Pantas sungguh masa berlalu, diam tak diam sudah dua tahun aku menjadi mahasitua. Kini hanya tinggal setahun lagi sebelum aku 'dipanggil' semula untuk menjalankan tugasan lama. Setahun yang berbaki...Dua tahun sudah di lalui. Rasanya patut aku bermuhasabah diri tentang dua tahun yang telah aku lalui untuk dijadikan ikhtibar bagi setahun yang mendatang ini.
Dua tahun yang dilalui...apa yang dah aku lakukan?
Ini satu soalan yang sangat membunuh 'nafsu' untuk berleka-leka kerana jika dijawab dengan jujur, masih banyak yang tidak sempurna, malah, Carta Gantt yang dikemukakan sebelum bercuti pun hilang entah kemana. Progress? lagi teruk?
Tak perlu didedahkan dan dikongsi. hanya sekadar memberitahu bahawa ia adalah sempadan dan bukannya teladan.
Dua tahun hakikatnya aku hilang dalam pencarian. Pencarian yang aku sendiri pun tak pasti. Semangat yang turun naik malah paling parah lebih banyak turun berbanding naik menjadikan tempoh dua tahun berlalu bagikan hembusan bayu yang damai dan menenangkan tanpa aku sedar bahawa setahun yang tinggal ini bakal menjadi ribut malah mungkin taufan
Ini adalah perjuangan diri sendiri. Segalanya aku sendiri. Aku menetang 'demon' sendiri. Tiada siapa yang campur dalam perjuangan ini. malah, jalan sangat terbentang. Bilik yang selesa, tanpa gangguan dari sesiapa, masa yang sangat banyak, bahan yang sangat banyak, capaian internet 24 jam...namun...rupanya demon yang ada sangat besar dan tak tertanggung.
Kini, tinggal setahun yang terakhir, atas apa saja perkataan, perjuangan-ketabahan-darah -sumpah -air mata aku perlu teruskan. Moga ia titik perubahan....
Malah aku juga bercita-cita selepas ini, mungkin penulisan aku di blog ini akan bersifat semi akademik (barangkali) yang akan menyentuh tentang apa yang telah dan sedang aku pelajari....Kini bukan masa untuk mengintai di tepi..tetapi masa untuk masuk dan menyelam...sama ada kan timbul atau mati kelemasan itu bukan lagi persoalan....yang paling penting ialah setahun yuang mendatang ini mesti dimanfaatkan sebaiknya..InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment