Salah satu buku yang sempat aku belek dan teliti sebelum perjalanan kami ke KL dalam siri Tribute to P Ramlee ialah buku yang berjudul 'Sepanjang Riwayatku'. Buku ini diterbitkan oleh Arkib Negara Malaysia.
Pada aku, buku ini antara buku yang terbaik bagi peminat yang ingin menegtahui serba sedikit perjalanan hidup Allahyarham P Ramlee. Di mulai dengan serba sedikit latar belakang P Ramlee, majoriti buku ini dipenuhi dengan foto-foto P Ramlee dan foto-foto serta keratan akhbar dan artikel yang berkaitan dengan beliau.
Buku ini tidak banyak memerihalkan kehidupan P Ramlee seperti buku yang di tulis oleh Nasir dan Yusnor Ef (yang akan aku ulas nanti). Walaupun begitu, pada aku yamg meminati beliau, buku ini padat dengan foto-foto yang menceritakan perjalanan hidup beliau. Sesuai dengan judulnya 'Sepanjang Riwayatku'
Pada aku, kalau ada peminat P Ramlee yang bercadang untuk memiliki buku ini anda perlu teruskan hajat anda. Percayalah anda tidak akan rugi kerana buku ini menyajikan foto-foto yang jarang anda lihat (rare) dan mustahil anda akan melihat foto-foto yang ada dalam buku ini jika anda tidak memilikinya....
Pada aku, terharu dan lucu bercampur baur bila menatap foto-foto dalam buku ini...
Apa pula perasaan anda?...
No comments:
Post a Comment