik jari jemari berinang, berzapin, berpantun, berdondang saying, tergedik-gedik tanpa memperdulikan hal-hal lain di dunia ini. Kerana itulah mereka bodoh dan tidak menewaskan Portugis” (Ungkapan Albuquerque semasa hendak menyerang Melaka tahun 1511, 1515:59-60)

Ini adalah satu sindiran yang amat tepat yang dibuat oleh Faisal tentang persepsi penjajah terhadap bangsa Melayu juga realiti Melayu masa kini.

Saya tidak mahu mempersoalkan samada tulisan beliau itu merujuk kepada fakta sejarah yang telah tertulis atau sebaliknya. Tetapi saya berpendapat jika ia benar maka pendapat semikian masih relevan hingga ke hari ini.

Di akhir tahun 1800 juga, Frank Swettenham juga dalam bukunya yang berjudul “The Malay Sketches” turut mengungkapkan perkara yang sama tentang Bangsa Melayu…

Hari ini, setelah hampir 500 tahun setelah penjajahan Portugis dan setelah hampir 100 tahun penulisan Swettenham, Melayu masih demikian sikapnya.

Bangsa manakah yang paling ramai hendak jadi penyanyi????
Bangsa manakah yang paling ramai meminati rancangan hiburan???
Bangsa manakah yang sering membanjiri sesebuah kawasan apabila ada konsert samada percuma mahupun berbayar??
Bangsa manakah yang sering diserbu di pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam???
Bangsa mana yang mudah Lupa?

Walau ditindas tetap memilih pemimpin yang sama
Pemimpin tepuk poket, rakyat gosok perut,
Pemimpin sembang Mercedes…rakyat terbeban kerana kenaikan harga
Tetapi…tiba masanya….pemimpin yang sama juga jadi pilihan hatinya…..


Jejak Nyemah Mulya: Kritik Sosial 1

Foto: Inilah Nasib Bahasa Melayu, Terbuang Di Negara Sendiri

Bahasa Melayu
Saya akui bahawa saya merupakan pemerhati dan pengkritik sosial. Entri-entri saya dalam blog ini jelas menunjukkan tentang sikap dan prinsip saya. Pernah seorang sahabat menasihati saya agar mengurangkan ketajaman kritikan yang saya tulis di dalam blog terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu politik, namun bagi saya selagi saya berpihak kepada kebenaran, saya kan terus berpegang kepada kebenaran.

Novel 1515, juga sarat dengan kritikan-kritikan sosial yang bersifat semasa (samada ada disedarei atau tidak oleh pembaca adalah satu hal yang lain) Dalam entri ini, saya ingin mengemukakan dua kritikan yang amat jelas dalam 1515 iaitu tentang isu Bahasa Melayu dan Sikap Negara Barat Terhadap Negara Timur.

Saya memetik tulisan Dr Hasan Ahmad (Mantan Ketua Pengarah DBP) yang menyatakan bahawa isu bahasa Melayu di Malaysia telah sampai ke tahap yang kritikal kerana kerajaan pada masa kini terpaksa berusaha dan bertindak untuk menyelamatkannya.
Ya..itu adalah realiti. Dari restoran lima bintang ke bilik yang berhawa dingin hinggalah ke warung –warung kopi, dari mereka yang memakai coat, bush-jacket hinggalah ke mereka yang memakai jeans koyak, Bahasa Melayu dituturkan dengan ‘hina’. Bahasa slanga, bahasa pasar juga bahasa ICT yang tidak rasmi (SMS dan Chatting) menjadikan penggunaan Bahasa Melayu semakin kritikal di Malaysia.

Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa penting dalam mendapatkan pekerjaan (di Malaysia), penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pendidikan di sekolah dan IPTS, tambahan syarat bahasa asing untuk kelayakan permohonan pekerjaan, penggunaan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Inggeris oleh mkereka yang berkedudukan telah mempengaruhi nasib bahasa melayu di Malaysia. Malah, anugerah sastera di melaysia juga telah mengikhtiraf sastera Inggeris dengan memberikan hadiah Sastera Bahasa Inggeris di Malaysia.

Nyata isu bahasa tidak akan selesai dibincang dan dibahaskan apatah lagi dalam ruangan yang terhad di entri in. Cuma saya ingin menarik minat pembaca untuk menghayati dan meneliti seterusnya memikirkan dalam-dalam petikan ini yang ada dalam novel 1515 dan petikan ini memang memfokuskan tentang persoalan nasib bahasa melayu di bumi Malaysia.

“ Saya berfikir jauh, Perancis, negara yang menyampah benar dengan Bahasa Inggeris masih maju dan terus maju, dan saya terkenang pula nasib bahasa Melayu di tanah air. Dan di sini saya sedang dipandu oleh seorang gadis Melayu yang sudah terlalu cair, masih boleh berbahasa Melayu dan bernama……”
(1515:209)

Sikap Barat
Selain itu bahasa Melayu, novel 1515 juga turut mengkritik sikap Barat yang sentiasa memandang rendah pada dunia Timur dalam segala bidang. Sikap dan realiti ini masih lagi ketara terutamanya dalam era globalisasi (penjajahan bentuk baru).
Cuba Tanya diri kita, berapa banyakkan jenama dari Timur yang mendapat perhatian dari Barat. Adakah Proton dan Perodua merupakan kereta yang merupakan citarasa ujtama bangsa barat berbanding dengan Audi, Mercedes serta BMW yang bertakhta di hati orang Timur.

Berapa banyakkan Power dan Bata yang tersarung di kaki orang Barat berbanding Adidas, Nike dan Puma yang sering tersarung di kaki orang Timur?????

Ya…walaupun penjajahan nyata telah berakhir tetapi penjajahan bentuk baru masih berlaku. Minda Barat sebagai tuan pasti tidak dapat dikikis apatah lagi dengan perlakuan orang Timur yang masih mengagung-agungkan Barat walaupun adaketikanya (malah selalunya) yang datangdari Timur itu lebih baik….

“ Bukan kerana Islam sangat ayah, tapi kerana yang datang itu Orang Timur. Selama-lamanya Barat tak dapat menerima Timur yang akan mengajar mereka”
(1515: 225-226)

Ingat, tulisan saya dalam entri ini nbukan untuk dibaca sahaja. Ia perlu diteliti, difikir dan dinilai kebenarannya dengan apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini…..

Jejak Nyemah Mulya: Flor de la Mar

Foto: Replika Kapal Flor de la Mar-Bahtera Gagah Postugis Semasa Menakluki Melaka

Jika anda pernah ke Melaka dan menelusuri sejarah negeri ini terutamanya di Bandar Hilir. Tentu dapat mengingati bahawa terdapat sebuah kapal yang amat antik bentuknya terletak betul-betul di tebing sungai Melaka. Ia adalah salah satu dari tarikan yang ada di Muzium Samudera. Kepada yang masih belum mengetahui, kapal tersebut ialah replika Kapal Flor De La Mar. Kapal Hebat kebanggaan Albuquerque .

Dalam satu kajian yang pernah saya jalankan di Negeri Melaka pada tahun 2005, replika kapal tersebut merupakan antara 10 elemen tarikan pelancong yang utama di negeri ini. Antara sebab utama yang menjadikan ia tarikan utama ialah kerana elemen ‘authenticity’ dan kelainan yang tidak ada (mungkin juga tidak mungkin dapat di temui ) di kawasan-kawasan pelancongan lain.

Namun berapa ramaikah yang sedar bahawa kapal hebat sebeginilah yang menggempur Melaka dan menakluk Melaka tahun 1511. Seterusnya mengangkut pelbagai harta kekayaan dan Khazanah Melaka untuk di bawa pulang ke Portugal (juga Nyemah Mulya juga???)

Tidak salah untuk kita semua bergembira, tidak salah untuk kita tersenyum sambil rakan mengetik butang kamera bagi merakamkan kenangan manis kita di sisi kapal tersebut namun berapa ramaikah yang merenung dan menginsafi sejarah yang dicetuskan oleh kegagahan dan kehebatan kapal sebegini?? I

Ingatlah ketika rakyat Melaka begitu asyik dengan nyanyian dan tarian-tarian yang khusyuk dan melekakan ketika itulah kapal hebat ini membelah laut Melaka dan melancarkan serangan hingga mengakibatkan Melaka terkulai di genggaman Portugis.

Dalam novel 1515 ada sekurang-kurangnya enam perenggan yang memerihalkan tentang kegagahan kapal Flor De La Mar serta peranan besar yang dimainkan sewaktu menjayakan misi penjajahan dan penaklukan di bumi Melaka.

“Kau tidak tahu di atas geladak bahtera Flor De La Mar, Albuquerque sedang menyusun rencana. Mereka bersedia mengepung Melaka seberapa lama pun. Mereka perlu menambah pengkhianat di dalam kota. Kalau boleh, orang-orang luar. Orang-orang asing yang tidak merasa bertanggungjawab. Juga mereka yang bukan beragama Islam akan membantu Portugis yang bukan Islam, begitulah hingga akhir zaman, kata Albuquerque” (1515:63)

“Kau tidak tahu Nyemah, di atas bahtera Flor De La Mar itu termuat tiga ribu pucuk meriam, dengan dua ribu daripadanya diperbuat daripada gangsa, senapang, sumpitan, busur dan panah lembing serta tombak. Gelang, rantai loket, cincin permata, mahkota permaisuri, mutiara, pedang bertatah baiduri dan keris-keris bersalut emas turut di sumbat sekali. Kain-kain songket, tenunan dan pelbagai jenis tikar yang sempat dirampas dari rumah para pembesar dan orang kaya Melaka bergulungan bertimbun-timbun”( 1515:246)

Dalam novel 1515, ada dua versi tentang Flor De La Mar.

Versi Pertama mengatakan bahawa Flor De La Mar dibakar dan diletupkan oleh Nyemah Mulya sewaktu pertempurannya (Flor De La Mar) untuk menjajah Melaka.

Versi Kedua, Flor De La Mar tenggelam di lautan sewaktu perjalanan pulangnya ke Portugal

“Flor De La Mar, apa yang sebetulnya berlaku pada pagi buta 26 Januari 1512 itu? Bahtera perang itu bergerak meninggalkan pelabuhan Melaka pada 20 Januari bersama bahtera Trindade dan Enxobregas serta sebuah jong. Ia tenggelam di sekitar Aru atau Deli.

Mengapa Pelayaran ke Deli memakan masa enam hari, padahal saudagar China dan India akan mengambil tiga atau empat hari??

Apa yang berlaku?
“ (1515:133)

Kini Flor De La Mar sudah tiada. Samada ia telah tenggelam di dasar lautan ataupun hancur di telan zaman namun ia tetap meninggalkan legasinya yang tersendiri.

Legasi yang menuliskan bahawa ia adalah bahtera gagah yang menceroboh Melaka dan seterusnya menunaikan janji-janji Albuquerque untuk memacakkan salib di setiap inci muka bumi ini..

Wednesday, July 26, 2006

Jejak Nyemah Mulya: Gambaran Wajah Portugis


Foto: Vasco da Gama dan Luis Figo
Orang Portugis itu bagaimana rupanya??

Tentu ada sesuatu kelainan yang ketara berbanding dengan wajah yang biasa dilihat oleh rakyat Melaka, jika tidak masakan mereka di gelar sebagai ‘Benggali Putih’ oleh penduduk Melaka.

Faisal dalam novel 1515 mempunyai imaginasi yang tinggi terhadap wajah dan susuk tubuh orang-orang Portugis.

“Pasukan pertama diketuai panglima-panglima Portugis yang berkulit kemerah-merahan, bermata galak, bermisai halus dan berjanggut pandak……..Albuquerque pula mengetuai sejumlah perwira Portugis yang bertubuh sasa, berbulu dada, berhidung mancung dengan dagu berlekuk dan berambut lurus perang….” (1515:63-64)

Walau bagaimanapun, tidaklah diketahui dengan jelas wajah orang-orang Portugis kecuali hanya beberapa keping yang ditemui dalam buku-buku sejarah. Namun, apa yang penting, sudah pasti mereka mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi sehingga mereka dapat menakluki Melaka pada tahun 1511 itu…..

Jejak Nyemah Mulya: Afonso de Albuquerque




Foto: Beberapa Gambaran Wajah Albuquerque
Dalam Novel 1515, ada memerihalkan tentang Afonso de Albuquerque, penakluk Portugis yang agung yang menganggap dirinya utusan Tuhan dan matlamat utamanya untuk memacakkan salib di setiap inci bumi Islam.

Mungkin ada antara kita yang masih menguingati sewaktu kita di sekolah dahulu, kita di ajar oleh guru-guru bahawa kedatangan Portugis ke Melaka adalah untuk menguasai Perdagangan Rempah..

Ya..Perdagangan Rempah…dan ini kita terima sebagai fakta untuk tempoh yang terlalu lama..dan hingga ke hari ini masih ada generasi yang masih percaya bahawa kedatangan Portugis (serangan) oleh Albuquerque adalah bagi menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Seingat saya, antara alasan tolol yang menyokong kenyataan ini ialah kerana musim sejuk di Portugal yang menyebabkan orang2 Portugis memerlukan rempah untuk mereka memanaskan badan..dan Melaka adalah sasarannya.

Sebegitu lama kita terjajah minda rupanya. Kerana tiada dalam mana-mana catatan sejarah yang menyatakan bahawa bersama-sama Albuquerque datang bersama-sama pakar masakan/tukang masang agung yang berfungsi untuk mengenali rempah-rempah yang berpotensi untuk di bawa pulang ke Lisbon.

“Andai kau benar ingin tahu apa yang berlaku , ia bermula pada April 1511. Wizurai Tua yang percaya dirinya ialah utusan Tuhan untuk menanam salib di atas setiap inci muka bumi itu belayar dari Goa bersama-sama lapan belas buah bahtera, seangkatan kecil lapan ratus soldadu Portugis serta dua ratus orang upahan Malabar” (1515:58)

Siapa Albuquerque?
Saya turunkan sedikit petikan tentang diri beliau dari Encyclopædia Britannica yang tidak saya edit dan terjemah.

Afonso de Albuquerque, born 1453, Alhandra, near Lisbondied Dec. 15, 1515, at sea, off Goa, India
“Portuguese soldier, conqueror of Goa (1510) in India and of Melaka (1511) on the Malay Peninsula. His program to gain control of all the main maritime trade routes of the East and to build permanent fortresses with settled populations laid the foundations of Portuguese hegemony in the Orient.

Albuquerque was the second son of the senhor of Vila Verde. His paternal great-grandfather and grandfather had been confidential secretaries to kings John I and Edward (Duarte); his maternal grandfather had been admiral of Portugal. Albuquerque served 10 years in North Africa, where he gained early military experience crusading against Muslims. He was present at Afonso V's conquest of Arzila and Tangier in 1471. King John II (ruled 1481–95) made him master of the horse, a post Albuquerque held throughout the reign. In 1489 he again served in North Africa at the defense of Graciosa. Under John's successor, Manuel I, Albuquerque was less prominent at court but again served in Morocco.

Although Albuquerque made his mark under the stern John II and gained his experience in Africa, his reputation rests on his service in the East. When Vasco da Gama returned to Portugal in 1499 from his pioneering voyage around the Cape of Good Hope to India, King Manuel straightway sent a second fleet under Pedro Álvares Cabral to open relations and trade with the Indian rulers. The Muslim traders who had monopolized the distribution of spices turned the zamorin, or Hindu prince of Calicut, against the Portuguese. His dependency, Cochin, on the southwestern Indian coast, however, welcomed them.
In 1503 Albuquerque arrived with his cousin Francisco to protect the ruler of Cochin, where he built the first Portuguese fortress in Asia and placed a garrison. After setting up a trading post at Quilon, he returned to Lisbon in July 1504, where he was well received by Manuel and participated in the formulation of policy. In 1505 Manuel appointed Dom Francisco de Almeida first governor in India, with the rank of viceroy. Almeida's object was to develop trade and aid the allies of the Portuguese.
Albuquerque left Lisbon with Tristão da Cunha in April 1506 to explore the east coast of Africa and build a fortress on the island of Socotra to block the mouth of the Red Sea and cut off Arab trade with India. This done (August 1507), Albuquerque captured Hormuz (Ormuz), an island in the channel between the Persian Gulf and the Gulf of Oman, to open Persian trade with Europe. His project of building a fortress at Hormuz had to be abandoned because of differences with his captains, who departed for India. Albuquerque, though left with only two ships, continued to raid the Persian and Arabian coasts.

King Manuel appointed Albuquerque to succeed Almeida at the end of his term, though without the rank of viceroy. When Albuquerque reached India in December 1508, Almeida had crushed the improvised sea force of Calicut, but a navy from Egypt had defeated and killed his son. Insisting on retaining power until he had avenged his son's death, Almeida, to avoid interference, had Albuquerque imprisoned. Almeida defeated the Muslims off Diu in February 1509, and it was only in the following November, with the arrival of a fleet from Portugal, that he finally turned his office over to Albuquerque.

Albuquerque's plan was to assume active control over all the main maritime trade routes of the East and to establish permanent fortresses with settled populations. His attempt to seize Cochin in January 1510 was unsuccessful. By February Albuquerque had realized that it was better to try to supplant the Muslims; assisted by a powerful corsair named Timoja, he took 23 ships to attack Goa, long ruled by Muslim princes. He occupied it in March 1510, was forced out of the citadel by a Muslim army in May, and was finally able to carry it by assault in November. The Muslim defenders were put to the sword.

After this victory over the Muslims, the Hindu rulers accepted the Portuguese presence in India. Albuquerque planned to use Goa as a naval base against the Muslims, to divert the spice trade to it, and to use it to supply Persian horses to the Hindu princes. By marrying his men to the widows of his victims he would give Goa its own population, and its supplies would be assured by the village communities under a special regime. After providing for the government of Goa, Albuquerque embarked on the conquest of Malacca, on the Malay Peninsula, the immediate point of distribution for the Spice Islands and points east. He took that port in July 1511, garrisoned it, and sent ships in search of spices.

In the meantime Goa was again under heavy attack. He left in January 1512 and relieved Goa. Having established himself there and having gained control over the movement of goods by a licensing system, Albuquerque again turned to the Red Sea, taking a force of Portuguese and Indians. Because Socotra was inadequate as a base, he attempted to take Aden, but his forces proved insufficient. He thereupon explored the Arabian and Abyssinian coasts. Returning to India, he finally subdued Calicut, hitherto the main seat of opposition to the Portuguese.

In February 1515 he again left Goa with 26 ships for Hormuz, gaining control of part of the island. He was taken ill in September and turned back to Goa. On the way he learned that he had been superseded by his personal enemy, Lope Soares; he died embittered on shipboard before reaching his destination.

Albuquerque's plans derived from the crusading spirit of John II and others. He did not allow himself to be diverted from his schemes by considerations of mercantile gain. His boldest concepts, such as turning the Persians against the Turks or ruining Egypt by diverting the course of the Nile, were perhaps superhuman, but so perhaps was his”

(Albuquerque, Afonso de, the Great.Encyclopædia Britannica. Retrieved
2006, from Encyclopædia Britannica 2006 Ultimate Reference Suite DVD)

Dalam buku Albuquerque:Caesar Timur (1995:1), dinyatakan bahawa Albuquerque ialah salah seorang yang istimewa yang pernah hidup pada abad ke enam belas. Beliau Pembina empayar Portugis yang agung, yang bertaraf lebih besar daripada Caesar. Dari Laut Merah hingga ke Melaka, sejauh 3000 batu, angkatan lautnya menggempur Bandar-bandar dan membina kubu-kubu, hamper berjaya menguasai keseluruhan perdagangan Lautan Hindi di bawah kawalan Portugis.

Masa Albuquerque dihabiskan dengan berperang di darat dan di laut, mengemudi pelayaran angkatan laut, mewujudkan diplomasi dan mentadbir penduduk yang jauh dan tidak mudah dikawal. Tetapi beliau bukan sahaja cepat bertindak, seperti Caesar, beliau juga penulis yang produktif, menulis pada waktu malam atau mengarahkan penulisan surat-surat dan warkah kebanyakannya kepada raja Portugal, Don Manuel bagi menjelaskan dan mewajarkan semua tindakannya.

Dalam novel 1515, ada beberapa petikan dan perincian yang memerihalkan tentang Albuquerque ini antaranya:


“Hamba ada mendengar khabar awal pada tahun 1511, tidak ingat pula hamba berapa haribulan secara tepat, tentang seorang wizurai tua kerepot yang mempercayai dirinya utusan Tuahn untuk menanam salib di atas setiap ceruk muka bumi dan ada hati pula mahu membongkar makam Rasulullah , telah belayar dari Goa bersama-sama lapan belas buah bahtera, diiring seangkatan kecil lapan ratus soldadu Portugis serta dua ratus upahan Malabar”
(1515:148)


Dalam mukasurat 174, Faisal memperincikan tentang keinginan yang amat kuat yang ada dalam diri Albuquerque untuk menjajah dan menakluk Melaka:


“Albuquerque diam membatu mendengar segala pandangan sebelum bersuara., ‘Sesungguhnya aku amat yakin untuk menyerang Melaka kerana azamku, setiap denyut jantung dan sedutan nafasku adalah untuk mengusir dan membunuh setiap pengikut Muhammad. Aku adalah hamba yang paling setia dan berkhidmat untuk Raja Manuel dan tidakkah kau pasti dapat membunuh perdagangan orang Islam di Timur Tengah dan kita akan menjadi raja, melebihi Perancis, dan inggeris mahupun orang-orang Jerman di Eropah. Dengan menguasai Melaka, orang-orang Belanda akan berlutut di hadapan kita, sementara orang Sepanyol akan merangkak datang ke Lisbon untuk segala rempah”

“Albuquerque bersuara lebih tegas, menyambung..’kita bertempur esok hari dan lihat bagaimana keadaannya. Jika memang kita sulit untuk menawan Melaka, aku bersetuju untuk pulang ke Goa dan menyusun bala tentera yang lebih gagah dan berlayar semula ke sini untuk menawannya’


Walaubagaimanapun, Faisal dengan imaginasi yang tinggi dalam mukasurat 250, cuba memperincikan keadaan fizikal Albuquerque hingga menghasilkan kenyataan seperti berikut:


“ Pemilik kamar masuk. Lelaki bertubuh sasa walaupun sudah agak tua. Matanya hijau kebiruan agak bulat: walah ramus dengan jambang yang lebat . Di dada tergantung rantai dengan dahat (salib). Bibirnya nipis merah dan telinga pula sedikit besar. Dia tersengih menampakkan barisan gigi kekuningan. Rambutnya pendek dan botak di tengah’


Kematian Albuquerque

Dalam novel 1515, versi yang paling masyur tentang kematian Alburquque ialah beliau mati di Melaka dan tidak sempat untuk menakluki Melaka kerana tentangan hebat dari pahlawan Melaka serta Tun Nyemah (walaupun ada lagi versi yang lain dalam buku ini tetapi saya sengaja memilih versi ini). Kematiannya di Melaka serta Janji Tun Nyemah terhadapnya sebelum kematiannya itu telah menggerakkan armada Melaka ke Portugal untuk menakluk Portugal disamping mengotakan tuntutannya untuk mengebumikan jasadnya di Lisbon…

Walaubagaimanapun, samada versi yang dikemukakan oleh Faisal adalah benar atau sebaliknya, Faisal lebih mengetahui (lagipun telah dikatakan bahawa novel ini campuran antara Fiksyen dan fakta)

Ya… Albuquerque mati pada tahun 1515, namun demikian kematiannya bukanlah di bumi Melaka dan bukan juga di tangan pendekar Melaka mahupun Nyemah Mulya:

“Tindakan cemerlang Albuquerque di Ormuz pada 1515 telah menyebabkan Portugis menguasai sepenuhnya bandaraya dan sultan yang masih muda itu. Ini merupakan sumbangannya yang terakhir kepada Empayar Portugis. Dia memulakan kerja membina kubu, tetapi tidak lama kemudiandia telah jatuh sakit. Penyakityang serupa sejenis disenteri menyebabkannya terlalu lemah sehingga dia tidak mampu meneruskannya dan dia berazam untuk pulang ke Goa dan mati di sana. Dia hanya sempat melihat Bandar itu (GOA) sekejap sahaja dari pintu kabinnya sebelum dia mati”
(Albuquerque: Caesar Timur, 1995:315)


Penutup
Walaupun apa anggapan, sanjungan, cacian dan makian terhadapnya. Beliau tetap tertulis dalam sejarah sebagai perancang utama dalam serangan ke atas Melaka dan seterusnya memastikan Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan seterusnya merealisasikan cita-citanya untuk menghapuskan ajaran Islam di muka bumi ini. Satu fakta sejarah yang amat memilukan untuk dikenang……..

Monday, July 24, 2006

Jejak Nyemah Mulya: Pengenalan






BERMULA IDE
Tempoh tiga bulan yang ‘diarahkan’ untuk dijalani dilalui dengan perasaan yang terlalu berat. Namun memandangkan ia adalah ‘paksaan’ yang wajib dipatuhi maka saya penuhinya dengan perasaan yang bercampur baur. Persekitaran yang berbeza, kebuntuan ide serta jiwa yang seringkali resah menjadikan tempoh tiga bulan terlalu lama.

Apa yang saya mampu lakukan sepanjang tempoh tersebut ialah membaca-membaca dan membaca (kerana urusan kerja memang saya tinggalkan sepernuhnya di tempat kerja di Negeri Utara)

Sememangnya saya seringkali membawa buku apabila ke mana-mana. Oleh itu, untuk tempoh tiga bulan ini. Antara buku yang saya bawa ialah 1515 karya Faisal Tehrani. Niat dihati ialah untuk membaca buku ini buat kali ke tiga dan seterusnya berharap dapat menyelesaikan beberapa persoalan yang masih belum dapat diselesaikan dalam dua bacaan terdahulu

Saya sendiri tidak pasti, bila agaknya ide untuk mendokumenkan sejarah Melaka berdasarkan Novel 1515 ini. Tapi yang pasti hasrat ini pertama kali saya suarakan kepada ‘Badak’ (anggota Rumpai Laut) yang juga merupakan peminat tulisan Faisal.

Ya…keadaan yang terlalu membosankan seringkali membantutkan idea dan kreativiti tetapi entah kenapa kali ini ide sebegini timbul.

Ya..masa yang terlalu banyak terluang perlu saya isi. Mendokumentasikan Jejak-Jejak Nyemah Mulya merupakan kerja saya yang paling ‘bermanfaat’ sepanjang tempoh 3 bulan latihan yang saya lalui. Pendokumentasian ini juga merupakan satu tanda hormat dan penghargaan yang mampu saya berikan kepada Faisal atas sumbangannya dalam dunia sastera

SIAPA FAISAL TEHRANI?
Dia adalah ‘ikon’ penulis generasi baru (beliau menolak gelaran ‘idola’ kerana kata itu berasal dari perkataan ‘idol’ iaitu batu/berhala. Ini jelas tertulis dalam buku beliau yang berjudul ‘Advencer Si Peniup Ney’)

Memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) sebanyak tiga kali berturut-turut (2002-2004) di samping pelbagai hadiah kesusasteraan yang lain.

Anak Melaka yang kini menetap di Kuala Lumpur ini merupakan penulis sepenuh masa dan yakin bahawa penulisan beliau mampu memberikan sumbangan kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Membaca hasil tulisannya memperlihatkan bahawa beliau seorang penulis yang matang. Kepada pembaca yang teliti akan dapat melihat bahawa penulisan Faisal menggabungkan kekuatan-kekuatan penulis mapan seperti SN Shahnon Ahmad, SN A Samad Said dan SN Keris Mas. Gaya yang tersendiri dalam berkarya, kritis dan sinis serta pembacaan dan pengembaraannya yang luas menjadikan hasil tulisannya membawa kepada percambahan ilmu para pembaca.

I515: KENAPA INGIN DIJEJAKI ?


1515
Melanggar Melaka? Portugis menempah maut!

1511
Tarikh keramat bagi bangsa Melayu, bukannya untuk benggali putih.
Alfonso de Alburquerque, wizurai perkasa yang telah menumpahkan darah puluhan ribu manusia di Ormuz dan Goa, akhirnya bertemu ajal di hujung mata pedang srikandi Melaka

Nyemah,
Tun Nyemah Mulya, perawan usia 15, panglima laksamana Melaka-Luar biasa handal, licik, penuh mekar, berbudi tegar-memimpin armada Nusantara dengan kekuatan 100 bahtera berisi lebih
60 000 tentera, membelah laut segara dengan 2 misi;
Pertama, mengotakan janji kepada Alburquerque mengebumikan jasadnya di Lisbon;
dan kedua, menakluk Portugal

1515
Kisah sejarahwan mencari hakikat sejarah,
Menjejak keagungan bangsa yang dipadam secara terancang;
Mengungkap getir gemuruhnya medan tempur;
Melukis filsafat cinta aneh, bahagia cinta sehala;
Menjulang luhur pengorbanan perempuan srikandi,
Perempuan isteri

“Petikan Blurb 1515, Cetakan 2003”


Blurbnya sahaja telah membangkitkan persoalan. Walaupun ramai yang tahu, 1515 mengisahkan sejarahwan yang cuba merungkai sejarah, 1515 juga menonjolkan tentang luhur pengorbanan perempuan serikandi dan juga isteri (yang mungkin ramai yang terlepas pandang).

Membaca novel 1515 ini memberikan saya kepuasan. Walaupun ia bukanlah sebuah novel yang begitu kuat kritik politiknya sepertimana “Perempuan Politikus Melayu” namun novel ini tetap sarat dengan kritikan halus dan pengajaran (kepada yang menyedarinya).

“ Di balairung seri sungguh padat manusia bersesak-sesak ingin melihat hamba Di hadapan terduduk menanti baginda Sultan Mahmud, Permaisuri Tun Fatimah dan baginda Sultan Ahmad yang masih lagi tidak begitu senang sebaik sahaja melihat hamba juga ada “ (ms:202)

“..Sultan Ahmad mencemik sedikit, entah cemburu entah dengki, entah terancam tidaklah sesiapa tahu waktu itu hingga sampai saatnya nanti” (ms: 203)

“…waktu itu kesultanan Melaka merosot dan pembunuhan tragis Nyemah Mulya merupakan kemuncak kepada itu semua. Onar bermula daripada Sultan Ahmad yang leka dan membenci Nyemah Mulya, kemudian terbawa-bawa kepada Raja-Raja Melayu yang lain sehingga kerana perpecahan tersebut Belanda mengambil peluang dan Inggeris juga datang “ (ms: 211)

Bukankah sikap iri hati dan dengki masih lekat di hati orang-orang Melayu hingga kini???

Novel ini sebuah novel yang berteraskan sejarah dan kebanyakan peristiwa yang ditulis dalam novel ini berlaku di Negeri Bersejarah (kedua-dua faktor ini menjadikan saya begitu berminat dengan novel ini)

Saya ada terbaca beberapa kritikan tentang novel ini. Antara yang paling sinis ialah komen yang menyelar Faisal ‘kononnya’ ingin mengubah sejarah tetapi tidak kena pada tempatnya (saya baca kritikan ini di internet tetapi tidak ingat laman internetnya).

Namun harus diingat bahawa 1515 hanya sebuah novel, dan lebih menekankan imiginasi dan fiksyen penulis sendiri. Lagipun tidak ditulispun di mana-mana bahagian buku ini bahawa novel ini digarap dari kisah benar (based on true event/story)

Walaubagaimapun, bagi pembaca yang mengamati sejarah tentu tidak menafikan bahawa terdapat banyak yang ‘benar’ di samping yang ’fiksyen’ dalam novel ini.

Saya pasti, akan ada pembaca yang akan terfikir bahawa benarkah Nyemah Mulya wujud?

Benarkah tahun 1515, Melaka menawan Portugal malah menurut Faisal ada juga pembaca yang bertanya beliau tentang Tesis Doktor Falsafah Adi Famiyun…namun sebagai pembaca…kita perlu matang dalam membuat analisis dan rumusan.

Tentang kebenaran kewujudan Nyemah, Penawanan Portugal serta Tesis Adi Famiyun kita serahkan pada Faisal kerana hanya beliau sahaja yang mampu merungkainya.

Jika dibaca dengan teliti, pembaca akan bertemu dengan beberapa versi yang berbeza tentang Adi Famiyun, Nyemah Mulya (terutamanya dalam konteks ‘menawan’ atau ‘ditawan’) serta Flor de La Mar (kejadian yang menimpa bahtera gagah ini)

Terpulanglah pada pembaca untuk membuat tafsiran dan andaian masing-masing apabila selesai menyudahkan bacaan novel ini.

Walaubagaimanapun, secara jujur saya nyatakan bahawa keinginan untuk mendokumenkan foto-foto yang berkaitan dengan novel ini didorong atas rasa kesedaran.
Kesedaran bahawa novel ini mempunyai nilai sejarah (walaupun tidak dapat disukat jumlahnya), kesedaran bahawa masa yang terluang perlu dimanfaatkan sebaiknya, kesedaran kerana banyak peristiwa yang dicatatkan dalam buku ini berlaku di Negeri Bersejarah (saya juga ada di negeri yang sama). Kesedaran tentang generasi kita yang semakin melupai sejarah.

Berapa ramai antara kita yang terdetik rasa sedih dan insaf apabila melawat runtuhan Kota A Farmosa?

Saya yakin tidak ramai yang berperasaan sedemikian. Kita berbangga bergambar di A Famosa. Tetapi kita lupa (atau buat-buat lupa) bahawa A Famosa di bina atas darah dan air mata rakyat Melayu Melaka tahun 1511. Batuan untuk tembok A Famosa (selain diambil dari Pulau Upeh) merupakan batuan dari kubur-kubur Sultan Melaka terdahulu. Tapak terdirinya A Famosa merupakan tapak asal Istana Melaka dan Masjid Melaka…berapa ramaikah yang sedar ????

Seorang sahabat dalam Disertasi Sarjananya ada menegaskan bahawa sisi dan pandangan yang satu lagi ini perlu dikukuhkan dalam diri kerana jika kita leka tidak mustahil akan tertegaknya satu lagi A Famosa di bumi tercinta ini. Sejarah mengajar kita dan ia pasti akan berulang…

FOKUS PENJEJAKAN
Ingin dimaklumkan bahawa proses penjejakan ini tidak mampu untuk dibuat secara menyeluruh. Oleh yang demikian, saya memfokuskan penjejakan saya terhadap bahagian yang saya lihat amat tulen nilai sejarahnya iaitu babak “Peperangan”.

Ada beberapa rasional saya memfokuskan kisah peperangan dalam penjejakan ini. Salah satunya ialah kesan-kesan fizikal akibat dan hasil penjajahan masih ada di Bumi Melaka dan yang amat penting aspek sosial, emosi dan agama yang tergugat sebelum dan selepas peperangan. Kerajaan yang suka berpoya-poya, pengkhianatan, Murtad adalah antara impak sosial dan agama yang jelas ketara timbul di Bumi Melaka akibat peperangan dengan Portugis.

Dalam menjejaki antara fakta dan fiksyen peperangan di tahun 1511 itu, saya turut merujuk kepada sebuah buku yang berjudul “Alburqueque: Caesar Timur” (Universiti Malaya:1995) yang merupakan himpunan surat-surat Alburqueque (Comentarios) semasa hayatnya dan amat menakjubkan apabila kebanyakan babak yang ada dicatatkan oleh Alburqueque dalam bukunya mempunyai persamaan yang ketara dengan yang ada dalam 1515.

Ini satu bukti bahawa senario dan situasi peperangan yang dicatatkan oleh Faisal dalam 1515 bukanlah fiksyen semata-mata.

Dalam penjejakan ini saya amat kecewa apabila tidak menemui sebarang dokumen yang mampu menambahkan fakta tentang peperangan tahun 1511 itu. Perpustakaan negeri saya jelajahi namun tiada yang boleh membantu. Bahan-bahan di Muzium pula amat ketat kawalannya. Jadi saya teruskan penjejakan saya dengan sumber-sumber yang amat terhad ini.

PROSES DOKUMENTASI: CABARAN JADI REALITI
Secara keseluruhannya, proses menjelmakan ide untuk menjadi kenyataan memakan masa kira-kira 6 minggu termasuk penulisan dan kajian perpustakaan. Saya telah mencuba sehabis baik untuk mendapatkan segala sumber yang berkaitan.

Namun atas beberapa kelemahan utama seperti tiadanya capaian internet peribadi dan ketiadaan koleksi buku yang hebat (di perpustakaan yang dijelajahi) maka secara tidak langsung mencacatkan usaha saya untuk menggali lebih banyak maklumat yang berkaitan. Tambahan maklumat sumber diperolehi melalui pembacaan dan pemerhatian di Muzium serta eksplorasi di internet yang amat terhad.

Kekangan masa menjadikan proses penjejakan (mengambil foto) hanya boleh dilakukan pada hujung minggu sahaja. Malah, akhir-akhir ini, hujan kerap turun di Negeri Bersejarah di setiap hujung minggu Walaubagaimanapun syukur ke hadrat Allah SWT kerana walaupun banyak kelemahan dan kesulitan. Saya berjaya juga selesaikan proses penjejakan ini.

Masa dan wang yang dihabiskan tidak menjadi persoalan (walaupun pokai juga…), yang paling penting ialah kepuasan yang diperolehi hasil dari kerja yang tak seberapa ini. Saya tahu, majoriti pengunjung blog ini merupakan peminat Faisal juga jadi, jadi apa salahlah kita berkongsi kerana kebetulan ide ini timbul ketika saya di Negeri Bersejarah iaitu negeri yang sama yang dikisahkan dalam 1515.

PENUTUP
Saya ucapkan terima kasih kepada Faisal kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk mendokumenkan Jejak-Jejak Nyemah Mulya ini. Majoriti petikan (caption) dalam entri-entri yang ada dalam siri ini merupakan petikan-petikan dari novel 1515 tulisan Faisal dan beberapa petikan dari sumber-sumber lain yang dinyatakan.

Saya akan masukkan setiap entri berdasarkan tema-tema tertentu yang disentuh oleh novel 1515 secara peringkat demi peringkat. Keseluruhannya ada lebih kurang 20 entri untuk siri ini (selelum di edit-dan saya masih mengedit-dan terus mengedit sehingga ia dimasukkan dalam blog)

Saya amat mengalu-alukan sebarang kritikan, komen dan cadangan dari pembaca untuk saya membaiki usaha ini (insyaAllah) di masa-masa akan datang. Setiap yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan dan kekurangan saya sendiri.

Ingin saya ingatkan kepada pembaca, anda perlu membaca novel 1515 tulisan Faisal Tehrani sebelum membaca entri-entri saya yang seterusnya. Sekiranya anda tidak pernah membaca novel ini saya pasti anda tidak akan ‘merasai’ apa yang akan saya bincangkan dalam entri-entri “Jejak Nyemah Mulya” yang seterunya.


Sekian. Salam dari Pak Kebun

Bertarikh: 24 Julai 2006

Jejak Nyemah Mulya: Kertas Dinding



Sesiapa yang berminat bolehlah download

Tuesday, July 18, 2006

Writer's Block



Ini yang paling ditakuti oleh penulis
ini yang aku hadapi..
Date line hari pertama selepas latihan
yang satu lagi dah 3 bulan tak siap-siap
yang lain-lain masih terperap tak bergerak-gerak...

Tuesday, July 11, 2006

Sembang Buku: Naratif Ogonshoto



Buku: Naratif Ogonshoto
Penulis: Anwar Ridhwan
Penerbit: Matahari
Tahun: 2001
Harga: RM 20.00
ISBN: 983-40567-0-2
‘Wah..u dah baca buku Bahasa Jepun ke sekarang?’
Amoi, ini bukan buku Jepun ma….

‘Naratif Ogonshoto? Apa kebendanya tu?’
‘Naratif Ogonshoto’ ialah kisah kambing yang memasak soto…….


Anwar Ridhwan masih hebat dengan tema yang unik, plot yang penuh teknik dan bahasa yang baik dan menawan:
Mohd Yusof Hasan (Dewan Sastera, September 2000)

‘Membaca cerpen terbaru Anwar Ridhwan ini (Hering) persis mengembalikan Anwar Ridhwan yang lalu. Beberapa dejavu dan beberapa yang baru/semasa berdasarkan pengalaman muktakhir. Pengarang….mengadun watak yang pelbagai perasaan tidak terduga dan mencabar tafsiran makna serta tidak menawarkan pemikiran yang mudah-mudah..’:
Mawar Shafie (Dewan Sastera, Disember 2000)

‘Lama ku buru, baru kini ku temu’:
Pak Kebun (Muka Pertama Buku, 1 Jun 2006)

‘Naratif Ogonshoto’ sebuah karya yang menghimpunkan sepuluh buah cerpen tulisan Anwar Ridhwan. Pertama kali saya dengar tentang buku ini ialah sekitar tahun 2001-2002 sewaktu buku ini hangat dibicara dan dibincangkan oleh pelbagai pihak. Namun, saya kecewa kerana setelah 5 tahun buku ini diterbitkan, barulah saya dapat memilikinya.

Buku ini saya beli dari sebuah kedai buku yang kecil di sebuah pekan terpencil di negeri Utara. Saya bukanlah seorang yang ‘ahli’ dalam bidang sastera, tetapi jujur mengatakan bahawa saya merupakan seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan bidang sastera (Melayu) di tanah air.

Komentar tentang buku ini lebih bersifat pandangan dan tafsiran saya tanpa merujuk teori-teori kesusasteraan.

Ulasan ini ialah ulasan seorang pembaca dan peminat sastera tanah air.

Anwar Ridhwan, satu nama besar dalam kesusuteraan Melayu di Malaysia. Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dari Universiti Malaya ini merupakan staff di Dewan bahasa dan Pustaka (jika tidak silap jawatannya ialah Pengarah Penerbitan).

Saya kurang terdedah kepada karya-karya beliau. Satu-satunya novel beliau yang pernah saya baca ialah ‘Hari Hari terakhir Seorang Seniman’. Itupun sudah terlalu lama.

‘Naratif Ogonshoto’ merupakan buku yang menghimpunkan kumpulan cerpen yang beliau tulis semasa beliau di Tokyo, Kuala Lumpur dan diselesaikan di Tokyo. Secara umumnya ia membicarakan tentang keadaan yang berlaku di ‘Republic of Ogonshoto’. Iaitu sebuah negara kepulauan yang berhampiran dengan Negara Jepun.

Oleh yang demikian tidak mustahillah nama tajuk serta perumpamaan dan kebudayaan yang ditonjolkan oleh masyarakat di Ogonshoto mirip kepada Masyarakat Jepun. (walaupun realitinya Republic og Ogonshoto ini tidak wujud dalam peta secara geografi)

Saya melihat ‘Naratif Ogonshoto’ ini sebuah buku yang berkonsepkan ‘Novel-cerpen’ iaitu ia boleh wujud dalam bentuk dua keadaan.

Apabila dibaca secara keseluruhan, ia merupakan sebuah novel, walaubagaimanapun, jika dibaca secara berasingan, ia boleh wujud sebagai cerpen.

Oleh yang demikian, salah sebuah cerpen dalam buku ini iaitu ‘hering’ telah disiarkan di Majalah Dewan Sastera bulan Ogos 2000. Jika ia merupakan sebuah novel yang tulen pastilah cerpen ‘hering’ kurang dapat difahami oleh pembaca.

‘Naratif Ogonshoto’ ditulis atas kekuatan cerita. Antara satu cerpen dengan satu cerpen yang lain secara umumnya tiada perkaitan tetapi apabila dibaca secara keseluruhan, pasti akan dapat disingkap jalinan halus yang dibetuk oleh Anwar Rihdwan melalui watak-watak yang ada.

Membaca ‘Naratif Ogonshoto’ mengingatkan saya kepada “Noghogho Astana” dan ‘Orang Kota Bharu’ kedua-duanya oleh SN S Othman Kelantan. Kerana kedua-dua buku tulisan S Othman Kelantan ini sama tekniknya dengan ‘Naratif Ogonshoto’ iaitu penceritaan yang mempunyai kekuatan tersendiri pada cerita dan setiap bab boleh berdiri dengan sendiri tanpa bergantung kepada bab yang sebelum atau selepasnya.

Secara keseluruhannya ‘Naratif Ogonshoto’ merupakan sebuah hasil karya yang begitu kreatif dan mempunyai nada sindiran politik yang sinis. Walaupun digambarkan bahawa segala yang berlaku ialah di ‘Republic of Ogonshoto’.

Namun jika ditafsir dengan teliti, senario yang digambarkan oleh Anwar Ridhwan itu juga berlaku di negara kita malah di mana-mana negara di dunia kerana selagi ada jawatan yang mampu memberikan kuasa, kekayaan dan kemasyuran selagi itulah manusia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan dan mempertahankannya dan seperti biasa, rakyat marhaen akan tertindas atau setidak-tidaknya menerima impak/kesan hasil dari perebutan dan strategi mempertahankan tersebut.

Kepada pembaca yang peka, beberapa senario dalam ‘Naratif Ogonshoto’ dilihat kuat hubungannya dengan apa yang berlaku terutamanya dalam politik Malaysia samada masa kini atau masa lepas.

Terpulanglah kepada pembaca untuk mentafsirnya sendiri.


Jujur saya mengatakan bahawa ‘Naratif Ogonshoto’ adalah sebuah buku yang hebat. Ia perlu dimiliki dan dibaca oleh pembaca yang serius.

Walaubagaimanapun, saya memberi peringatan kepada pembaca yang meminati kisah-kisah yang berunsur cinta, kasih, rindu, duka , air mata seperti yang berlambak di rak-rak buku di kedai-kedai buku di negara ini….‘Naratif Ogonshoto’ BUKAN BUKU YANG SESUAI UNTUK ANDA…….


Pak Kebun: Baca Dengan Serius

Ghandi, King, Ikeda: A Legacy of Building Peace



Minggu lalu Pak Kebun pergi ke satu lawatan yang tajuknya agak menarik. Tentang ‘keamanan’. Dalam pameran tersebut ditonjolkan tiga tokoh utama yang merupakan ikon bagi perjuangan keamanan di Dunia.

Mohandas Karamchand Ghandi, Martin Luther King dan Ikeda.

Semua bahan pameran ialah tentang riwayat hidup dan perjuagan ketiga-tiga tokoh tersebut yang berjuang tanpa kekerasan.

Siapa tidak kenal ketokohan Gahandi, pejuang utama yang membawa kepada kemerdekaan India dari Inggeris tanpa ada pertumpahan darah. Walaupun beliau tidak menjadi Perdana Menteri Inida (perlu di ingat Perdana Menteri India yang pertama ialah ‘Pandit’ Jawarhal Nehru) tetapi perjuangannya dalam memperolehi kemerdekaan secara keamanan tetap dikenang penduduk dunia. Begitu juga dengan King dan Ikeda yang ditonjolkan sebagai pejuang atas nama keamanan.

Semasa pameran tersebut, ada dijelaskan bahawa Gandhi ialah Hindu, King ialah Kristian manakala Ikeda ialah Buddha (Japanese)…

Makin kuat otak ini memikir

Kenapa tidak ditonjolkan satu tokoh Islam?

Apakah Islam tiada tokoh dalam perjuangan keamanan?

Ataupun….

Memang sengaja ditiadakan tokoh Islam atas pelbagai alasan…

Kerana terpengaruh dengan dakyah Dunia Barat yang sering memomokkan dunia bahawa Islam itu ganas dan Islam itu Militan.

Ironinya….pameran ini ialah sebuah pameran Antarabangsa dan ia dipamerkan kini di Malaysia iaitu sebuah negara ISLAM (Hadhari)….dan ia akan terus dipamerkan di serata dunia atas nama ‘keamanan’.

Pak Kebun: Jiwa Sebak..

Apa Sudah jadi HSKU??

Mingguan Malaysia, 9 Julai 2006: Hadiah Sastera Kumpulan utusan (HSKU) yang memasuki tahun ke 21 memperlihatkan penguasaan penulis-penulis generasi baru yang mapan dan penulis baru dalam genre cerpen dan puisi.

HSKU dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dan ditaja oleh ExxonMobil ini dianggap sebagai salah satu premis untuk menggali bakat-bakat baru dalam penulisan. Pada masa yang sama anugerah ini menjadi gelanggang penulis membimbing menerusi karya-karya yang dihasilkan.

………selepas 20 tahun memberi tumpuan kepada karya-karya dalam Bahasa Melayu, tahun ini HSKU membuka laluan kepada karya dalam Bahasa Inggeris . Laluan pertama menerusi novel Inggeris….

Apakah Matlamat dan Falsafah HSKU??

Falsafah utama HSKU ialah untuk melangsungkan kesinambungan iltizam memasyarakatkan sastera dan memartabatkan kedudukannya di peta tamadun bangsa. Menerusi hadiah ini Kumpulan Utusan memberi rangsangan untuk menyuburkan pertumbuhan pengarang generasi baru dan istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni dan tinggi mutunya.

Ini bukan kata-kata yang Pak Kebun karang sendiri. Ini bukan kata-kata ciptaan Pak Kebun, ini ialah kata-kata dan falsafah yang dinyatakan oleh pihak Kumpulan Utusan sendiri dan kenyataan ini tertera di bahagian belakang setiap buku yang memenangi hadiah HSKU yang diterbitkannya.

Kalau begitu matlamat dan falsafahnya, Apa sudah jadi dengan HSKU?

Apa sudah jadi dengan HSKU? Sepatutnya setelah usia 20 tahun HSKU menjadi lebih matang dalam memartabatkan karya-karya sastera di Malaysia.

Apa sudah jadi dengan HSKU? Adakah HSKU mula beralih arah untuk memartabatkan Sastera Inggeris?

Apa sudah jadi dengan HSKU? Adakah penulis sedia ada masih belum berkualiti hingga penganjur merasakan pemenang HSKU yang menulis dalam Bahasa Melayu tiada potensi untuk diketangahkan diperingkat antarabangsa atau dalam bahasa yang mudah adakah pemenang HSKU yang menulis dalam Bahasa Melayu tiada nilai komersial di pasaran??

Apa sudah jadi dengan HSKU? Adakah HSKU mula menyimpan hasrat untuk melahirkan Pemenang Anugerah Nobel Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris dari Malaysia??

Apa sudah jadi dengan HSKU? Adakah ini akibat tekanan dari pihak penaja???

Apa sudah jadi dengan HSKU? Adakah ini akibat tekanan pasaran semasa masyarakat Malaysia yang terlalu dahagakan karya sastera Malaysia dalam Bahasa Inggeris?
Apa sudah jadi dengan HSKU?? Tidak cukupkan matapelajaran Matematik dan Sains ditelan Bahasa Inggeris, kini sastera pula bakal menjadi mangsa???

Pak Kebun bukan menentang, Cuma berfikir rasionalnya…

Harus diingat lalun pertama menerusi novel Inggeris, bagaimana dengan laluan kedua dan seterusnya??

Tidak mustahil masa-masa akan datang akan ada HSKU bagi kategori puisi dan cerpen dalam Bahasa Inggeris. Malah mungkin juga akan melibatkan penyertaan bahasa-bahasa lain selain dari Bahasa Inggeris….Siapa Tahu???

Kasihan Bahasa Melayu….Sudahlah Bahasa Melayu terpinggir dalam pelbagai aspek.

Kini Hadiah Sastera yang ada juga hampir meminggirkannya…..

Pak Kebun: Senyum-senyumlah bangsa ku….

Empat Berita

Kuala Lumpur 7 Julai 2006: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengemukakan cadangan agar waktu operasi pusat hiburan seperti pub, restoran dan kelab malam di bandar-bandar utama dilanjutkan sehingga jam 5 pagi bagi membolehkan pelancong asing yang berkunjung ke pusat hiburan tersebut menikmati aktiviti kehidupan malam dengan lebih ceria.

Johor Bharu 8 Julai- ‘Saya seperti orang buruan pula. Apakah saya tidak lagi mempunyai kehidupan peribadi dan hak untuk bersendiri”. Itulah keluhan Mawi yang mengakui makin tertekan kerana diburu oleh media bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan memutuskan pertunangan dengan Nor Diana Mad Naim minggu lalu.

Bandar Gaza 8 Julai- Israel memperluaskan tindakan ketenteraan di Genting Gaza hari ini dengan menghantar berpluh-puluh kereta kebal ke kawasan Palestin yang padat penduduk dan berbalas-balas tembakan dengan kumpulan pejuang dalam usaha membebaskan seorang askarnya yang ditawan oleh pejuang Hamas minggu lalu

Petaling Jaya 8 Julai- ….sementara itu, seperti yang dijangka Diddy yang berada di tangga kedua terbawah undian SMS tersingkir juga pada konsert minggu ke enam AF4. Pada konsert tersebut, beliau yang nama sebenarnya Shamsul Hirdi Muhid, 21, menyampaikan lagu ‘Air Mata Kasih’. Pelajar dari Kuala Lumpur itu tidak lagi bersama dengan Amirul, Haziq, Faizal, Lotter, Farhan dan velvet untuk meneruskan perjuangan (?) bagi merebut gelaran Juara AF4.

Pak Kebun: Apa berita yang menyediahkan anda??? Tepuk dada Tanya Iman……

Naik Lagi??


Buletin Utama. 8 Julai 2006: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting mengatakan bahawa harga rumah yang dibina menerusi kaedah “Bina dan Jual” akan lebih tinggi harganya berbanding rumah yang dibina dengan kaedah sekarang.

Walaubagaimanapun, menurut beliau, kenaikan ini tidaklah sampai mencecah 100% atau 50 %. Kenaikan dijangka kira-kira hanya 30 % sahaja
(Tak akan bebankan rakyat-agaknya…)

Kita sudah masuk bulan Julai tahun 2006. Hanya ada 5 bulan lagi kita akan memasuki tahun 2007.

Tahun ini sahaja beberapa barang keperluan telah dinaikkan harga (walaupun kata Pak-Pak Menteri: kenaikan tidak membebankan rakyat) namun hakikatnya yang tak terbeban ialah Pak-Pak Menteri dan konco-konconya…

Petrol naik harga, tariff elektrik juga naik harga…

Gula semakin kurang dipasaran (adakah akan naik harga juga????)

Sesetengah negeri, sudah ada ura-ura untuk menaikkan harga air

Beras ada ura-ura hendak naik harga (Walaupun disangkal oleh Menteri yang berkenaan)

Rumah ‘confirm’ naik harga (Rumah adalah KEPERLUAN dan bukannya KEHENDAK)

Roti canai, teh tarik, mee goreng, mee kari kebanyakannya telah naik harga (walaupun Menteri yang berkaitan ‘berbuih mulut’ menafikannya)

Sahabat ingat lagi tak? : Janji kerajaan ialah tiada lagi kenaikan petrol di tahun 2006 juga tol tidak akan naik di tahun 2006.

Tahun 2007 bagaimana????

Semuanya naik…..

Hanya tiga sahaja yang turun, iaitu:

1) Nilai Bangsa Melayu (70-80% daripada 1.2 juta penagih berbangsa Melayu)
2) Nilai Bahasa Melayu (ada Hadiah Sastera mula buka penyertaan kepada Sastera Inggeris dan ini berlaku di Malaysia)
3) Nilai harga diri Politikus Melayu (yang sibuk menyuruh Pihak berkuasa ‘tutup sebelah mata’ dan sibuk membahaskan kisah Mercedes ‘compressor’ dan ‘masterpiece’ sedang ramai rakyat marhaen menanggung derita akibat kenaikan yang sering dimomokkan dengan ungkapan ‘tidak akan membebankan rakyat’)

Senyumlah rakyat, senyumlah rakyat….

Pak Kebun: Rakyat biasa yang terbeban

Thursday, July 06, 2006

Sembang Buku: Kedurjanaan Siber 2


Buku: Kedurjanaan Siber 2
Penulis: Shaharom TM Sulaiman
Penerbit: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Tahun: 2004
Harga: RM 22.00



Buku ini merupakan buku kedua dalam tajuk yang sama iaitu “Kedurjanaan Siber”. Seperti buku siri 1, buku ini juga merupakan kompilasi artikel beliau yang pernah diterbitkan dalam kolum ‘Melayar Buku’ di majalah Massa yang telah berkubur serta beberapa kertas kerja beliau yang telah dibentangkan dibeberapa buah seminar.

Menurut Shaharom, buku ini bukan mengisahkan tentang ‘perkara yang akan berlaku’ dan juga tentang ‘abad yang akan datang’. Ini kerana abad yang ‘akan datang’ itu telah tiba dan kita kini sedang melaluinya.

Masa kini begitu pantas sehinggakan perkara-perkara yang tidak pernah dibayangkan 15-20 tahun lalu telahpun berlaku. Teknologi-teknologi seperti Genetic Engineering, Advance Biochemistry, Digital electronics dan Optical Data Storage merupakan teknologi-teknologi yang kini semakin ‘akrab’ dengan kehidupan kita sehari-hari.

Buku ini terbahagi kepada tujuh bahagian dan mengandungi sejumlah 37 artikel yang kebanyakkannya seputar tentang dunia siber dan ICT.

Artikel ‘Trend Teknologi Abad Ke 21’ menonjolkan tentang kemajuan dalam bidang teknologi yang kita sedang lalui pada hari ini. Teknologi menjadikan kehidupan serba mudah. Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, masa adalah segalanya.Membeli belah dan membayar bil ditengah-tengah kesesakan lalulintas sememangnya sesuatu yang langsung tidak pernah terfikir boleh dilakukan pada 15-20 tahun yang lalu.

Namun semua itu bukan sesuatu yang mustahil melalui teknologi internet dan penggunaan teknologi ‘hand held personal assistant’. Pemanduan jadi lebih mudah dengan penggunaan system data GIS yang dihubungkan secara langsung dengan satelit LEO (Low Earth Orbit) yang mana akan memudahkan pemandu mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai dilalui terutamanya pada waktu-waktu kritikal seperti sesak ataupun banjir kerana dihubungkan dengan system yang mampu mengenalpasti keadaan semasa.

‘Wacana Cultural Studies’ adalah antara artikel yang dilihat kurang perkaitan dengan dunia ICT. Ia lebih merupakan sebuah artikel yang bersifat ilmiah yang membicarakan tentang kajian ‘budaya’ manusia.

Menurut Shaharom, ‘Cultural Studies’ merupakan satu gerakan intelektual yang sangat kritis terhadap budaya, dunia siber, sastera, filem, iklan, pascakolonialisme, kapitalisme, budaya massa dan segala macam perkara lagi. Tambah beliau lagi, ‘Cultural Studies’ ini seumpama rojak yang bercampur-campur, ia ternyata sulit untuk disepakati untuk memahami definisi dasar apa yang dinamakan sebagai ‘cultural studies’ kerana ia bukan satu hal tetapi banyak hal (2004:250).

Shaharom juga memetik kenyataan Ziauddin Sardar dalam bukunya yang berjudul ‘Mengenal Cultural Studies’ bahawa bidang ini melangkauai pandangan intelektual dan akdemis, mulai daripada disiplin lama yang mapan hingga gerakan politik baru dan praktik intelektual serta cara penyelidikan seperti Marxisme, pascakolonialisme, feminisme dan pasacastrukturalisme’.

Yang nyata ‘cultural studies’ adalah satu bidang yang anti disiplin. Oleh yang demikian ia bukan merupakan hak mutlak bagi mana-mana bidang untuk mengakui bahawa ‘cultural studies’ adalah bidangnya sedang dalam masa yang sama ‘cultural studies’ boleh wujud dalam pengkajian mana-mana bidang di pelbagai disiplin ilmu.

Dalam bidang Geografi, ‘cultural studies’ ini wujud dalam skop ‘Cultural Geography’ yang memfokuskan kajian-kajian tentang identity, politik, peminggiran social, gender, filem dan juga pascamodesnisme (Anderson and Gale, 1999:1-3)

Walaubagaimanapun, yang jelas “Cultural Studies” ini ialah kajian tentang budaya samada budaya sebagai kehidupan sehari-hari mahupun budaya sebagai tindakan kontra hegemoni, penentangan terhadap kuasa ‘dari atas’ dan pembelaan terhadap subkultur.

Secara keseluruhannya, sama seperti buku ‘Kedurjanaan Siber 1’ buku ini perlu dibaca oleh semua yang berminat tentang kemajuan dan pembudayaan ICT dalam kehidupan dan juga mereka yang ingin melihat kehidupan masa akan datang walaupun hakikatnya masa akan datang itu sedang kita kita lalui dan membaca buku ini pasti menyedarkan kita dari ‘lena’.

Pak Kebun: Kebun Siber 2

Kempen Ke?



Beberapa hari lalu Pak Kebun ternampak satu KEMPEN (?) yang amat menarik di akhbar:

“Be a Smart Consumer, Take Less Sugar, Lead Healthier Lifestyles”
(More Than One In Every Malaysian Suffer From Diabetes Every Year)


Terasa nak ketawa terbahak-bahak bila baca kenayataan yang berbau kempen tersebut. Ada beberapa persoalan yang bermain di kepala P{ak Kebun.

Pertama: Kenapa baru sekarang? Adakah baru sekarang penyakit yang diakibatkan oleh pengambilan gula secara berlebihan seperti obesity dan diabetes baru menghantui Malaysia ?

Kedua: Petanda bahawa pihak berwajib gagal mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran hingga mereka terpaksa ‘berkempen’ tentang bahaya gula kepada orang ramai. (Sedangkan sebelum kekurangan gula…tiada kempen sebegini di akhbar)
Ketiga: Isyarat awal bahawa gula bakal naik harga…..


Pak Kebun: Tunggggggguuuuuuuuuuuuu…………………………………….