Aku memang peminat gusti. Satu ketika dahulu aku addict dengan gusti. Minat ini bermula sejak aku kanak-kanak dan seterusnya berkembang ke zaman remaja dan hinggalah kini ke zaman dewasa. Medium menonton gusti bermula dari Tv, kemudian sewa tape di kedai-kedai video, CD, DVD dan akhir sekali di zaman teknologi ini ialah menonton gusti di Youtube serta download acara-acara gusti di web-web tertentu.
Aku pernha bincangkan dalam blog ini beberapa lama dahulu bahwa gusti adalah 'sports entertainment' iaitu gabungan antara hiburan dan sukan. Berbanding dengan masa lalu, gusti telah melalui evolusi yang sangat banyak. Aku tak payah banyak cerita, tuan-tuan bukak saja youtube dan lihat perbezaan antara gusti dahulu dan gusti sekarang.
Perbezaan? banyak-dari segi teknik dan taktik, dari segi startegi syarikat untuk menarik perhatian penonton semua ini bercampur baur dan berevolusi hinggalah ke hari ini dan akhirnya kita sering menonton gusti yang 90% hiburan dan 10% sukan.
Pada era 1980 an hinnga akhir 1990 an gusti melalui era yang gemilang. ada yang memanggilnya sebagai 'attitude era' di mana setiap penggusti mempunyai 'attitude' yang tersendiri. Setiap 'tag team' ada attitude yang tersendiri, setiap manager 'ada 'attitude' yang tersendiri. Pada ketika itu, gusti tidak hanya di dominasi oleh WWE semata-mana maka, kerana itu setiap syarikat gusti berusaha untuk membuktikan mereka lebih baik berbanding dengan syarikat yang lain.
Ketika ini, gusti hanya didominasi oleh WWE sahaja (lupakan TNA kerana pada aku ia masih company yang kecil, jangan kata Pay Per View, siaran Impactnya pun kita tak dapat tonton di Malaysia). Mungkin kerana tiada persaingan maka sejak akhir-akhir ini gusti (WWE) semakin membosankan.
Pada pandangan aku, seorang mamat peminat gusti yang sering tercongok di depan tv menonton astro siaran 811 setiap hari selasa jam 10.00 pm ada beberapa perkara yang menjadi WWE semakin membosankan iaitu
1) Story Line Yang Suck dan Tak Masuk Akal (juga Recycle)
2) Tag Team Yang Membosankan
3) Penggusti Tiada Attitude
Semua ini akan aku bincangkan di masa akan datang....
Jumpa lagi
Pak 'The Butcher' Kebun..
No comments:
Post a Comment