"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, December 20, 2010

Perkongsian Idea Tentang Keluarga


Saya pernah katakan dalam blog ini bahawa saya bukan seorang manusia yang percaya pada motivasi. Ini kerana pada pandangan saya, motivasi itu adalah satu bidang yang menukarkan air liur menjadi duit semata-mata atas nama membangkitkan semangat seseorang atau sekumpulan masyarakat. Setakat ini di Malaysia, mereka yang kononnya pakar motivasi datang dari pelbagai latarbelakang. Ada yang merupakan pendidik, ada ahli politik, ada artis malahan ada pula yang entah siapa-siapa yang munkin kita kenaali sebelum ini atas perkara lain tiba-tiba di isytiharkan sebagai 'pakar motivasi'

Oleh itu, pada saya ini semua hanyalah kapitalisme yang melihat ada peluang untuk membuat duit ..pada saya tak salah cuma saya tak percaya pada istilah 'pakar' itu sahaja...

Jadi, bila mana saya diminta oleh salah seorang urusetia hari keluarga untuk menyampaikan sebuah ceramah motivasi, saya serba salah. ..dan terpaksa menolak dengan baik. Saya nyatakan bahawa saya tak pandai bermotivasi malah saya langsung tidak percaya pada motivasi. Maka, saya usulkan sebuah ceramah/perbincangan yang bersifat semi-akademik yang memberi fokus dari aspek makro kemudiannya dilihat dari perspektif yang lebih mikro.

Maka, lahirlah sebuah tajuk yang diberi judul ' HUTAN DAN TEMPAYAN NENEK TUA DALAM METAFORA KELUARGA: SATU PERBINCANGAN RINGKAS'.

Perbincangan saya menonjolkan hutan dari perspektif yang makro sebelum di fokuskan kepada keluarga dari perspektif yang lebih mikro. Kepelbagaian, saling bergantungan dalah ciri utama sesebuah hutan dan itu juga ciri utama pada sebuah keluarga...lalu saya kaitkan jika sesebuah hutan yang besar-hebat dan gagah boleh musnah , sesebuah keluarga juga boleh menerima nasib yang sama. Punca kemusnahan hutan dan keluarga tentu sahaja berbeza, namun yang paling penting dan perlu diambil ikhtibar ialah implikasi dari kemusnahan itu dan akhir sekali saya selitkan kisah tempayan nenek tua (sebuah retak dan sebuah sempurna) sebagai rumusan bahawa semua ahli keluarga memainkan peranan tersendiri.
Seperti saya nyatakan awal tadi, ia bukan ceramah motivasi, ia hanya perbincangan dan perkongsian idea saya bersama audien. Saya tidak pasti sama ada apa yang saya sampaikan memberi impak kepada audien atau sebaliknya. Wallahualam, namun apa yang saya pasti saya di buru oleh seorang audien untuk mendapatkan salinan lembut (softcopy) ceramah ini...Pada saya jika ia ada manfaat harap sama-sama disebar dan di kongsikan..Wallahualam...



No comments: